Tuesday 14 January 2014

Resepi Cream Puff yang Sedap dan Mudah

Assalamualikum..

Hari ni nak share resepi cream puff. Dee mmg suka sgt dengan cream puff. Kalau beli boleh abiskan 5 pcs dalam satu2 masa. Pernah buat tahun lepas tapi ianya xjadi dan leper. So, nak buat kali ke-2 banyak kali fikir nak ambil resepi dari mana. Berlambak resepi kat internet, tapi kita tidak boleh pastikan resepi mana kalau buat menjadi kan?
Google punya google Dee terbaca komen dari seorang blogger yang share resepi ni. Dia ambil resepi dari mat gebu. Tapi Dee xingatlah link blogger ni. Dia kata dia buat menjadi dan siap jual lagi. Disebabkan dah ada orang komen resepi mat gebu menjadi jadi dee pun buat dan mmg jadi. Lagi sedap di makan time sejuk. Terasa nikmat-nya. Memang sedap dan menjadi. So, tak rugi korang cuba.

Cream Puff

Sumber: Mat gebu

Cream Puff

Bahan-bahan

75 gm tepung gandum (Dee guna cap sauh)
50 gm mentega (Dee guna buttercup)
125 ml air
1/3 the garam
1 biji telur + 1 biji kuning telur - dipukul dengan garfu
1/2 the esen vanilla
Sedikit gula aising untuk hiasan

Cara-cara
  1. Dalam periuk, masukkan air, mentega dan garam. Masak atas api perlahan dan kacau hingga air mendidih dan mentega cair.
  2. Masukan tepung dan kacau dalam satu arah dengan cepat hingga sebati dan menjadi doh. Pastikan api perlahan. Lepas sebati terus tutup api untuk elakan air tersejat. Nati adunan boleh jadi keras. Biarkan doh hingga sejuk.
  3. Sementara itu panaskan oven pada suhu 200C selama 15 minit (untuk oven Dee, Dee panaskan 180C selama 20 minit).
  4. Lenserkan dulang pembakar dengan mentege.
  5. Bila doh dah sejuk masukan dalam bekas mixer. Pukul doh dan masukan telur yang di campur dengan esen vanilla sedikit demi sedikit. Pukul dengan perlahan hingga adunan sebati dan nampak berkilat (adalah dalam 3-4 minit).
  6. Masukkan doh dalam piping beg. Untuk dapat kan bentuk guna nozel bentuk bintang. Dee xada nozel, so dee potong je depan plastic. Agak2 jgn kecil sangat dan jangan besar sangat potong piping beg tu ye.
  7. Paip atas dulang bentuk yang anda hendaki (Mcm bentuk cream puff). Dah siap renjis air pada cream puff tadi
  8. Jangan tunggu lama2, terus bakar cream puff tersebut pada suhu 200C selama 15 minit (Dee guna 180C selama 20 minit)
  9. Lepas tu turunkan suhu pada 180C dan bakar selama 15 minit atau hingga masak (Dee turunkan suhu 160C bakar selama 15 minit)
  10. Agak2 dah kekuningan kira dah masak la. Jangan sampai hangus pulak.
  11. Guna api atas dan bawah
  12. Sejukan atas redai

Custard Vanilla

Bahan-bahan

2/3 cawan susu segar
1 camca besar penuh tepung kastard
1 camca besar gula halus
1 camca the esen vanilla
secubit garam

Cara-cara

  1. Dalam periuk satukan gula halus, garam dan tepung kastard. Kacau sebati
  2. Masukan susu, kacau sebati lagi.
  3. Masak atas api perlahan dan kacau dengan whisk hingga sebati, pekat dan kental. Matikan api
  4. Masukan esen vanilla dan mentega dan kacau rata.
  5. Masukan dalam piping bag. Tunggu sejuk untuk di paip dalam puff.

Cara-cara hidangan

  1. Potong bahagian tengah puff dan jangan sampai terputus.
  2. Paipkan custard vanilla dalam puff
  3. Hiaskan dengan gula aising.

* Sedap di makan bila di sejukan dalam peti sejuk.


Sangat sedap makan sejuk2. Selamat mencuba.

=================================================

Dee adalah pengedar Shaklee yang sah. Jika ada product yang ingin anda beli, jangan segan jangan malu untuk contact  Dee:-

Dee ~ 012-766 2296
SID : 1080536

23 comments:

  1. Salam dee, LM copy resepi ye. Ngidam nk cream puff sejak puasa lg aritu.

    ReplyDelete
  2. Silah ummi aqilah (LM) copy resepi...hmmm dh buat belum cream puff nya... :-)

    ReplyDelete
  3. Kak dee mentega untuk vanilla custard tu berapa banyak? The tu untuk berapa banyak?

    ReplyDelete
  4. Aishah Puteh, sorry xada letak mentega utk custard vanilla. K.Dee dah update kat resepi..

    ReplyDelete
  5. Eerrmmm....... kak dee... renjis air 2 utk ape ya?

    ReplyDelete
  6. Renjis air sebab nak bagi kembang dan gebu cream puff.

    ReplyDelete
  7. Sila la cuba hadijahmisran...

    ReplyDelete
  8. Lme dh nk try tp x jgk buatnye. Saye ambik resepi ye. Nk tye agak2 dpt bpe ketul ye gne bncuhan ni

    ReplyDelete
  9. Nak ambil resepi..Thanks

    ReplyDelete
  10. Ada buat tempahan tak kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sis Maya..tapi kena ambik snd di Bandar Bukit Puchong

      Delete
  11. Salam akak, resepi ni boeh dpt berape bijik cream puff?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Ami Hazlin, depend cara kita buat..klu small saiz dapatla dalam 20-25 pcs

      Delete
  12. Cream puff mmg sangat sedap....

    ReplyDelete
  13. Guna resepi ni la thanks ��

    ReplyDelete
  14. 1/3 the garam
    "the" maksudnye ape ye?
    tea spoon atau ape ye?
    mohon pencerahan ngan segera....

    ReplyDelete
  15. Dear Anonymous 1/3 sudu teh garam. atau secubit garam pun ok

    ReplyDelete
  16. wahhh..sedap².. Alhmdulillah dh try..menjadi.. mula² rumit nak buat.. dh 2-3kali try..alhmdulillah..dh hafal..hihi..tq Dee atas perkongsian..😍😊

    ReplyDelete