Wednesday 25 February 2015

Resepi Blueberry Cheese Cake

Dah lama nak buat tapi asyik tertangguh je. Kali ni Dee follow resepi Kak zu

Resepi Asal: Kak Zu
Saiz loyang 9inci jenis springform

Bahan-bahan: 

200 gm biskut marie + 150 gm butter cair.~ Dee guna biskut marie..pasni mybe tambah secubit garam.

ATAU


200 gm biskut digestive + 100 gm butter

Cara-Cara
  1. Kisar kering biskut marie dengan belender kering. Kisar halus. 
  2. Campurkan dengan mentega cair dan tekan padat dalam loyang.
  3. Sejukkan dalam petiais selama 20minit. 

Isian kek: 
500gm cream cheese 
80g gula halus 

60gm tepung gandum 
6 biji kuning telur 
200 gm whipping cream 

6 biji putih telur 
120gm gula halus 

1 peket oreo di belah 4 dan di buang krimnya di masukkan ke dalam adunan ini.-yang ni Dee skip
.

* next time Dee akan letak 1sudu besar jus lemon dan 1 biji kulit lemon yang diparut. Untuk hilangkan rasa telur yang terlalu kuat. Ini pendapat Dee la.

Topping
250 gm pie blueberry filling (ade bijik2 skali )@ strawberi filling

Cara-cara: 

1. Putar cream cheese hingga ringan. Masukkan gula halus dan putar lagi hingga sebati. 
2. Masukkan tepung gandum dan putar lagi hingga sebati. 
3. Masukkan 6 biji kuning telur dan terus putar hingga sebati. 
4. Tambah WHIPPINGCREAM dan putar hingga licin. 
5. Di dalam bekas yg lain, pukul putih telur hingga berbuih dan kembang. Masukkan gula .dan putar lagi hingga kental. Masukkan ia ke dalam adunan keju di atas.Kacau perlahan care kaedah kaup balik.
6. Masukkan biskut oreo yang dibelah 4 dan dubuang intinye..
7. Sapukan inti strawberry (atau jem strawberry) ke atas dasar kek biskut marie tadi. 
8. Kemudian tuangkan adunan cream cheese. 
9. Bakar pada suhu 160 drj di dalam dulang berisi air (kaedah bain-marie) selama 60 minit atau sehingga kekuningan. ~Dee bakar 1 jam 20minit. Ikut oven masing2 la ye.
10.Keluarkan kek dari oven dan biarkan sejuk. Simpan dalam petisejuk selama 5 jam atau semalaman. ~ Dee biarkan dalam oven semalaman dangan pintu oven terbuka sikit. Pagi2 Dee terus masuk dalam refrigerator. Balik dari kerja terus hias dengan blueberry filling



Resepi mmg jadi. Kek nya sangat lembut dan ringan. Tapi ia bukan cheese semata2. Sebab dah tambah tepung. Cuma bau telur tersangat kuat. Dee guna telur saiz A. Maybe next time kena guna telur saiz B dan tambah jus lemon atau parutan lemon atau esen vanilla. Makan sejuk2 sedap. 

Untuk base maybe next time Dee tambah secubit garam. Maybe tekak Dee suka masin sikit kot walaupun dah guna butter garam.

Selamat mencuba!!!!

Monday 23 February 2015

Tempahan Kek by Dzurliza (Feb 2015)

Follow by instagram : Dzurliza atau #bydzurliza

Tempahan Pavlova + whipping cream dari Puan Ayu, Shah Alam

Tempahan Apam Mekar dari En. Fairuz, Shah Alam

Repeat order Kek Buah Kukus dari Puan Halimathon dari Kelana Jaya. Kali ni beliau order banyak. (10bekas * ~460gm dan 1.4Kg * 2)

Cream puff untuk Puan Halimathon, hari tu buat agak kalam kabut so macam tak puas hati dengan hasilnya. Kebetulan beliau nak ambik Kek buah kukus so buat sekali.

Harga Kek boleh klik DISINI

Wednesday 18 February 2015

Baju Kurung Lycra Regina III

RM 109 termasuk penghantaran ke seluruh Malaysia
Material Lycra Berkualiti
Nursing friendly zip kiri dan kanana,
Getah di tangan
Zip dibelakang untuk memudahkan permakaian
Warna sedikit berbeza di sebabkan pencahayaan
Berminat!!!! whatsap/sms code dan saiz ke 019-3263570. Pihak Dzara.com akan membalas dalam 24 jam.
~ Serious Buyer Only~
Booking hanya 24 jam sahaja
Sila visit dan like  Dzara.com