Sunday 12 May 2013

ITEX 2013

Assalamulaikum semua..

Lama dah tak update blog ni kerana busy dengan kerja dan hampir 2 minggu Dee serta anak2 demam..3 kali berulang alik ke Hospital Serdang sebab takut denggi..Alhamdulilah bukan denggi.

Hari ni Dee nak share satu pertandingan antarabangsa iaitu ITEX 2013 yang di adakan di Kuala Lumpur Conventation Centre, Malaysia. Kalau tidak tahu gak, ia bersebelahan dengan KLCC. Berlangsung selama 3 hari bermula 9-11 May. Kiranya hari ini last event.

Nak tahu sapa yang masuk pertandingan ITEX ni???? Selalunya yang masuk pertandingan ini dari IPTA / IPTS dan juga dari syarikat2 yang buat R&D. Teknologi yang di bangunkan di pertandingkan dan di adili oleh juri yang layak.

Kali terakhir Dee masuk pertandingan ini pada tahun 2010. Masa tu buat 'Enhanced Antenna'. Dapat 'gold'. Kali ni Dee masuk untuk projek SPIT. Projek kerjasama antara SIRIM Berhad dengan FELDA. Dapat 'silver'. Jangan ingat semua projek ini Dee buat seorang2 ye...no..no..Kalau Dee buat seorang nampaknya sampai bila2 pun tak siap..hehehe..Projek ni di buat dalam kumpulan. Selalunya mempunyai ahli dari 5-7 orang dan di ketuai oleh Senior Engineer.. Tapi xada lah Dee tahap jadi projek Leader..Jadi team member je, sbb saya budak baru belajar.

Untuk projek SPIT ni, task Dee sgt la sikit...Just buat testing hardware dan system... rasa mcm xlayak nama Dee ada di situ..hehehe..

Banner ITEX 2013

Dengan salah seorang team member, Kak Lina

Belon SIRIM 

Keadaan dalam Booth SIRIM

Project SPIT




Project RoboKit yang telah mendapat 'Gold'

 Menu lewat malam 'Kek Pisang"






 Yummmi....Resepi DI SINI