Assalamualikum..
Tanggal 12.12.2013 merupakan harijadi En. Suami. Dee teringin sangat nak buat kek black and white Russian. Nampak macam mudah tapi susah rupanaya. Patutlah orang jual kek mahal, dengan cost bahan + masa + emosi
Untuk resepi kek coklat, dee guna resepi yang dee selalu buat. Banyak kek coklat yang versi kukus, tp dee x confident nak kukus..sbb dee fail bila mengukus..resepi ni dee ambik dari kwn dee.
Resepi Kek Coklat Moist
Bahan-bahan
170 buttercup / mentega planta / mentega daisy
340 gm gula halus (dee guna 320gm je - kalau xada gula halus sila blender bagi halus ye)
3 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla
225 gm tepung gandum (di jemur / di sangan *
60 gm serbuk koko (van houten / dee selalu guna serbuk koko dari Bagus)*
1 1/2 sudu teh serbuk pernaik*
1 sudu teh soda bikarbonat*
170 ml air
* - diayak
Cara-cara
- Panaskan oven pada suhu 160C selama 20 minit. Suhu ni rendah tau, jadi untuk pastikan oven panas sekata jadi dee panaskan selama 20 minit. Kalau dee buat 10 minit, selalunya kek dee xjadi. Dee pakai oven brand Rubine-take nota bagi pengguna oven rubine.
- sediakan loyang 7 inci dan gris dengan mentega + tepung atau mentega + kertas minyak
- Pukul buttercup/mentega & gula hingga kembang - anggaran dalam 20minit jika guna pemutar yang biasa tu. Gula tidak berapa hancur pada masa ini. Rasa berketul2.
- Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati - anggaran 5-10minit bagi 3 biji telur tu ye. Pastikan rasa adunan tadi dengan memastikan gula telah cair/larut dalam adunan. Kalau tidak kek tak jadi ye dear.
- Masukkan esen vanilla. Kacau rata.
- Masukkan serbuk koko dulu ye. Kacau sebati guna spatula je.
- Masukan tepung + soda bikarbonat + serbuk penaik secara sedikit demi sedikit. Guna spatula je. Kacau sebati. Pada masa ini adunan agak likat sedikit.
- Masukkan air dan kacau sebati.
- Masukan dalam loyang
- Masukkan dalam oven
- Masak selama 45-1 jam.
- Cucuk dengan lidi untuk pastikan kek dah masak atau tak. Bila keluarkan lidi, lidi kering maksudnya kek dah masak atau sebaliknya.
- Kalau nak letak coklat ganche pastikan kek dah sejuk ye.
Kek Cokat
Kirim Keju Moca
sumber: masam manis
Bahan A
12 gm halal gelatin
60 gm air
Bahan B
400 gm krim keju
2 sudu the nescafe 3 in 1
60 gm gula icing
Bahan C
300 gm krim putar bukan tenusu
Cara-cara
- Taburkan gelatin perlahan-lahan di atas air tadi. Biarkan semua gelatin kembang anggaran dalam 10 minit. Guna kaedah double boiler sperti gambar di bawah. Biarkan sejuk sebentar.
- Satukan bahan B dalam satu bekas. Pukul hingga lembut dan sebati. Masukan gelatin yang telah cair.
- Dalam bekas lain pukul bahan C hingga kental. Anggaran dalam 5 minit
- Masukan kirim putar ke dalam bekas krim keju. Kuap balik hingga bergaul sempurna.
- Masukan dalam piping bag dan masukan dalam peti sejuk
Resepi coklat ganache.
Sumber: masam manis
Bahan A
250 ml krim tenusu
40 gm sirap glukos
Bahan B
400 gm coklat masakan gelap (dark cokjlat) ~ di cincang halus
30 gm mentega
1 sdb pes hazelnut ~ Dee xletak
Cara-cara
- Satukan kirim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk.
- Tuang kirim panas dalm bekas yang berisi coklat gelap dan biarkan cokalat mencair sambil gaul rata.
- Masukan mentega dan kacau sebati.
- Boleh tambahkan pes hazelnut jika suka.
- Sejukkan.
- Masukkan dalm piping bag dan sejukan dalam peti sejuk.
Coklat ganache dan krim keju yang telah tersedia di dalam piping bag. Simpan dalam peti sejuk sekejap. Kalu masa nak guna telah beku, biarkan sekejap pada suhu bilik.
Sirap Nescafe
Bahan-Bahan
1sdb Nescafe 3in1
1/4 cawan air suam
Cara-cara
- Satukan semua bahan dan kacau rata.
Note:- Dee tertinggal part ni masa buat kek hari tu. Tujuan sirap nescafe adalah untuk melembabkan kek. Di sapu atas kek sebelum letak Coklat ganache dan krim keju.
- Sediakan kek pada lapisan pertama
- Letak kirim keju dan coklat ganache secara serong dan berselang seli. Nampak tak krim keju tu terputus2 di tengah jalan..huhu..Ia beku sgt sampai susuh nak kuar dari piping beg. Kalau rasa coklat ganache meleleh masa ni, masukan dalam peti sejuk sebentar. Anggaran 5-10 minit.
- Ulang proses untuk lapisan ke dua. Kali ni lapisan kirim keju dan coklat ganache opposite dengan di bawah.
- Nampak x perbezaan kirm keju di atas dan coklat ganache di bawah
- letak lapisan ke-3
Kek tadi di salut dengan kirim keju seperti di atas. Sejukan dalm peti sejuk. Anggaran 15-30minit.
Akhir sekali curah coklat ganache atas kek yang telah di salut krim keju. Biarkan beku dan hias.
Tuan punya kek sedang potong kek
Rupa Kek Black and white Russian . Cantikan....
Lebih adunan kek dee ltk dlm cup cake
Kalau xletak coklat ganache, kek coklat ini dah cukup moist jugak..
SELAMAT mencuba..
No comments:
Post a Comment