Friday 14 March 2014

Pray for MH370


Pesawat Mas dari Malaysia ke Beijing hilang pada 08/03/2014.

  • Komunikasi terputus pada pukul 1.30 pagi
  • Hilang dari radar pada pukul 2.40 pagi
  • Jumlah penumpang 227 orang dan 12 orang anak kapal
  • 20 penumpang dari Freescale Semiconductor Pertaling Jaya yang merupakan kenalan En. Suami yang juga merupakan staff Freescale Semiconductor (12 warganegara Malaysia dan 8 warganegara China)
  • Hari ni 14/03/2014 misi mencari hari yang ke-6
  • Menerima bantuan kapal terbang dan kapal laut dari Malaysia, Vietnam, China, US, Indonesia, Brunei 
  • Sebanyak  40 asset (xpasti bil) di gerakan untuk mencari dan menyelamat tapi masih tidak dapat klu yang pasti.

Misi mencari bermula 08/03/2014 pada pukul 7.30 pagi.

  • Pencarian bermula dengan laut China Selatan tempat di mana hilangnya persawat dari radar. 
  • Vietnam memaklumkan terjumpa tompokan minyak di kawasan sempadan Vitenam dan Malaysia tapi tiada serpihan MH370 di jumpai. Sample di uji dan membuktikan minyak tersebut di buang dari kapal laut (tongkang)
  • Radar tentera Malaysia mendapati pesawat MH370 mungkin berpatah balik. Kawasan mencari dan menyelamat beralih ke Selat Melaka tapi masih tidak dapat di kesan
  • 13/03/2013 web dari China menunjukan ada 3 serpihan persawat yang di yakini dari MH370. Gambaran itu di rakam dari satelit China pada 09/03/2014. Kawasan mencari berpatah balik ke kawasan yang di maksudkan tetapi tiada bukti menunjukan ada serpihan MH370. Kemungkina serpihan yang di maksudkan telah beralih arah memandangkan pihak China baru memaklumkan hari ke-4 misi mencari
  • Pihak China memohon maaf di atas kesilapan info dan memaklumkan gambar yang di ambik dari satelit China mungkin di muat naik dari orang yang tidak bertanggungjawab.
Imej dari satelit China yang menyatakan milik MH370. Tetapi bukan sebanarnya.

#pray4MH370

Saturday 1 March 2014

Promosi March 2014 ~ ESP

Assalamualikum semua

Promosi yang di tunggu2 oleh semua orang iaitu ESP. Mari kita check kandungan ESP dari Shaklee ni ye. ESP adalah protein berasaskan soya. So, rasanya macam soya..tapi x hanyir atau memualkan. Boleh dicampur dengan minuman kegemaran spt milo suam, strawberry nestle, blend dengan kurma, horlick dan lain2 lagi..ikut tekak masing2. Ada 1001 resepi ESP ni.
 
Soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP ini adalah soya yang bermutu tinggi. Tidak melalui pengubahsuaian dari segi genetic (e.g: non GMO kata org yang boleh mengubah nature sesuatu sumber alam itu), tidak lalu pemanasan yang melampau yang boleh merosakan nutrien di dalamnya. Mostly production soya di pasaran di proses pada suhu tinggi. Shaklee menggunakan persijilan sendiri untuk memastikan kacang soya bebas daripada perubahan genetic daripada benih hingga ke proses pengeluaran.
 
ESP rendah glisemik (sangat baik untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Paling penting ESP ini mudah di serap oleh badan.
 
ESP juga berbeza daripada produk protein soya di pasaran kerana mengandungi 9 asid amino (jenis protein) yang di perlukan oleh badan. Asid amino penting untuk penghasilan dan penjagaan otot, kuku, darah, organ dan lain2.
 
ESP Shaklee di cuci dengan air. Jadi kandungan isoflavones (kebaikan soya terperlihara dan badan mendapat keseluruhan nutrien soya tersebut). Kebanyakan soya lain di pasaran dicuci menggunakan alkohol. Cara ini selain menghilangkan isoflavon yang berfaedah daripada menyebabkan contamination dengan bahan kimia lain yang digunakan dalam pemprosesan.

Antara khasiat ESP:
 
  1. Bekalkan tenaga berpanjangan
  2. Bekalkan nutrisi yang diperlukan oleh badan : pelbagai vitamin, mineral dan sid amino penting yang badan kita hasilkan.
  3. Untuk system produktif atau kesuburan
  4. Penyembuh luka
  5. Metabolisme dan melambatkan proses penuaan
  6. Melindungi organ utama badan
  7. untuk pengurusan bagi berat badan ideal. Sebab boleh memanjangkan tempoh kenyang
  8. Mengebukan kulit..sebab ESP mengalakan penghasilan sel yang lebih baik dan berkualiti.


 Untuk order boleh hubungi Dzurliza

sms: 012-766 2296
whatsap : 019-326 3570

Resepi Roti Boy yang Sedap

Assalamualikum semua

Hari ni nak share resepi roti boy atau Mexican bun. Roti ni terkenal dengan bau yang sangat harum, lembut dan sedap..

Roti Boy (Mexican Bun) by Dzurliza 

Dalam roti boy. Inti dia warna perang..Sedap, lembut dan gebusss.. :-) yumi..

Dee rujuk resepi dari cute oven small kitchen. Memang terbaikla resepi ni

Bahan Inti

100 gm mentega- dee guna daisy
1/4 esen vanilla
35 gm gula perang

Cara-cara

  1. Pukul mentega dgn mixer lebih kurang 3 minit.
  2. Masukan esen vanilla dan gula. Pukul lagi hingga semua bahan sebati.
  3. Masukan dalam bekas dan di simpan dalam pembeku.
  4. Sebaik2nya bahagikan kepada 17 bahagian setelah inti agak2 hampir beku. Pastu masukan semula dalam pembeku ~ tapi dee skip yg ni.

Bahan Topping

100 gm mentega ~ dee guna daisy
70 gm gula aising ~ di ayak
2 biji telur ~ dipukul guna garfu
1 pekat 3 in 1 nescaffe (merah) dicampur dgn 2 sudu besar air panas ~ kacau sebati
100 gm tepung gandum ~ di ayak

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula aising dalam 5 minit
  2. Masukan telur sedikit demi sedikit dan pukul perlahan hingga sebati
  3. Masukan campuran nescaffe dan pukul lagi hingga sebati
  4. Masukan tepung, kacau hingga sebati. Pastu dee mixer sekejap hingga semua adunan sebati.
  5. Masukan dalam piping beg dan simpan dalam peti sejuk

NOTA: Pandangkan Dee utk tooping ni buat 3/4 dari adunan di atas. Sebab Dee buat aduanan asal ada lebih topping tu. Macam membazir je kan sbb xtahu nak buat apa dgn balance tu.

Bahan Roti

500gm high protein flour / tepung roti ~ dee guna unbleach high protein flour
20gm tepung susu  ~ dee guna susu dugro madu (susu anak)
75gm gula kaster
1 sudu the garam
1 1/2 sudu the yis
1 biji telur ~ dipukul guna garfu
270ml air
60 gm mentega di lembutkan ~ dee guna daisy

Cara-cara

  1. Satukan tepung, tepung susu, gula kaster dan garam. Sebatikan-update 29/4/2015
  2. Masukan yis, telur,  dan air. Uli hingga agak2 sebati dalam 5 minit
  3. Masukan mentega. Uli doh dalam 30 minit. Hingga doh menjadi lembut dan licin. Kalau uli pakai tangan kena kerja keras sikit ye. Kalau tak roti yg di idamkan xjadi, Pastu salahkan resepi sbb xjadi..hahaha..
  4. Kalau pakai mixer heavy duty boleh putar dalam 8-10 minit. Agak2 roti tadi lembut dan licin ye,
  5. Tutup doh dengan kain lembab dalam 10 minit. Doh akan naik sekali ganda.

Cara buat roti boy

  1. Doh yang dah naik sekali ganda di tumbuk utk buangkan angin. Bahagikan doh kepada 17 bahagia dengan setiap 1 bahagian beratnya 55gm. Jangan buat lbh dari 55 gm ye sbb ia boleh mengembang lagi hampir 2 kali ganda.
  2. Leperkan bahagian doh dan letak inti roti dan kemaskan. Buat bulat2 dan letak atas dulang yang telah dilenser dengan mentega.
  3. Buat hingga abis
  4. Biarkan 45 minit hingga roti kembang lagi.
  5. Panaskan oven 170C selama 15 minit.
  6. Sebelum bakar keluarkan topping roti dari peti sejuk dan pipe atas roti dalam bentuk spiral (bulat) bermula tengah roti.
  7. Bakar selama 15-20 minit hingga roti kekuningan masak. Bagi kes dee, Dee bakar pada suhu 160C selama 35 minit.
  8. Siap di hidang.

 Macam inilah bentuk spiral.

 Penangan si kecik yang xsabar nak makan. Nasib ko lah Labu..huhu..

 Siap di bakar. Tarrraaaaa...sedap..bagi pengemar Mexican Bun rugi xcuba. Sebijik rasa dia dengan yg kat kedai...