Wednesday, 8 January 2014

Resepi Karipap

 Assalamualikum semua,

Hari ni nak share resepi karipap. Ter- rajin la pulak nak buat benda yang remeh ni. Kalau dalam satu minggu xbuat apa2 rasa macam xlengkap je kitaran hidup Dee ni..hehehe (mcm bagus sgt kan)


Kulit karipap

Bahan-bahan (anggaran 20 pcs-bergantung acuan karipap)

500 gm tepung gandum
150 gm (3-4 sudu besar) shortening / marjerin (Dee guna shortening)
2 sudu besar minyak masak
Air garam secukupnya (Dee terskip ltk air garam - tawar la kulit karipap tu..huhu)
Air sejuk secukupnya

Cara-cara
  1. Satukan tepung dan shortening/marjerin. Uli sampai sebati
  2. Masukan minyak. Uli lagi sampai sebati
  3. Masukkan air garam dan air sejuk. Uli lagi-ni anggaran ye, agak tepung xmelekit kat tangan dan rasa garam secukup rasa pada tepung tu. Kalau terlembik tambah tepung lagi.
  4. Uli sampai sebati-tepung xlekat kat tangan

Inti karipap keledek

Bahan Inti Keledek

3 biji keledek saiz besar - dipotong dadu
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
ikan bilis - dalam segenggam*
1 sudu besar lada kering yang telah di kisar - kalau nak pedas tambah lagi
2 sudu besar serbuk kari - dibancuh dengan sedikit air - anggaran 3 sudu besar air
Garam
Gula
Air
Daun sup

* Dikisar

Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukan bancuhan kari. Kacau sebati hingga naik bau kari
  3. Msukkan keledek dan air secukupnya. Masak hingga keledek empuk. Kalau xempuk boleh tambah air.
  4. Masukan gula dan garam.
  5. Masak hingga air kering
  6. Masukan daun sup. Kacau sebati-Siap

Untuk Canai Kulit Karipap
  1. Ambik doh sebesar bola golf. Buat bentuk bulat dan canai agak2 xnipis sangat dan xtebal sangat.
  2. Letak pada acuan karipap. Masukan inti karipap - terpulang nak letak banyak mana.
  3. Takupkan acuan karipap dan tekan. Keluarkan karipap dari acuan. Picit bahagin claim karipap dan claim sekali lagi secara manual. Ia dilakukan untuk elakan claim karipap terbuka masak mengoreng.
  4. Goreng karipap dengan minyak yang banyak + panas + api perlahan
  5. Angkat karipap bila agak2 kuning dan toskan minyak.
  6. Siap 
 


Cubalah sedap bangat..

No comments:

Post a Comment