Monday 28 March 2016

cuci bag coach dengan pencuci shaklee part 2

Asssalamualikum..

Sambungan entry last week..
Asyik lupa nak snap gambar
Boleh baca di sini untuk part 1..

Summary
Beg coach ni aku aku cuci dengan Basic H2 Organic Cleaning Concentrate sebab sangat kotor dan tak mampu nak hantar kedai dobi bag..hahaha. Ini yang sebenarnya. Xmampu nak hantar cuci bag dengan harga ratus2 ringgit.

Ini lah hasilnya..not bad..

 Nampak bersih je kan.Kesan gincu pun dah xada..Untuk gambar kesan gincu boleh klik link ini ye.

 Cuma yang  ini xpasti. tahi lalat kot. kesanya agak susah nak hilang

yang kesan dakwat pen mmg tak hilang. yang penting beg ni dah bersih dari segala kotaran.

Jom cuba dengan cuci bag coach anda dengan guna Basic H2 Organic Cleaning Concentrate. Alternative lain selain hantar kedai dobi bag di samping kos yang sangat murah. Hanya 20 titik Basic H2 Organic Cleaning Concentrateje kot. Dalam 2 sudu besar macam tu la.

Mop Lantai
Selain itu saya sangat gemar guna pencuci Basic H2 Organic Cleaning Concentrate untuk mop lantai.
Bila pijak lantai rasa best je. Xtahu macam mana nak gambarkam. Berkilat2 mozek..hahaha..serius tak tipu.

Hanya 1 sudu besar Basic H2 Organic Cleaning Concentrate plus dengan 1/2 air baldi boleh mop satu rumah dengan kuasa yang amat mengagumkan.
Tangan pun soft je..sebab Basic H2 Organic Cleaning Concentrate ni di perbuat dari bahan organic. So bagi yang ada masalah tangan yang sensitive dengan sabun boleh guna ini. Rasa macam kena air je tau.

Siapa2 yang berminat nak beli Basic H2 Organic Cleaning Concentrate boleh klik DISINI ye.

Friday 25 March 2016

Pregnancy: Rancang untuk mengandung???

Assalamualikum..

Alhamdulilah dengan izinya aku di beri peluang untuk mengandung kali ke-3.
Walaupun plan asal tahun lepas dah dapat baby ke-3.
Semua ini rezeki darinya.

Untuk sapa2 yang plan nak mengandung sila la amalkan folic asid  sebelum mengandung ye.
Bagus untuk persediaan sebelum mengandung.
Bagus juga perkembangan untuk otak bayi.

Sebelum mengandung aku amalkan Vita-Lea dari Shaklee.
Ia merupakan Multivitamin dan Multimineral. Folic Asid  pun dah siap ada dalam Vita-Lea ni. Senang kan..


Inilah Vita-Lea kalau sapa2 xpnh tgk

Dah ada folic acid

Aku buat ujian kehamilan sebab tiba2 seluar jean yang di pakai tak boleh nak zip.
Rasa macam pelik pulak, perut xbuncit pun dan tiada pernambahan saiz pun..hahaha siap ukur dengan tali tape.
Bila nak zip seluar tu rasa macam ada benda kat perut dan sesak nafas. Terus la tukar kain.

Kebetulan masa tu plan nak jalan kat JJ equine park. Sampai JJ je terus cari test kit yang paling murah.
Aku kan kedekut kan tiba2 xmengandung membazir je beli yang mahal...hahaha
Aku guna yang ini je. Tak sampai RM 7 kot. Tapi dulu lagi murah. ANak no.1 dan no. 2 pun aku guna brand yang sama.


sumber google 

Nak dapat result yang gitu sila test guna air kencing pertama  selepas bangun dari tidur ye.
So bila test ...i'm positive pregnant.  wah rasa happy gila..
Macam dunia ni ana yang punya..hahaha..

Di sebabkan aku lupa last uzur, so aku xleh nak agak usia kandungan aku tu.
Masa tu baru balik dari Jepun xsilap. Ingat2 lupa sbb teruja sangat dapat pi Jepun... :-)

Trimester Pertama Bermula !!! 

Lepas tahu yang aku pregnant benda peertama yang aku buat ialah pergi ke klinik dan ambik acid folic.Benda ni amat penting untuk perkembangan baby.. So tolong jangan abaikan..

Sangat lapar pada setiap hari..hampir setiap malam pergi keluar makan..teringin sangat nak makan asam pedas..

Selapas 2 minggu berlalu aku balik ke Kampung untuk ambik Abah. Abah kena follow up di IJN. Bila sampai di Kampung aku terus pergi berurut untuk buang angin. Pekara yang sama yang aku lakukan semasa mengandung kan anak kedua. 

Badan aku memang banyak angin tapi maksure beritahu kat kat tukang urut yang anda sedan mengandung..kan tak pasal2 jadi benda lain...
Tapi kali ni selepas beurut kepala aku jadi berat sangat...tidak bermaya..badan aku ok..tapi kepala aku ni...ahhh..muntah2 yang sangat dahsyat...pantang makan pasti keluar balik..pedih ulu hati terus menyerang tanpa belas kasihan..huhu

Pergi ke Klinik terus Doktor masuk air sebab kepala dah tak boleh nak angkat. Dapat MC 2 hari. Tak silap hari MC hari Isnin dan Selasa..Balik ke Puchong dengan Mak Abah aku sekali.

Berehat 2 hari masih tidak membantu untuk aku pulih..Petang Selasa pergi ke Klinik. Doktor sarankan untuk pergi ke Hospital untuk masuk air.
Pergi ke Hospital Putrajaya. Naik wheel chair lagi sebab dah xlarat nak jalan dengan kepala berat macam batu.

Mula2 masuk air 2 botol (klu xsilap), di sebabkan aku tak ingat 1st day period scan di jalankan untuk melihat usia kandungan.Doktor kata usia kandungan aku 6 minggu..Mak...aiii..baru 6 minggu aku dah teruk macam ni. Jenuh kot nak tunggu trimester kedua..Bagi aku dugaan aku mengandung kali ni amat dahsyat.. Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu..

Aku di masudkan wad Hospital Putrajaya selama 4 hari. Itupun aku kata gatal nak balik sebab kesihan kat anak2 yang dah 1 minggu tak sekolah. Mak pulak dah penat jaga cucu2. Adalah dekat 20 botol air masuk.

Lepas keluar wad Doktor bagi 2 extra MC untuk rest. Tapi still tak ok..aku pi lagi ke Hospital Serdang. Masuk lagi air. Doktor bagi lagi MC. Still xok. Akhirnya aku pi berurut lagi tapi dengan bidan lain yang kebetulan bidan Kampung tu datang ke KL jenguk anak2 dia.

Last sekali aku decide ambik cuti 1 week untuk berehat di Kampung. Cukupkan urut sebanyak 3 kali..ambik ubat dengan ustaz..huhu..Keadaan tidak seteruk masa masuk wad.

Balik Puchong semula. Mula kerja dengan on off cuti dan MC. 

Minggu ke 10 pregnant: 16/2/16 : Masa bangun pagi tiba2 rasa nak pitam. Kepala rasa berpusing2..try tido semua untuk rest bila bangun lagi masih rasa nak pitam dan kepala berpusing2.
Nasib baik En. Abg off masa ni. Terus ajak pi Klinik..Doktor kata tekanan darah sangat rendah..70/50 kalau tidak silap.

Terus refer Hospital Putrajaya memandangkan dah ada rekod di sana. Doktor check tekanan darah normal tapi still kena masuk air sebab still ada muntah2. Lepas masuk air 1 botol check tekanan darah lagi..tiba...tiba... tekanan darah rendah lagi..nurse tu check sampai 3 kali..lepas 3 kali masih rendah terus Doktor pakar turun..

Mula2 Doktor suspek denggi..tapi aku tidak cirit birit..sembelit adalah..huhu..terus check jantung..
Pertama kali dalam seumur hidup aku kena check jantung. 3 kali check untuk double confirm..muka mmg cuak gila..macam mana kalau tiba2 ada sakit jantung????

Kali ni adalah masuk air dalam 5 botol ..penat weh..dah lah xleh nak baring..bila baring rasa macam nak pitam..Aku duduk kat katil adalah dekat 6 jam. Nampak je Doktor yang rawat aku terus aku panggil. Terus terang cakap kat Doktor tu aku nak balik sebab penat duduk lama sangat. Doktor pun sengih je dia cakap tidak boleh sebab dia pun ikut arahan Doktor pakar.

Pada pukul 10 malam Dokor cakap aku dah boleh balik. Dia bagi MC 3 hari untuk aku rest lagi. Mula2 masa jumpa dia tanya aku stress ke kat tempat kerja sampai tekanan darah boleh drop. Aku cakap aku stress sebab traffice jam bukan sebab kerja..hahaha..Puchong ke Shah Alam 25KM sahaja. Kalau ikutan dalam 30 minit dah sampai. Tapi di sebabkan kereta banyak dan traffic light berlambak2 dari 30 minit boleh jadi 50 minit ..Silap haribulan boleh cecah 1 jam lebih..Nasib badan la ye..huhu

Alhamdulilah sekarang dah masuk Trimester Kedua kesihatan bertambah baik..dah boleh makan2..tapi kena makan di luar. Kalau makan di rumah memang tak lalu.

Cuma aku nak cakap muntah2 dan tak lalu makan bukan sebab buat2 okey. Doktor sendiri cakap ia sejenis gangguan hormon dan setiap gangguan hormon pada setiap orang adalah berbeza.
Aku pun tak larat nak belakon muntah2 bagai..Sakit perut tau..Silalah hargai pasangan anda okey. Bantu apa2 yang patut kalau pasangan anda mengalami moning sickness yang teruk.

Sila la minum susu untuk janin/bayi dan diri anda sendiri..

Wednesday 23 March 2016

Musim panas..

Assalamualikum...

Hai..

Skg ni musim panas yang melampau..
Sebelum balik kerja wajib pakai krim pelembap siang yang lebih SPF30 ke atas.

Aku bab ni xada la rajin sangat..
Tapi sebab pigmentation telah melanda di muka aku ni terpaksalah pasrah untuk pakai krim pelembap yang ada SPF. Lagi2 dengan cuaca panas dan di galakan.

Jom amalkan sebelum pigmentation melanda di muka anda.
Nanti kalau dah ada pigmentation di muka nagis sampai keluar air mata darah pun belum tentu benda alah itu hilang.huhuu..

Tapi pastikan kirim yang di pakai ia sesuai dengan kulit wajah anda ye.

Aku pakai yang ini je..

Dee pakai 3 benda ni je

  Simply Prefect 2 way cake SPF 30(suka sangat)

 Safi Rania Gold Kirim Pelembap Siang SPF 25

Ultra moist lip color ku milikmu SPF15

Selain penjagaan untuk kulit wajah kita jugak di galakan minum air masak 8 gelas sehari. (Dee snd terhegeh2 nak cukupkan 8 gelas air tu..huhuuhu)

Hair Analyser !

Assalamualikum..

Pernah tak dengar Hair Analyser? Ia bukan untuk rawatan rambut tau!

Malam tadi pergi ke Klinik sebab si kecik dah tunjukan tanda2 semput.
Malah enzima si kecik juga bertambah teruk di bahagian leher, dada dan pelipat siku.

Malah di bahagian kepala si kecik sebelum ni telah muncul beberapa benjolan yang agak banyak.
Kami pi berjumpa dengan doktor pakar kanak2 di KPJ Shah Alam.
Doktor kata ada infection/jangkitan kuman
Doktor bagi antibotic dan kena monitor dalam 2 week untuk monitor sama ada benjolan2 itu mengencil atau sebaliknya.

Alhamdulilah setelah hampir tiga minggu benjolan tu bertambah mengecil tapi sampai sekarang En. Abg tak bawak follow up di KPJ..hmmmmm..faham2 je lah..penat dah ckp..hahaha
Berkaitan dengan benjolan ni mungkin berkait rapat dengan antibody yang sedang melawan jangkitan penyakit atau keadaan rumah yang tidak berapa bersih.

Aku akui sepanjang trimester pertama mengandung, aku telah mengabai semua tanggungjawab aku sebagai isteri, ibu dan wakil 5s di rumah (pembersih sgt kah aku ini.. :-D).
Sebab masa ni nak bawak diri sendiri pun tak larat, lagilah nak uruskan benda lain..
Rasanya masa bulan January 2016 aku cuma bekerja selama 5 hari sahaja dalam tempoh sebulan.
Hari2 lain aku masuk ward di Hospital Putrajaya, MC dan ambik cuti tahunan..
Nampak tak kelebihan anak no. 3 ni..

Kebersihan amat penting ye kawan2.. lagi2 kalau kulit anak kita jenis yang sangat sensitive dengan habuk2, udara kotor dll.

Berbalik pada malam tadi, lepas ambik gas doktor kata still si kecik tak ok. Pagi ni kena pergi lagi untuk follow up. Nasib baik En. Abg off day. Bolehlah pi bawak si kecik pergi klinik.

Sebenarnya nak cerita pasal Hair Analyser. Ni dah melalut ke cerita lain pulak..Sila fokus Dee...
Doktor ada terangkan pasal Hair Analyser ni. Ia merupakan teknologi German di mana dengan menggunakan rambut sahaja alat ni dapat memberitahu apa masalah yang anak kita sedang hadapi.

Seperti masalah lembab ke, masalah autism ke, kurang vitamin ke, ada banyak toxins dalam badan ke, manalah tahu boleh tahu punca rambut gugur ke dan macam2 lagi la.
Ia juga bagi solution untuk mengelakan makanan yang kita allergic atau badan kita kekurangan vitamin apa..so boleh lah makan vitamin yang sesuai untuk diri kita kan..

"Yes in 30 minutes from a Patented Hair Analyser screening medical equipment you get a 14 page report 100 deficiencies...telling you on your personal nutritional status"


Ayat yang di petik dalam brochure yang di bagi oleh Doktor Azlini..

Tak tahu alat ni bagus atau tak? Berkesan atau tak..Kena cuba baru tahu kan..
Aku bukan pakar dalam hal ini. Siapa yang pernah buat boleh la share. Aku try google kat internet xada orang share benda ini di Malaysia. Maybe teramat baru untuk Malaysia.
Tapi di Negara seberang ada share. Tak tahu la guna alat yang sama atau tidak.

Bagi yang berminat!!!

Bayaran untuk buat ujian ini sebenarnya RM1390.00 tapi sekarang promosi sedang di lanjutkan hingga 31 December 2016 dengan harga RM390.00. Banyak tu lessnya RM1000 tu..

Mula2 aku dengar doktor mcm ckp RM90. Dalam hati boleh la nak test untuk anak2. Kali silap dengar la.. RM390 rupanya. terus aku diam..hahaha..dalam hati terus berkira2..hahaha..kedekut punya perangai sudah sampai..akan di fikirkan nanti...

Untuk info lanjut boleh pergi terus ke klinik atau call dulu ye..

KLINIK AZLINI,
NO. 3, JALAN PUCHONG PERMAI 3,
TAMAN PUCHONG PERMAI,
47100 PUCHONG,
SELANGOR.
TEL/FAX: 03-58821695



Brochure yang aku dapat pasal Hair Analyser

Sila la baca kalau nampak.. :-). Nampak tak tarikh di lanjutkan hingga 31 December 2016 dengan harga promosi RM 390.00

Your personal profile..apa yang kurang dalam badan kita..

 Nutritional status yang kurang dalam body lepas ujian di lakukan

Alat yang digunakan. Teknologi German.

Cara ujian di lakukan dengan menggunkan rambut sebagai sample. So xada ambik darah2 ye..Manalah tahu kot2 ada yg kecut perut bila nak ambik darah


Tuesday 22 March 2016

HP tertinggal di rumah?

Assalamualikum..

Hai.

Pagi ni hari yang paling bahagia sebab En. Abg off day.
So, persekolahan anak2 di uruskan En. Abg. Boleh la Dee bersenang2 menyiapkan diri untuk pi ke kerja.

Macam biasa perjalanan dari Puchong ke Shah Alam memakan masa lebih kurang 45-1jam..huhu
Pagi2 wajib pi HQ dulu untuk breakfast. Layankan anak tekak ibu mengandung ni.
Dulu Dee terus pi Opis, xkisah nak breakfast apa. Semua boleh telan.
Sekarang nak yang panas2 baru boleh telan..nasib badan la..

Doktor kata setiap kali mengandung adalah berbeza setiap orang..huhuhhuhu..
redha sahajalah ye..
Mengandung ni seperti berjihad ke jalan Allah S.W.T tau.
Untung orang perempuan ni.. :-)
Dapat extra kelebihan..
Jadi kena bersyukur dangan rezeki dari-NYA.

So, berbalik bersenang2 nak pi kerja tadi..lepas je breakfast di HQ terus pi Opis di Seksyen 16.
Macam biasa on laptop, bukak handbag sebab nak keluarkan hp...ooooopppppssssss...kedua2 hp Dee tertinggal di rumah.
Nampak mcm kaya raya sbb ada dua hp..hahaha

Nasib badan la ko hari  ni ye..
off dari whatsap
off dari fb
off dari goggle..
hahaha..



Ok bye..

Monday 21 March 2016

Pencuci H2 Shaklee lagi..

Assalamualikum..

Tak abis2 dengan pencuci H2 shaklee ni.
Ambik ko kalau dah jatuh cinta..lalalalala...hahhaha

Hari tu guna 1 sudu besar H2 shaklee + 1/2 baldi air. Mop satu rumah. Berseri2 lantai rumah. Suka sanagt. Gambar lupa nak snap.

Hari ni nak share macam mana nak hilangkan kesan kotor pada bahagian dagu telekung. Biasalah kalau mood rajin 1 minggu sekali basuh telekung. Kalau mood malas sampai sampai berminggu2 tak basuh..huhu
Dulu kalau dah kuning2 dee rendam dengan clorox je.
Pastu tu bau dia mula la mengyusuk ke hidung + tangan jadi kering sbb ia sgt tajam dgn bhn kimia.

Masa cuti hari tu saja la cuba cuci dengan pencuci H2 shaklee. Tekejut den..ltk setitik pada kain yg kuning..letak air sikit..gosok2 dgn ala kadar terus hilang warna kuning tu..
terpegun sebentar..hebatnya..tapi tangan xada la rasa kering macam clorox. lembut je rasa tangan ni..

Kuasa apakah ini.. mmg pencuci H2 shaklee ni agak mahal bagi dee. sbb ia di buat dari bahan organik sebab itu boleh tahan harganya..

Semuanya terletak di tangan anda..

Jom kita layan gambar dulu...




Berminat nk order Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate? Jom klik link ini


Friday 18 March 2016

Cuci bag coach dengan pencuci Shaklee

Assalamualikum...

Lama tak jeguk blog ni..
Minta maaf kalau ada yang nak order kuih dari bulan January 2016 hingga sekarang.
Tempahan terpaksa di tolak sebab tidak sihat..

Sekarang dah sihat sikit selepas menempuhi trimester pertama yang penuh cabaran dan dugaan..
Tapi mood nak ke dapur memang tiada ada lagi.. :-)

Nak cerita sikit pasal bag coach..
Dee sebenarnya bukan mampu pun nak pakai bag ni..
Satu bag je dah cecah lebih RM500 kalau ori..gigit jari kalau nak beli..
Kebetulan ada kwn pi traning dekat US, so apa lagi Dee kirim la..murah dari Malaysia..
Kalau kwn yang tolong belikan xleh lah nak demand lebih2 ye..redha je..
Tapi alhamdulilah bag yang kwn dee beli semua berkenan di hati..

Setelah hampir 5 tahun pki, mcm2 kotoran ada..tahan pki bag ni..berbaloi2..
Plan nk pi hantar dobi bag tapi bila survey harga ....hmmmm harga dobi sama dengan harga bag..
Dee mmg kedekut bab2 extra RM ni..xada dlm senarai pembelanjaan..mmg berkira2..

Nak jimat Dee goggle..mana lah tahu ada yg creative psl bab2 nak murah ni..
pastu jumpa link ni . Member ni cuci bag LV guna Basic-H Shaklee..Bag LV ori beb..
Kebetulan dee mmg member Shaklee..terus order online..hari ni order esok dah sampai..happy gila..

Tarrra ...inilah Basic-H dengan Herbal Blend Shaklee

Hahaha.. npk x kesan hitam dan gincu pada bag tu..bila masa kesan gincu boleh kena kat situ..

Lagi...

lagi...

lagi...

dan lagi...tapi kesan dakwat pen xada hilang. event nak hilangkan dakwa pen di dobi bag pun kena bayar extra RM tau...

Kain lap..dapt free masa beki bag apple donuts.. Dee mmg suka benda2 free ni

Masa bukak link ni , dia kata lap2 je..dee pun sental dgn berus gigi terpakai dan lap2 je..
lama2 kemalasan melanda terus dee basahkan bag coach tu dan tuang beberapa titik Basic-H shaklee dan terus sental dengan tangan..
sental slow2 tau..baru terasa kebersihanya ..haha
lepas idai mcm gambar bawah..

Cara idai..buat dalam rumah

Bila air yang menitis dah xada, dee letak dalam bilik dengan kipas terpasang..
Biar semalaman bangun pagi dah kering..
Hasilnya jeng2..sgt puas hati...bersih bahagian luar..tapi kesan dakwat xhilang,,xapa sebelah dalam..
bukan orang nampak pun.. :-0
yang penting bersih..
gambar selepas cuci xsempat nak snap..nati free2 dee tepek gambar kat sini..

Terjumpa entry terbaru yang diorg rendam terus bag coach dengan basic-h..boleh klik link ni untuk rujukan..

Siapa nak beli Basic H boleh klik link ni ... Harga RM48.76 (16oz) include GST..tidak termasuk pos..