Wednesday 25 December 2013

Resepi Kek Keju Meleleh

Assalamualikum..

Sekarang tgh hot kek keju meleleh kan...Dee pun try buat ambik resepi dari group masakan.  Alhamdulilah tidak mengecewakan. Sedap sangat..

Rupa kek cheese meleleh...yummmmiiii.......
 
Resepi kek

Bahan-bahan

4 biji telur (A)
1 1/2 cawan gula castor- klu xnak manis letak 1 1/3 cawan
1 sb ovallete
3 sb susu pekat manis
2 cawan tepung hong kong*
2 sb tepung jagung*
1 sb baking powder
1/2 cawan air
1 cawan minyak jagung
2 sk emulco coklat/strawberi/dll
1 penutup pewarna

* diayak

Cara-cara
  1. Panaskan oven 160C selama 20 minit
  2. Gris Loyang 8*8 dengan kertas minyak
  3. Pukul telur + ovallete + gula + dan susu hingga kembang
  4. Masukan tepung hong kong + tepung jagung dan baking powder. Putar hingga sebati
  5. Masukkan air kacau sebati.
  6. Masukan perwarna dan emulco coklat/strawberi/ dll - kacau sebati
  7. Masukkan minyak kacau sebati.
  8. Masukkan adunan dalam Loyang tadi. Bakar selama 40-1 jam pada suhu 160C
  9. Cucuk tengah kek dengan lidi. Kalau lidi tadi basah, bakar lagi 5-10 minit atau hingga kek masak.
  10. Sejukkan kek.

Perhatian.
  1. Jangan buka 35 minit pertama semasa bakar kek. Ia akan membantutkan kenaikan kek.
  2. Jangang kerap buka pintu oven walupan selepas 35 minit pertama sudah berlalu
  3. Rujukan suhu oven 160C adalah untuk oven Rubine.

Resepi Cream Cheese

Bahan-bahan

250 gm cream cheese (tatura/philadelphia)
1/2 cawan susu pekat manis -klu xnk manis letak 1/3 cawan
1 cawan susu fullcream
1 sk esen vanilla

Cara-cara
  1. Putar semua bahan sampai tak berketul. Adunan memang cair. Kalau xnk cair boleh kurangkan susu fullcream-agak2 ye nak cair macam mana ye.
Hiasan
  1. Parutan cheese chedaar

Cara Hias
  1. Potong kek kepada 2 bahagian.
  2. Letak bahagian pertama kek di atas papan kek
  3. curah cream cheese atas lapisan pertama kek-agak2 ye
  4. Letak lapisan ke dua kek di atas cream cheese tadi
  5. Curah balance cream cheese pada keseluryhan kek

Selamat mencuba
 
Dee juga mengambil tempahan untuk kek keju meleleh ni. Sebarangan pertanyaan boleh sms 012-766 2296 atau email d_eza@yahoo.com
 
Harga sama untuk perisa vanilla / strawberi / coklat
 
Harga:
 
8*8 inci RM 80
 
RM20

RM 10
 
COD at Bandar Bukit Puchong 1
 
Dee ~ 012-766 2296
 

No comments:

Post a Comment