Wednesday 18 May 2016

Makan di Alrawsha Restaurant Seksyen 7 Shah Alam

Assalamualikum.

Nasib la boleh telan nasi arab walapun mak buyong rasa tawar..
Bos2 belanja kita sebagai staff ngap je la.
Diorang kata sedap..aku rasa biasa2 je..maybe tekak dah sebati makan yang berlemak2 kan..
Kita layan gambor je la..


Macam istana. terpegun sebentar...gambar kredit dari blog ini

xtahu nak kata air apa..rasa mcm pisang tapi warna pink..ingat air tembikai tapi bukan..not bad la minum sejuk2

Alrawsha Restaurant

kami makan nasi arab ayam+nasi kambing+kebab..kebab dia sedap..tapi kalau dapat masa panas lagi sedap kot..bila dapat time suam2 kuku rasa liat la pulak..ada gak side order untuk makan bersama2 dengan nasi arab tapi xsempat nak snap gambar. Malu dengan bos2

masa ni bos ternampak aku dok snap gambar makanan..macam jakun kan..terus bos suruh snap gambar..alahai malu den..nasib baik ada orang lain tolong snap gambar.. :-)

 okey mak buyong bergambar di pintu masuk "istana" Alrawsha restaurant..perut tu tutup dgn bag..rasa mcm besar sgt..mak buyong dah 6 bulan..

Dress Zarra II ni dee mmg jual..RM99 sekali pos..boleh rajin2 tgk page Dee di fb "Dzurliza".
Tudung custom made..Berangan nak keluarkan tudung snd secara online..tp skg jual secara offline je..sbb xada modal nak upah model.. :-)
Beg tu handmade dari "manik wani". Boleh la ke fb beliau ye. RM55 tidak termasuk pos.

Harga makan nasi arab di Alrawsha Restaurant tak tahu berapa RM sebab bos2 yang belanja..dengar2 RM1000 untuk 50 orang..


selfie dengan cermin mata baru..rasa macam besau je. mcm xkena je cermin mata tu..nak ikut trend sgt..ambik ko..Shawl ni pun custom made snd...
.macam mana nak hilangkan pigmentasi tu..bertambah banyak la..huhu..

selfie lagi..berangan sokmo..


Tuesday 3 May 2016

Resepi Kek Coklat Yang Sedap dan Mudah

Assalamualikum

Hari ni terajin nak share resepi kek coklat yang sedap dan mudah. Banyak resepi kek coklat di luar sana. Pilih lah mana yang berkenan.

Untuk resepi ni Dee rasa mudah sebab tak susah sangat bab nak membasuh. Itu lah maksud mudah bagi Dee..hihi..
Kurang bermain minyak semasa membasuh terutama berkaitan dengan butter.
Itulah salah satu upah yang korang kena bayar untuk order sesuatu kek :-).

Resepi ni dee ambik dari Kak Azlita Masam Manis. Saya copy paste dari blog masam manis.
Kemalasan mak buyung melanda :-)

Saya minta halal ye K.Ita. Jangan risau kek ni memang tak manis ye. Tak perlu kurangkan gula.

Resepi Kek Coklat Lembap 


Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua bahan bahan A >> Kemudian ayak >> Ketepikan 

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla


Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

2 sudu besar susu pekat manis. 

Bahan D
250 ml air panas


Cara-Cara

  1. Satukan semua bahan B >> Pukul hingga putih
  2. Masukkan minyak, susu cair dan susu pekat manis >> Pukul hingga sebati
  3. Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula. 
  4. Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula >> Tambahkan air panas dan gaul rata >> Dee mix sekejap dalam 30 saat.
  5. Tuang adunan dalam loyang bulat (9 inci) atau empat 4 segi (8 inci) yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak
  6. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 165C (ikut oven masing2)
  7. Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
  8. Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
  9. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
  10. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar selama 15 minit lagi atau hingga masak.
Resepi Coklat Ganache

250 gm UHT Whipping cream
300gm dark coklat masakan- dicincang agak2 halus - Dee tambah dalam 30 gm lagi untuk dapatkan ganache yang likat sikit.Pandai2 lah korang berexperimen kan.

Cara-cara
  1. Secara double boiler panaskan UHT whipping cream sampai ada buih2 kat tepi periuk
  2. Tuang UHT whipping cream dalam mangkuk berisi dark coklat.
  3. Kacau sampai sebati
  4. Sejukan dan sedia di gunakan
Selamat mencuba.

Sabtu lepas Dee buat Kek Birthday untuk anak Dee
Happy belated birthday ye Azim. Semoga jadi anak yang soleh :-)






Untuk kek yang Dee buat ni, Dee guna 2 loyang bulat saiz 7inci. 
Yelah my husband tak suka ada topping2 ni. Jadi buat lah dua supaya xada gaduh2 xnak makan kan :-).
Masa pembakaran juga berbeza sebab saiz loyang dah kecik.
Dee tak timbang, main agak2 masuk kan adunan dalam loyang. Maklumlah dah pro :-)
Satu loyang Dee bakar 1 jam sahaja manakala satu loyang lagi Dee bakar 1jam 25minit.
Maybe yang lama bakar tu sebab adunanya banyak sikit dari loyang yang satu lagi.
So korang pandai2 lah ye.

Dalam pemerhatian:- kek ni menjadi sangat moist pada hari ke-3. Pastikan kek ni di habiskan dalam masa 5 hari ye.