Wednesday 21 January 2015

Tempahan Red Velvet Cake

Assalamualikum,

Dah lama nak update tempahan RVC ni, tapi disebabkan agak sibuk dengan abah masuk IJN plus anak Dee buat kali ke-2 di tahan ward kerana nafas laju, ada infection pada paru-paru dan ada jangkitan kuman pada darah. 

Permbukaan tirai 2015 yang agak busy.

Tempahan Red Velvet dari Puan Rohaiza di Cheras. 

Puan Rohaiza order dalam bentuk 4 segi. Dee selalu buat dalam loyang bulat 9inci memang ngam2 je kejadian kek tu. Bila buat loyang 4 segi 9 inci, alamak rendah nya kek ni.. xkan jual mcm ni kan.. so, Dee buat setengah lagi adunan untuk top up ketinggian kek tu.

So total RVC ni 2.7kg.. Di sebabkan ia adalah kesilapan Dee, harga kek maintain seperti yang di persetujui. Kira rezeki Rayyan. 

Puan Rohaiza sempat whatsap Dee, katanya kek ni sangat sedap sampai tak cukup2. Bayangkan kek besar ni pun xcukup2 :-). Dee amat terharu dengan maklum balas yang baik ni. Bagi Dee nak buat apa pun kena la yang terbaik kan.

Pesanan untuk diri sendiri lain kali klu nak buat kek 4 segi kena guna loyang 8 inci. 
Harga boleh lihat kat sini ye siapa yang berminat!!!.

Follow instagram : Dzurliza atau #bydzurliza

Tuesday 20 January 2015

Baju Kurung Lycra Regina II

RM 109 termasuk penghantaran ke seluruh Malaysia
Material Lycra Berkualiti
Nursing friendly zip kiri dan kanana,
Getah di tangan
Zip dibelakang untuk memudahkan permakaian
Warna sedikit berbeza di sebabkan pencahayaan
Berminat!!!! whatsap/sms code dan saiz ke 019-3263570. Pihak Dzara.com akan membalas dalam 24 jam.
~ Serious Buyer Only~
Sila visit dan like  Dzara.com




















Monday 19 January 2015

Resepi Banana Walnut with Caramel Swiss Buttercream

Assalamualikum...

Orang lain nak buat, Dee pun sibuk nak buat...wallaaaa sedap giler mkn time sejuk2...kejap je dah licin...Mula2 xdapt nak bayangkan apa rasa kek pisang dengan sos caramel dan swiss buttercream.


Harga leh tengok kat sini ye. Siapa2 yang berkenan nak order. Penghantaran memang saya kenakan charge ye. Kerana ia melibatkan masa saya dengan anak2, minyak kereta, kereta saya yang nak kena services...bla..bla..hihih..
.
Resepi leh tgk kat sini ye. Banyak kerja tak sempat nak taip..so, dapat tepek gambar je bukti dah buat..Resepi dee xada ubah apa2..just follow je.. Insya-Allah jadi.

Resepi: Kek Pisang Walnut

Bahan:-

250gm butter anchor
180gm gula kastor -resepi asal 250gm
2 tsp esen vanilla
4 biji telur A
4 pisang emas di lecek - dee guna 4 biji pisang berangan
6 sudu besar yogurt atau buttermilk
segenggam penuh kacang walnut dicincang kasar atau halus -ikut suka
350gm tepung gandum*
4 tsp baking powder*
1 tsp soda bicarbonate* - mybe next time guna 3/4 tsp sahaja


* di ayak 2x

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 170C selama 15 minit sebelum masak kek ye..
  2. Pukul gula dan mentega dengan mixer sampai kembang
  3. Masukan telur satu persatu dan pukul dengan mixer hingga sebati
  4. Masukan pisang dan esen vamilla. Pukul sebati
  5. Masukan yogurt atau buttermilk. Pukul sebati
  6. Masukan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata guna senduk
  7. Masukan walnut dan kacay rata guna senduk
  8. Akhir sekali Dee putar sekejap guna mixer bagi adunan rata. Jangan lama sangat ye.
  9. Masuk dalam loyang 9 inci yang telah di alas dengan kertas minyak atau mentega.
  10. Bakar pada suhu 170C selama 30 minit. 
  11. Untuk oven Dee, 160C 1jam 30 minit. Lain jenama lain cara masak ye. Ketahui la oven anda ye.:-)


Resepi: Sos Caramel 

1/2 cawan gula perang
1 cawan dairy whipping cream

Cara-cara

  1. Cairkan gula perang dalam kuali.
  2. Bila dah cair masukan whipping cream. Kacau sebati


Resepi: Caramel Swiss Buttercream

70gm telur putih
100gm gula kastor
227gm unsalted butter anchor - potong dadu dan biar ia sejuk
1/2 adunan sos caramel
1 tsp esen vanilla

Cara-cara


  1. Satukan putih telur dan gula dalam periuk. Panaskan secara double boiler. kacau sampai gula dan telur sebati
  2. Alihkan dari api dan putar guna mixer sampai kembang dan pucat serta telur sejuk.
  3. Masukan mentega sejuk. Putar sebati
  4. Masukan esen vanilla dan sos caramel. Kacau sebati.


Cara Hias


  1. Potong kek kepada 3 bahagian. Pastikan kek dah sejuk baru potong ye.
  2. Letak lapisan pertama kek pada board kek
  3. Letak Caramel Swiss buttercream. Ratakan pada permukaan kek
  4. Letak sos caramal
  5. Letak lapisan kek ke-2
  6. Dan ulang langkah seterusnya hingga habis
  7. Hias ikut suka hati.

Sedap di makan ketika sejuk...wallla...teringgat sos caramelnya..

Saturday 17 January 2015

Red velvet cake untuk Birthday Mak

Assalamualaikum,

16/01/2015 adalah birthday mak Dee. Tahun ni special sikit sebab mak dan abah menyambut bersama2 di Hospital IJN. Abah Dee di maksudkan ke IJN akibat serangan jantung. Pada 16/01/2015 dalam jam 12 pagi, ayah Dee telah menjalankan procedure untuk memasukan wire. Confirm salur darah tersumbat.

Macam mana tiba2 boleh tersumbat salur darah??? Bila di soal selidik, rupanya ayah Dee telah makan roti cani 2 keping satu hari + Teh tarik selama 1 bulan berturut2. See...roti canai dan teh tarik ni bahaya sebenarnya.Ia mengandungi kalori yang tinggi. Jika badan menerima kalori yang tinggi dan badan tidak dapat menukarkan kalori ke bentuk gula, kalori ni akan bertukar menjadi lemak.

Bila lemak banyak dalam salur darah, ia menyebabkan jantung akan berusaha dengan kuat untuk mengepam darah. Dee xadalah pandai sangat pasal benda ni. Sebab dulu belajar engineering electrical. Tahu sikit2 sebab baru je dengar ceramah dari Pegawai permakanan.

Jom layan gambar semperna Birthday Mak Dee.


Red Velvet Cakes khas  untuk mak. Request dari mak Dee sendiri sebab dia kata RVC ni sedap sangat. Kalau nk tengok harga boleh klik link ni..

 Still mesra walaupun dah ada 5 cucu lelaki + 2 (kembar) yang bakal lahir bulan 3 ni.

 Azim ingat dia yang potong kek tu, rupanya birthday atok dia. Melalak sakan sebab tak dapat potong kek. Adik relax je kat belakang tu.

Sweet couple. Tengok mata Azim tu...Macam nak ngap je kek tu ke nak rampas pisau dari tangan atok...jeng..jeng..dah la tulisan 'Happy Birthday Mak' dia yang rosakkan...huhu.. nasib baik bukan utk jual.
Dapat kawan baru di IJN.

 Mesrnya kawan baru atok ni..huhu.

Tuesday 13 January 2015

Fatin Liyana Bertunang

Assalamualikum,

Dee antara peminat Fatin, tapi peminat dalam diam je. So, bila dapat tahu Fatin bertunang agak teruja jugak. Nak tahu dia pakai baju apa? mini pelamin dia mcm mana? solekan dia mcm mana? cincin tunang dia mcm mana? kan...kan...kan...

Jom kita layan gambar Fatin Liyana bertunang. FL so cute and cantik sangat.



Dr Fatin Liayan dan Dr. Anwar Faizal


Sumber dari blog Fatin snd.

Monday 12 January 2015

No. Tracking

2015

Mei 2015
EP004208332MY - Regina 4, Rozana, Shah Alam
EF645377181MY - Regina 4, Asiah, Lundu, Sarawak

April 2015
EF555938396MY - Blouse Aleeya, Salwa, UPM, Serdang
EF626015088MY - Blouse Aleeya, Nor Aina, Balik Pulau, Pulau Pinang
EF714500337MY - Dress Umaira, Mahuuddin, Pahang
EF078690714MY   - Dress Zaara, Aini, Bandar Bukit Puchong
EF718534132MY - Blouse Aleeya, Asmah, Bandar Kinrara
EF645377195MY - Blouse Aleeya dan Lawa, Azura, Kajang
EP003711804MY - Blouse Aleeya, Azura, Kajang
EF749502188MY - Blouse Aleeya, Azura, Kajang

March 2015
EF694686839MY - Baju Kurung Pahang, Suzila, Sabah
EF417658565MY - Regina, Zuraidah, Batu Cave
EF606297416MY - Regina, Zuraidah, Batu Cave
EP012436447MY - 8pcs Regina + 2pcs blouse lawa, Nik Normaslisda, Terengganu

February 2015
EP023027275MY- Blouse Aleeya, Siti, Meru Klang

January 2015
EF645480039MY - Tupperware, Maslia, Kg. Pandan KL
EF604517729MY- Jubah Sofea, Faizah, Gerik Perak 23/01/2015
EP001274258MY - Jubah Lila, Rosmaiza, Bukit Jalil, 21/01/2015
EF582686621MY - Zulaikha, Kedah
CD305811247MY- Hamida, Sabah, Tupperware

2014
EF456071216MY - Kedah
EF510023279MY - Kedah
EF376747326MY - Johor
EF400381472MY - Johor
EP013164161MY - Johor
EF498919683MY- Sarawak : Nurfarzila
EF498919238MY - Bukit Jalil Rosmaiza