Monday 22 April 2013

Katalog Tupperware 1 April - 11 May 2013













PM me to get the best price

Kebaikan Dan Keburukan Tidak / Guna Smartphone Pada Anak

Assalamualikum semua,

Kita sedia maklum sekarang ni banyak gadget di jual di pasaran. Contoh nya IPAD, i phone, Tablet PC dan macam2 lagi la. Kalau ikut peredaran zaman sepatutnya Dee kena la ada terutama untuk lekakan anak-anak Dee. Itulah tujuan org beli gadget ni kan..supaya diorg ni xkacau kita bila kita kat rumah / time travel / dan etc.

Tapi Dee xbeli pun walaupun En. Abg tanya berapa kali, walaupun bila balik kampung kesian tgk anak tumpang tengok sepupu dia punya, walaupun ada orang kata 'kadang2 kita perlu dedahkan benda2 ni kepada anak2 supaya tidak ketingalan dengan orang lain. Hati keras aku berkata 'selagi dia xpandai mintak aku xakan belikan'. Antara sebab2 Dee xnk belikan..

1. Anak akan leka dgn dunianya sendiri
2. Hilang dunia kanak-kanak spt bermain bola / basikal etc mcm kita kecil2 dulu..
3. Nak duduk rumah je..bila ajak kuar xnak sbb nak main game..
4. Tak rapat dengan sepupu / mak sedara / mak snd
5. Hilang fokus pada pelajaran bagi yang dah sekolah la..

Mybe ada banyak lagi.. ni cuma pendapat Dee. Mybe orang kat luar sana ada pendapat masing2..
Dee nak anak Dee aktif berfikir macam ni :-

STEP 1

STEP 2

STEP 3

STEP 4

STEP 5

STEP 6

STEP 7

STEP 8


STEP 9 - inilah hasilnya...walaupun Dee snd xtahu apa bendanya..

Keburukan tidak di dedahkan dengan teknologi semasa ni

1. Jakun bila nampak kwn / sedara mara punya
2. Kurang pengetahuan tekologi 

Tapi ni lebih kepada pendapat Individu snd...

Sunday 7 April 2013

Kasut Baby RM5

Assalamualikum...

Tadi pergi Gaint Kinrara BK5, Puchong sbb tiba2 hp Samsung Ace Duos tiba2 mati setelah beberapa jam on..Nak hidupkan semula kena buka battery dulu  baru boleh on. Itu pun value battery tu akan drop gila2 wpun baru cas .Adalah 10 kali terjadi dlm masa 2 hari..Dah factory reset tp still mcm tu gak..Bosan dengan keadaan tu pergi la kat kedai yang Dee beli hp tu dengan perasan 'bengang'..Tak sampai sebulan pakai dah mcm ni. Baik pakai hp Nokia 3210 yang dulu. 7 tahun pakai xada masalah hinggalah baru2 ni rosak sbb dah tiba masanya. Jadi terpaksalah la tukar hp baru..Konon2 nak up to date. Ha...ambik kau tak samapi sebulan dah bermasalah.

Bila jumpa tauke kedai, dia kata ambik masa 20minit tuk check. So, plan jalan2 dan ternampak la kedai kasut BATA. Nampak ada sale RM 10, tup2 nampak kasut si kecik. Sian anak ibu dah 1 thn 1 bln tapi xada kasut lagi padahal dah pandai jln wpun xstabil lagi..hehehe...kejam betul kan..

Setelah di cuba dan beberapa kali tukar size sampai bosan mamat kat kedai tu melayan kerenah kami ni dan tiba masa nak bayar mamat tu kata RM5 sepasang. aikkk..tengok harga kat kasut RM29.90 tp di letak pada bhg offer RM 10.00 dan tiba masa bayar dia kata RM 5.00 je..ni kira langkah kanan ni. Terus si ayah bayar. Murah betul. Plan nak tgk2 lg manalah tahu ada lagi kasut murah tp tiba2 org ramai menyerbu terus xjadi.

inilah kasutnya. Size 3 untuk bayi yang berumur 1 tahun. Comel kan..berpatutan harganya RM 5.00

dah besar dah anak ibu ni..

Pas dah xjadi nak tgk kasut terus pi kedai hp..Dia kata dah siap. Bila tanya masalah apa dia kata masalah software..Check2 mcm dia bt factory reset je. Tp xapa kita tgk tgk dulu. klu xada masalah kira ok la kan


so sapa2 kat luar sana klu sempat cepat2 lah serbu kedai BATA. Dan sapa2 yg boleh bagi info masalah hp Dee ni boleh la tinggalkan comment tuk panduan bersama...