Thursday 31 December 2015

SALE hingga 02/01/16

Assalamualikum,

Sale bermula lagi. Sila lawat my page : Dzurliza untuk update terkini

Thursday 3 December 2015

Kek Marble with Almond

Assalamualikum semua,

Nak share gambar kek marble yang di order. Siapa berminat boleh whatsapp 012-766 2296. Alhamdulilah dah tiga kali open order. Dee kira satu adunan ye. Satu adunan RM40. Kalau nak pack macam dalam gambar pun boleh. Dapat 4 box ye..Harga sama iaitu RM 40. 

COD hanya di Kedai Kopi, Shah Alam (tasik) pada waktu lunch sahaja dari hari Isnin hingga Jumaat
Selain dari itu boleh ambik di Bandar Bukit Puchong bermula pukul 8-10 malam dari hari Isnin hingga Jumaat. Untuk hari Ahad dan sabtu boleh ambil dari 8pagi-10 mlm di Bandar Bukit Puchong. Semua ini bergantung pada availability saya ye.

Penghantaran akan di kenakan caj dan availability saya.

Sila buat tempahan 3 hari awal.








Saturday 28 November 2015

Tok Guru Ke Malaysia

Assalamualikum you all,

19-30/10/15 Dee telah pergi Jepun demi menuntut ilmu..:-) Jauh kan...Dulu mmg teringin nak pi Jepun dan akhirnya angan2 itu tercapai tanpa di sangka2..Dee telah berhijrah dari SIRIM Bukit Jalil ke SIRIM Shah Alam tanpa kerelaan diri memandangkan rumah di Puchong. Jauh nak ulang alik..minyak dan tol double RM lagi..Dari tanpa kerelaan kepada bersyukur dan akhirnya orang lain nampak akan kelebihan kita dan memberi kepercayaan kepada Dee untuk pergi ke Jepun..Alhamdulilah..Bertapa besarnya nikmat bersyukur ini..Sila lah amalkan..:-)

Berbalik pada Tok Guru kita ni..beliau and team dari Jepun telah datang ke Malaysia kerana ingin melihat anak2 murid beliau cara melaksanakan testing...:-) Tak nak cerita pajang sgt..korang kan tak faham sgt kan kalau sebut psl standard and technical kan (mcm la aku pandai sgt :-).

So kita layan gambar sahaja la ye..

See,,nampak tak my Tok Guru..diorg suka sangat dengan kek marble dan brownise kedut yang dee buat khas utk diorg..budi baik di balas baik okey!!!!

hmmm...komen...komen...no komen...hahaha...

gigih tak aku baca standard yang kalau 10 kali ulang, maka 10 kali la permahaman aku pun bertukar ..huhuuh..

Brownise kedut aku ni hanya RM 40 ye..dengan almond sekali..nak rojer2 la ye..area Bukit Puchong dan Shah Alam okey!!!

Kek Marble Dee ni antara hot sale okey..Hanya RM10 per box..Tapi selalu dee kumpulkan satu tarikh sbb min order 4 box ye..

Berminat dengan my cake boleh la whatsap ke 012-7662296..whatsapp sahaja atau SMS ye..Jangan call..Dee mmg xangkat..sorry ye..Maksure order 1-3 hari sebelum ambik..

Thank for reading!!!


Monday 23 November 2015

Dress Nauraa III



☑ RM129
☑ material fursan
☑ cutting princess
☑ Nursing & wudhu friendly
☑ dihiasi chuncky beads
☑ butang sampul di tangan

WhatsApp code dan saiz ke 012-7662296 
WhatsApp code dan saiz ke 012-7662296 
WhatsApp code dan saiz ke 012-7662296

visit dan like pages Dzurliza







Wednesday 4 November 2015

Traning in Japan Part II

Assalamualikum ...

Alhamdulilah selamat sampai di Malaysia pada 31/10/2015 jam 12.30 pagi, Ist time naik kapal terbang, memang rasa sangat teruja dan takut. Pada hari sama sampai di Malaysia di khabarkan kapal terbang Rusia terhempas di pusat bandar Sinai, Kaherah Mesir. Allah hu akbar..

Berada di Jepun hampir 12 hari semata2 untuk menutut ilmu. Dulu berangan nak sambung study di Jepun tapi tak kesampain. Dapat sambung study Master di Australia tapi xpi sbb xdapat dan xapply biasiswa selain JPA. Akhirnya sambung di UiTM Shah Alam :-).

Sepanjang di Jepun, keluar jerawat banyak dan kulit jadi kusam sangat. Nasib baik bawak Vitamin C Shaklee. Muka kembali beseri seperti biasa...cehwa...puji diri sendirinya nampaknya. Kalau tidak pecaya boleh cuba ye Vitamin C shaklee. Sangat berkesan.

Balik dari Jepun, susu segar Jepun antara yang teringin nak cari di Malaysia tapi malangnya tiada di jual di Malaysia. Gagah tanya ex-student Jepun susu segar Malaysia yg seakan2 sama dengan susu segar Jepun adalah farm.freash. Nati boleh cuba beli..

Kat sini Dee akan kongsikan serba sikit pandangan di Jepun untuk tatapan pembaca dzurlizahmad.blogspot.com

Sesi pembelanjaran. Ada orang Malaysia, Indonesia dan tok guru nya orang Jepun, Pastikan selepas ini beli peti sejuk yang ada star rating ye (2 hingga 5 star). Yang paling jimat 5 star. Penat test tapi orang kat luar sana tak pecaya atau tak faham dengan star rating ni. huhuhu

Toilet di Jepun. Sangat bersih ok..xada bau pun

Canggih!!!!! ..xada pili paip..just tekan butang kat tepi tu. maka air akan keluar dalam tandas. Tekanan air sangat stabil ok..tak macam kat Malaysia. Kejap air kuat kejap air pelahan. stress je dalam tandas..Kena fikiran apa jalan yang terbaik untuk mengatasi tekanan air di Malaysia. 

Banyak bunga macam ni di tanam di Jepun,,Suka warna wani bunga..

Antara menu yang di makan..
Set tempura..udang besar dan tidak berminyak..siapa ada resepi macam ni sila share ok..
set ni dalam RM35-37 selepas GST ok..Kalau kat Malaysia boleh 3-8 kali makan. Bergantung pada jenis kedai okey.

Set tempura..Udang sebesar2nya..lebih dari saiz pinggan

set tempura dan mee soba..kalau set tempura tu xada mybe dee boleh makan mee soba tu. Kenyang sangat..Set ni dalam RM52.50 ye,,boleh 3 orang makan ..

Set ayam..sedap sangat. Kalah ayamas atau lain2 jenama di Malaysia. xada tulang dang sangt juice. Macam biasa mesti ada kubis yang di sagat halus2. Kat mana ye nak beli sagat yang boleh buat macam ni..please share siapa yang tahu.

Menu Nepal..yang ni xsure berapa RM..set ni sangat sedap gila..kari ayam dan kambing macam mamak punya rasa. roti dia pun gebu gabas..kalau nak habiskan kena duduk 4 jam kot..yoghat dia pun sangat sedap..macam rasa ais krim..ada di jual di Kedai Nepal berhadapann Universiti Chiba

Inilah University Chiba

Dekat dengan station Chiba

Dalam kedai Jepun

Dengan orang Jepun.

Okey sampai Malaysia, Dee pi timbang. Naik 2 Kg..Sekarang tgh gagah nak turunkan berat badan ke 50kg..


Wednesday 21 October 2015

Traning In Japan

1st day

ANA: Air Nippon Airway

7.00am: Berlepas dari KLIA
3.00ptg (2ptg waktu Malaysia):Airport Narita Japan


Monday 5 October 2015

Traning di Jepun part 1

Assalamualikum. Excited gile bila dapat tahu kena pi traning di Jepun selama 2minggu. Memang angan2 dari zaman sekolah lagi nk pi Jepun. Masa study di UiTM sampai ambik course bahasa Jepun utk 3rd language. Hmm..skg dah xingat apa yg di belajar..yg ingat cuma ''arigatokuzaimas" je :-).

Traning ni di sponsor oleh Jepun...best kan..semua free..kitorg naik kapal terbang All Nippon Airways pada jam 7 pagi pada 19/10/2015 (KL-Tokyo Narita) dan pulang ke Malaysia pada 30/10/201 (Tokyo Narite-KL jam 17.15).

Kitaorg duduk di Kashima Central Hotel. Hari ni baru tergerak nak tgk hotel ini di http://ekch.ip/index.html..hmmm xfaham..


Banyak lagi persedian yang xbuat lagi..Minggu last utk beli barang..minggu satu lagi dah lik Felda Redong 1 untuk ambik mak dan abah. Minta diorg jagakan Azim dan Azib..Mcm mana lah bdk diorg tu nati ye,,

Azim awal2 lagi dah bg dialog:-

Azim: Nati Azim dan Ibu nak kapal terbang pi Jepun. Adik dan Ayah duduk di rumah je.
Me: Hmmmmm,,(dia xtahu dia pun kena tinggal-mula la rasa sayu..huhu..hati seorang IBU)

Sunday 4 October 2015

Tempahan Kek Buah Kukus

Assalamualikum...

Untuk Raya Haji ini, Dee terima tempahan kek buah kukus dari regular customer :-) dan new customer. Yang new customer ni last minute order. Memang dah tolak pada mulanya tapi sebab dia kata mak dia nak sangat  makan so untuk tidak menghampakan perasaan Dee ambik jugalah. Yang bagusnya Dee buat sekali untuk mak dan abah di Felda Redong 1. Itu hikmahnya.

Dee tidak sediakan penghantaran ye. Sila ambik di depan pintu rumah Dee :-). Maklum la busy women semua benda nak buat.

Sekarang ini sibuk buat shawl dua muka, sbb beginner terkedik2 membuatnya :-). Sebelum ni Dee buat blouse. Tu pun kena banyak baiki kelemahan. Menjahit perlu fokus dan minda yang tenang..






Kek buah kukus yang sangat2 moist dan kaya dengan mix fruits. RM70 , ~1.4Kg, 8 inci. Untuk harga boleh klik DISINI


Friday 2 October 2015

CarotoMax

Perlindungan ANtioksida daripada Sumber Semula Jadi

Melindungi Tubuh Dengan Mengukuhkan Integriti Sel
Nikmat tahap perlindungan antioksida yang tinggi dengan Shaklee Carotomax. Shaklee memanfaatkan perlindungan antioksida daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan tumbuh-tumbuhan dengan mengekstrak karotenoid semula jadi dan menawarkannya dalam pelbagai bentuk yang mudah diambil

Lima Karatenoid Bermanfaat
Purata pengambilan harian karotenoid lutein, likopena dan beta karotena ialah 8mg sahaja-Carotomax membekalkan lebih 13mg kebaikan karotenoid semula jadi.

Mengandungi pati ekstrak daripada tomato mikroalga, minyak sawit, marigold dam lain-lain.
Menyokong sistem imun yang kuat dan membantu mengekalkan kesihatan mata dan kulit untuk jangka masa yang lebih lama

*Kandungan nutrien dalam satu sajian harian Carotomax tidak menyamai nutrien yang terkandung di dalam makanan yang ditunjukan. Maklumat fakta nutrisi yang lebih terperinci dipaparkan pada label kotak Carotomax. Setiap makanan membekalkan lebih banyak nutrien berbanding apa yang disenaraikan dalam carta ini.

Untuk pembelian secara online (esell) sila klik CarotoMax.