Wednesday 24 July 2013

Resepi Kek Black Forest Yang Mudah dan Sedap

Assalamualikum semua..

Hari ini nak share resepi kek Black Forest yang mudah dan sedap..Ianya sangat sedap dan sudah 3kali saya buat dalam masa 2 minggu. Lagipun anak2 dan hubby suka sangat..tapi En. Abg hanya makan yang xada whipping cream. Biasalah kot org laki ni mana la suka yg ada cream2 ni..org p'puan je yg suka..jom kita tgk bahan2nya..

Kek Span Coklat (Sumber : Buku resepi Chef Noraini Zakaria)

Bahan-Bahan

200gm tepung kek - saya guna tepung gandum
200gm gula kastor - saya guna gula halus
20gm ovalette
1 sudu teh serbuk penaik
6 biji telur gred A
40gm serbuk koko
100gm air
1 sudu teh emulco coklat
110gm mnyak masak

Cara-cara
  1. Loyang bersaiz 9 inci di lapik dengan kertas minyak dan di gris dengan marjerin.
  2. Dalam satu bekas, satukan tepung, telur, gula, ovalette dan serbuk penaik. Pukul adunan ni pada kelajuan tinggi selama 5 minit.
  3. Masukan koko,air dan emulco ke dalam adunan telur tadi. Pukul lagi pada kelajuan tinggi selama 5 minit.
  4. Masukan minyak dan gaul guna senduk hingga adunan sebati.
  5. Masukan dalam acuan dan bakar dalam oven selama 45 minit pada suhu 170C atau hingga kek masak.
  6. Terbalikan kek atas redai untuk elakan kek kempis. (buat dalam 10 minit) 
Bahan hiasan
  1. coklat masakan yang di parut nipis
  2. 10 biji ceri marachino
  3. 1 tin ceri hitam atau jem blueberry
  4. 1 L krim putar - saya guna brand value pride
Cara-cara
  1. Pukul Krim putar hingga kembang dan gebu (5minit). Klu terbalikan, adunan tidak jatuh.
  2. Potong kek kpd 2 atau 3 bahagia.
  3. pada lapisan pertama, sapukan krim putar dan susun buah ceri hitam atau jem bluebery
  4. ulang langkah ni untuk lapisan ke-2
  5. hias kek dgn whipping krim, hirisan coklat dan ceri marachino  

senang kan..dah siap..kek ni simpan dlm peti sejuk ye sbb ia xtahan panas..SELAMAT MENCUBA..

Tuesday 2 July 2013

Katolog Tupperware 1 Julai 2013 -Set Raya

PM to get the best price or sms 02-766 2296















 Happy shopping ....sms 012-7662296 untuk pertanyaan