Tuesday 18 December 2012

Resepi Pizza yang mudah

Assalamualikum...

Pizza merupkan salah satu kegemaran kami sekeluarga. Resepi ni amat mudah dan selamat mencuba...

Bahan-bahan untuk base

350 gm tepung high protein
secubit garam
11gm yis kering
200ml air suam
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. masukan tepung, garam, yis. gaul bhn ni supaya serata.saya guna tangan
  2. masukan minyak dan air garam
  3. uli adunan ini hingga jd doh.
  4. rehatkan doh hingga naik 2xganda. pastu tumbuk2 doh hingga penyek
  5. rehatkan lagi doh bt kali ke-2 hingga adunan naik 2 x ganda
  6. canai doh dan ltk atas pembakar/ loyang pizza. untuk adunan ini saiz pizza ialah saize large spt di pizza hut.
  7. biar pizza dlm 10 minit. bg pizza naik lg..pastu cucuk pizza dgn graphu bg elak pizza mengembang semasa membakar.
  8. boleh lah ltk bhn2 topping di mulai
  9. sapu sos spaghetti pada base pizza
  10. letak daging cincang
  11. lada bengala yg di potong halus
  12. nenas
  13. mozzarella cheese
  14. bawang
  15. panaskan oven dlm 10 minit sebelum bakar pizza.
  16. untuk oven saya 15minit pertama pada suhu 160C dan 10 minit kedua 220C. Bakar hingga masak selamat mencuba


Bahan-bahan untuk topping


  1. mozzarella cheese 
  2. lada bengala
  3. bawang yg di potong halus
  4. nenas dlm tin - saya suka guna nenas segar potong kecil2
  5. sos spaghetti- saya guna cap kimball
  6. daging cincang


Resepi daging cincang

200gm daging cincang-saya guna ramley
1 biji bawang besar di potong halus
2 ulas bawang kecil
air-agak2
sedikit garam
minyak untuk menumis

cara-cara


  1. tumis bawang besar dan kecil hingga naik bau.
  2. masukan daging, pecah2kan daging supaya tidak beketul2
  3. masukan air bagi untuk memasakan daging
  4. masukan garam secukupnya
  5. masak hingga air kering dlm angaran 15-25 minit




Pizza yang belum di masak-banyak gila cheese


Pizza selepas masak - begitu rupanya klu ltk byk mozzarella cheese byk sgt

Large size pizza...

Selamat mencuba!!!!!!!