Tuesday 23 August 2016

Menghitung Hari Bersalin

Assalamualikum...

Sekarang menghitung hari untuk bersalin. Sudah masuk 38 minggu pregnant.
Due date 3/9/2016. Tapi2 tanda2 bersalin masih tidak kelihatan.

Dah hampir 4 minggu dee mengalami kontraksi Braxton Hicks
Pada minggu 35-37 minggu pregnant ianya hanya belaku pada selepas maghrib hingga malam. Tapi bila dee berehat dan tidur ianya akan hilang.
Perut kerap mengeras tu dah jadi mainan.
Jadi tak perlulah tergesa2 nak pi Hospital.
Selagi jalan tak buka Doktor tak dapat buat apa2.
Melainkan baby kurang bergerak, memang patut pi Hospital dengan kadar SEGERA.

Sejak masuk 38 minggu pregnant, kontraksi Braxton Hicks sangat kerap belaku.
Kali ini bukan sahaja belaku pada lepas waktu maghrib malah belaku pada waktu pagi semasa drive on the way pi kerja dan juga semasa balik dari kerja juga semasa drive.

Member yang sama batch pregnant pun dah bersalin.. :-)..Dee masih ternanti2 bila la akan bersalin..

Sejak akhir2 ini jugak Dee kerap teringin nak makan dessert. Tapi makan sikit je..lepas tu dah xlalu. Tekak ini terasa semua benda manis..huhuhu..

Jom lihat apa yang Dee buat dan makan di saat akhir sebelum bersalin:-

Brownies kedut. Resepi boleh klik link ini masam manis 

Makan sikit je sbb rasa macam manis sgt. Tapi orang lain kata sedap and just nice je rasanya.

Bahulu cemai..homemade. Mak dee yang buat. Siapa yang teringin nk order boleh contact 
012-755 5628 (Cik Eton)/ 017-717 9905 (Hazeri). Boleh dapatkan di Felda Redong 1, Segamat Johor. Ambik juga tempahan untuk wedding seperti bahulu pecah 8. Kalau banyak boleh lah deliver area Labis dan Bandar Segamat. Kalau sikit2 ambik sendiri la ye. Call dulu sebelum datang. Jangan SMS/Whatsapp mak Dee xreti nak guna application tu.

 Goreng Chempedak

 Mee siput made in Muar

 Askrim Baskin Robbins

Lupa la pulak ambik perisa apa

 Jamuan makan di SACC mall. Ada kek yang sedap tapi lupa nak ambik gambar 

Makan KFC..tapi xlalu gak..Anak tukang teman makan

 Barang keperluan untuk bersalin dah ready dalam bonet sejak 32 minggu pregnant lagi

Menghitung hari

Nak beli Vita-Lea untuk set lepas bersalin. Boleh la pulak sold out. Sedih betul..

Kuih bulan made in Taiwan. Kebetulan ada orang dari Jepun datang untuk ajar traning
Dee penguna dan jual ephyra. Berminat untuk dapatkanya boleh whatsap dee ye 012-7662296

Beza sikit dengan Malaysia punya

Hari ni bangun kul 5.30pagi semata-mata nak buat cream puff. Xpasal2 letih pi kerja pagi ni. Xcukup rest



Thursday 18 August 2016

Tanda-tanda hendak bersalin

Assalamualikum,

Sekarang ni dah masuk 37 minggu pregnant.
Rasanya start 35minggu pregnant dah start google tanda-tanda hendak bersalin.
Walaupun dah ada dua kali penglaman, tapi ia tetap berbeza setiap anak ketika bersalin.

Anak pertama kena induce dan anak ke-2 bersalin secara alami.
Tapi kedua-dua anak ada tanda keluar darah sebelum bersalin. Cuma anak pertama tanda keluar tu selama 2 minggu tapi tak jugak bersalin2 sampailah kena induce.
Manakala anak ke dua pula sehari sebelum bersalin dah keluar darah.
So, pengalaman itu tidak la sama..

Bila dah masuk minggu ke 35, setiap malam perut Dee akan mengeras hingga tak larat nak bangun.
Tapi kan bila dah bangun waktu pagi, badan rasa segar bugar. Hilang semua perut mengeras tu kan..
Tulah sibuk goggle manalah tahu kita boleh standby kan.

Sumber: Google

Jom kita check tanda-tanda nak bersalin.

1. Ngilu di bahagian ari-ari
Semakin anda hampir hendak bersalin, rasa ngilu dan pedih di bahagian ari-ari akan kerap terasa. Bakal mama juga lebih kerap membuang air kecil mahu pun besar, sakit perut serta buang angin. Ini disebabkan tekanan kepala bayi yang sudah turun ke bawah laluan tulang pelvik.
2. Sakit tulang belakang
Kesakitan di pinggul dan tulang belakang semakin kuat dirasakan. Ini kerana di akhir kehamilan, berlaku pergerakan pada janin yang akan menekan tulang belakang ibu.
3. Keluar lendir berdarah
Ada sesetengah bakal mama akan mengalami keluarnya lendir bercampur darah sebagai tanda hendak bersalin. Ia berlaku disebabkan pintu rahim dalam proses pembukaan. Jika anda mengalami tanda ini, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan saiz bukaan pintu rahim.
4. Keluar air ketuban
Tidak semua bakal mama mengalami situasi ini. Bagi yang mengalami pecah air ketuban dari vagina iaitu air jernih yang mengalir sedikit atau deras, segeralah ke hospital untuk pemeriksaan segera. Biasanya tidak lama kemudian ibu akan bersalin.
5. Kontraksi rahim
Jika memang sudah sampai masanya, anda akan mengalami sakit kontraksi yang beturutan bermula sejam sekali sehingga  lima minit sekali dan menjadi semakin kerap. Bagaimanapun adakalanya sesetengah ibu akan mengalami kontraksi palsu. Jadi, ibu perlu kenal mana satu sakit kontraksi yang betul.
6. Bukaan pintu rahim
Semakin mendekati saat melahirkan, tanda yang paling jelas sekali adalah proses pembukaan rahim. Inilah kemuncak momen indah sebelum bergelar ibu. Walaupun sakit kontraksi iaitu proses pintu rahim terbuka dari 1 hingga 10 cm ini adalah kesakitan yang paling sakit  namun ia satu nikmat kelegaan saat kepala bayi mula keluar dari pintu rahim ibu.
Rujukan: http://www.majalahpama.my/oppss-dah-nak-bersalin-ketahui-6-tanda-tandanya-1.256470

So selagi xada tanda2 macam di atas boleh cool down dulu ye..Baby xnk keluar lagi.. :-)

Wednesday 17 August 2016

Banyak benda nak update tapi tak sempat

Assalamualikum..

Biarlah gambar berbicara...

36 week pregnant (Khamis, 11/8/16 check-up di KK batu 14 Puchong)

Selfie sementara menunggu no di panggil untuk check up pada 36 minggu..


Lepas check-up, doktor suruh refer Hospital Serdang. Suspect air ketuban dah pecah. 
Sebelum tu dok sibuk selfie kan..dapat tahu kena pi refer Hospital terus mengelabah semacam. Nasib baik darah tinggi tak naik mendadak tau.


Sampai Hospital dalam 6.30 pm. Sekarang dah pukul 10 malam masih lagi tak dapat berjumpa dengan doktor pakar.

Dah jumpa doktor tapi bukan pakar la..dah 2x check jantung baby dan check sama ada air ketuban atau bukan..

Masa ni wad memang full.. mmg xleh nak cakap apa sebab evey 15-30 minit akan terdengarlah tangisan bayi...ramainya orang bersalin.. :-)

Bilahlah mybaby nak keluar ni..

Adalah 2 orang yang sebelum ni refer hospital private tapi bila ada kes xmau terima.. Sebab itulah Dee sanggup pi Hospital Kerajaan je.. Habis cerita..apa2 hal diorang dah ada rekod kita.


 Dapat tahu itu bukan air ketuban, petang Jumaat terus balik Muar...rumah mak mertua..
Terus balun durian, rambutan, manggis, cempedak dan pisang..Nasib baik tak terbersalin sebab makan macam2 kan..

Dapat gak rasa kuih bahulu cemai air tangan mak sendiri..

Merasa gak makan oleh2 dari Thailand ni. My officemate baru balik dari Thailand.. Rasanya macam kuih kapit tapi ada rasa more santan/kelapa..

Masa ni kecoh ingatkan Dee dah bersalin..Letih gak nak menjawap..

Hari ni dah 37 minggu (Rabu 17/8/16)..masih belum bersalin lagi..
sempatlah buat cekodok pisang dan goreng cempedak untuk breakfast 
dah jemu makan nasi lemak..so kita tukar menu lain pulak

selfie semetara menunggu traffic light merah.. ramai yang tanya kenapa tak cuti/mc je..jauh kot nak drive seorang2 dari Puchong ke Shah Alam.
Kan tebersalin dalam kereta/opis macam mana???

penat nak cakap..
1. dee memang tak suka duduk rumah saja2..
2. tengah banyak kerja di opis
3. kalau tanda bersalin dah ada bukan bermaksud terus nak bersalin..it's take time..paling kuat tak boleh nak drive..tapi agak bertuah siapa yang dah keluar tanda bersalin dan terus bersalin kan...


 Setompok hitam masih ada lagi..masih pakai ephyra skin care series.. 
kalau baru pakai dan terus hilang cuak jugak kan..
yang penting xpayah nak pakai bedak compact..
Dee suka nampak natural tapi dalam masa yang sama nak kulit nampak cantik la kan..

Bilalah my 3rd baby nak keluar..
Doakan yang baik2 untuk Dee ye..
Harapan semuanya di permudahkan..
perut pun dah besar ke depan..baby boy lah katakan..

I love my baby and also another my baby..
Penghibur hati..walaupan kadang2 diorg buat kita serabut..hahaha..it's normal 

#############################################################################
Berminat nak cuba ephyra product???

Whatsap 0127662296 (Dee)
jangan lupa follow dee di IG Dzurliza Ahamd
dan
pages : Dzurliza







Berminat nak cuba ephyra product???

Whatsap 0127662296 (Dee)
jangan lupa follow dee di IG Dzurliza Ahamd
dan
pages : Dzurliza

Sunday 7 August 2016

Tupperware

Assalamualikum

Ready stock





Postage : RM8(SM)/RM10(SS)

DAPATKAN SEKARANG!!!!

WHATSAP : 0127662296
IG: Dzurliza Ahmad
PAGES: Dzurliza

Saturday 6 August 2016

Dress Elvyna

Assalamualikum...

Dress Elvyna

Material poly crepe (ringan)
Nursing friendly
Wudhu Friendly
Poket di sisi kanan
Cutting A loose
Saiz S-XXL
RM89 include pos
Berminat boleh whatsap 0127662296
Like page Dzurliza









Friday 5 August 2016

Jalan-Jalan di IKEA sebelum bersalin

Assalamualikum,

Nekad amik cuti dan ajak my husband pergi jalan2 di Ikea Cheras.
Alasan nak jalan2 sebelum bersalin..Dah masuk 36 week pregnent..

Kami mempunyai minat yang sama iaitu mendeco rumah.
Tapi xada lah rumah terus jadi cantik.
Check budget jugalah ye.
Kalau ada RM sikit, kumpul dulu sampai cukup.
Xada la membabi buta untuk shopping sakan.
Sentiasa beringat untuk beli barang dengan cash okey.

Dah hampir 5 tahun duduk rumah ini.
Beli dengan 3rd owner.
Nak beli rumah baru memang tak mampu di area Puchong ni.
Slow2 renovate dan deco.
Ada duit buat renovate kalau xada diam2 shj ye.

Selalunya dee main kutu kalau nak beli perabot.

Nak jadikan cerita pada 2/8/16 kitorg pi Ikea Cheras.
Target nak beli jam dinding yang tengah offer iaitu RM29..Kalau x harga hasalnya dalam RM59-RM69.


My face without makeup. Rasa best guna ephyra skin bar ni tau. 
Setelah 11 hari penggunaan ephyra skin bar. 
Berminat untuk beli ephyra skin bar boleh klik link ni ye.

Lagi jauh setompok hitam dah nampak

 menu wajib beli di Ikea
RM15.++ untuk 15 ketul meatball

 menu yang agak baru di Ikea. Nasi, kari ayam dan sayur peria goreng, Sedap betul sayur peria bila di goreng dengan tepung.
Harga RM5.50

 dah xsabar nak makan. Baby dah lapar.. :-)

 Kenyang.. portion nasi yang agak banyak bagi Dee la. Orang lain maybe ok kot.
Siapa yang ada kad member Ikea boleh dapat free 2 cawan air kopi/teh. 
Boleh refill lagi.
Sila ambik 2 cawan sebelum buat pembayaran dan tunjukan kad ahli Ikea di kuanter pembayaran.

 Lepas penat shopping, Dee akan ambik set hotdog ni. Roti dia sangat lembut.
RM3 sekali air. Air boleh refill banyak kali itupun kalu korang memang nak duduk lama2 di Ikea la.

 Target nak beli jam, meja dan bunga je. Budget bawah RM100 je.
xada maknanya bila dah sampai Ikea.. habis beratus jugak lah ni.
Pokai bulan ni. Kena cut budget lain nampaknya.
ni namanya shopping xingat dunia.
Jangan amalkan ye.

 Minum dulu sementara my husband ambik kereta.

 ala candid je..hahah

 Bunga yang my husband beli. Xtahulah kenapa dia suka sangat bunga plastik di dalam rumah.

 my husband kata nak letak dalam tandas. 
OMG....
dia bukannya nak bincang dengan wife dia pun tempat nk letak bunga..
Ingat nak letak kat ruang tamu ke..


 Benda tempat sabun ni pun kitorg beli di Ikea. Xpayah nak tebuk dinding. 
tapi agak mahal la. dalam RM20 lebih..
Sebab tu jangan pura2 terkejut bila dapat bil ye.

 Tempat gantung berus dan berus tandas itupun kitong beli di Ikea. Pun xperlu nak tebuk bagai.

##############################################################################

Sesiapa berminat nak dapatkan set ephyra skin series boleh la whatsap Dee ye : 012-7662296