Sunday 31 July 2016

Tempahan Kek Marble Untuk Majlis Kahwin

Assalamualaikum..

Tempahan kek marble untuk majlis kahwin di Puchong

RM 35
Saiz 9 inci 
Berat ~1.5kg
Cod Bandar Bukit Puchong (weekend dan malam sahaja)
Cod Seksyen 16, Shah Alam (weekday 1-1.30 pm sahaja) 
Tempahan hendalah di buat 3 hari awal.

Wednesday 27 July 2016

Simplysiti Dermagic untuk di lepaskan


Assalamualikum..

Pelembab Muka untuk di lepaskan bagi pengguna simplysiti

Brand: 
Simplysiti Dermagic

Description: 
Youthful, Fair & Stress-free skin
Anti-ageing, brightening and induce stress-free skin

Direction:
Apply evenly on face and neck. For day, use before simply cream.
For night, use after applying Dermagic intensive serum

Made in Korea.

Ada logo HALAL

Berat Asal: 
30gm..tapi Dee dah guna dalam 10% (anggaran)
.
Tarikh beli : 
06/2016 (beberapa hari sebelum puasa-xberapa nak ingat)

Mfg date: 
27/05/15

Best before: 
27/11/2017

Isi kandungan: 
70-80% (bermakna baru guna sikit la)

Harga letgo:
 RM17 (Retail RM35.00 +++)

Cost Post: 
RM6

COD: 
Shah Alam & Bandar Bukit Puchong

Reason jual: 
Tidak sesuai dengan kulit

Siapa yang berminat boleh whatsap 012-7662296
Please jgn call...mmg xakan angkat..
Sebarang pertanyaan boleh terus whatsapp





Monday 25 July 2016

Ephyra Skin Bar dan Rosken Bio Serum

Assalamualikum,

Nak share pasal Ephyra Skin Bar,
Selalu tengok iklan Memey.. Betul ke leh cantik macam Memey? Sebab dia kan mmg dah cantik..Hihi..

Akhirnya beli gak Ephyra Skin Bar dengan my cousin. Sebab dia ada kedai Jamu..
Senang sikit nak dapat stock kan.

Pada Jumaat lepas (22/7/2016) dapat je Ephyra Skin Bar ni, terus guna kat opis.
Tak sabar2 nak tahu hasilnya.

Lepas pakai terus kulit rasa kering...Alamak xsesuai ke? habislah RM macam ni kalau tak sesuai.
Esoknya pakai lagi hingga lah sampai hari ini (25/7/2016)

Kulit dah xrasa kering. Maybe perubahan pertukaran pencuci lama terus ke pencuci baru kot. Tu yang kering semacam.

Dah 3 hari pakai macam best je. Tapi dee ada gak guna barang baru dalam rutin harian penjagaan muka.

Xtahu la kesan yang mana satu..huhu

Rosken Bio Serum ni beli untuk anak sebenarnya. Sebab dia ada parut di dahi gara2 terjatuh. Walaupan boy harap2 parut itu akan hilang. Tak nak dia jadi low confident bila dah besar nanti.

Rosken bio serum  juga sesuai untuk ageing skin so try jugalah sapu di muka pada waktu malam sebelum tidur selepas cuci muka dengan Ephyra Skin Bar.

Rasa macam balance kot.. Ephyra skin bar buat kulit dee kering sedikit (but now rasa macam dah xkering pun, 1st time pakai je rasa kering) dan Rosken serum bio berminyak..

Rosken ni jgn ltk byk2 kan takut jerawat yang tumbuh pula.


Ephyra Skin Bar

Boleh baca content dan cara nak guna Ephyra Skin Bar

Edaran Oceanlife

Kecik je sabunya

Dee potong lagi kecik untuk masuk dalam bekas lain. Anggaran 1 cm. Yang balance simpan dulu. Tapi boleh tahan lama rasanya. Bila sabun ni kena air, ia xmencair pun..kan sesetengan produk kalau kena air akan ada air sabun akan timbul..xtahu nak panggil apa benda tu..macam sabun mandi..kan akan ada air sabun bila kena air.
Tapi  Ephyra Skin Bar ni xada air sabun pun. Kering je.

Dah tua2 baru sedar untuk jaga muka. Ada 2  tompk2 hitam di muka Dee. Sesetangah orang panggil jeragat (bulat merah). Yang besar tu (old) dah kena masa umur 20-an lagi.. Memang xperasan pun bila ia hadir..tiba2 adik tegur "ni tanda lahir ko ke?" 
hahaha..bila pulak ada tanda lahir di muka.

yang new tu masa tgh pregnent ke 3 ni baru ada. Baru 2 bulan lepas perasan tapi ia dah jelas kelihatan. sob..sob... 
Perubahan hormon pun memainkan peranan tau..
Sebenarnya ada satu lagi di bawah mata..tap xnpak dlm gambar. Progress kenampakan tompok hitamnya agak lambat berbanding di pipi.

Tu yang kena juga cari jalan penyelesan untuk mengurangkan tanda "lahir"tu.

Sebenarnya nak tunjuk gambar yang dee dah 3 hari guna Ephyra Skin Bar dan Rosken Bio Serum. 
Kulit rasa macam best je. Harap2 "tanda lahir"itu dapat di pudarkan lah ye.

Teringin nk kulit cantik macam cikepal06 (berangan lebih..hahaha)
Tak apa berangan xperlu bayar pum :-) :-) :-)

 Cantik kan kulit Cikepal06...bagilah tip cikepal06..please..please...please...



Nantikan Kurung Eva batch 2. Bermula jual pada 28/7/2016 dengan harga mampu milik iaitu RM119 termasuk cost pos.
Raya Haji kan nak dekat. Jom grab satu..





Friday 22 July 2016

2nd time minum air gula part 2

Assalamulaikum.

Jeng..jeng..
Result air gula dah keluar..
ops tapi siapa yang nak tahu Dee minum air gula kat klinik mana boleh klik link ni ye..
Cost minum air gula di Klinik Dunia Medik tak pasti sebabnya combine dengan scan baby sekali.
Scan 2D je.. masih xpunyai kekuatan untuk scan 4D..hihi
Total minum air gula perisa oren :-) dengan scan baby RM100.
Sebab company yang bayar so xleh nak agak pecahannya berapa.
Dee ada call Klinik Duniamedik sebelum datang untuk estimate cost minum air gula. Dalam RM50 katanya.

Pernah jugak scan baby di beberapa klinik panel yang lain. Selalunya kena RM65.

Jom kita tengok result air gula.

Ni result masa pregnent 6 bulan, Minum pure air gula di Klinik Kesihatan. Siapa yang dah minum akan tahulah macam mana rasa minum air gula tepu. Mencabar jiwa. Tips Dee, minum sekali nafas. Klu banyak nafas rasa tak terminum rasanya.

Result sebelum minum air gula 4.5mml/L
Lepas minum dan puasa 2 jam resultnya 6.4mml/L
Kira Dee xada kencing manis untuk pregnant kali ni.
Bacaan normal lepas minum air gula + puasa 2 jam antara 3.9-7.7 mml/L



Yang ni pulak result air gula untuk pregnent 33 week. Kira 2nd time minum air gula di Klinik Duniamedik. Sebabnya Dee dah xada cuti untuk minum di KK. Skg ni nurse di KK dah xmcm dulu nak marah2. Bagi cadangkan lagi minum di Klinik Swasta. Tapi costnya bayar sendirinya ye. Kalau kat KK FREE sahaja.

ok...
Result sebelum minum air gula 3.89mml/L
Lepas minum dan puasa 2 jam resultnya 6.62mml/L
Kira Dee xada kencing manis untuk pregnant kali ni. Yahooo....
Xlarat nak buat BSP sebenarnya..

Susu Anmum ni Dee dapat di Klinik Duniamedik...wow berbaloi2 walaupan Dee plan nak 2 tahun full breastfedding..
Yang sebelah tu baju baby yang baru beli. Standby untuk bersalin je. 
Beli di JJ..habis dekat RM400 jugak la..baju je dah RM200..huhu..
Mana baju baby yang lama??? Dee dah bagi kat adik ipar..sebabnya lama sgt nak dpt new baby..gap dekat 4 tahun lebih...lagipun baju baby kalau tidak di simpan secara proper akan mudah rosak dan akan timbul kesan2 coklat..so dari ia terus rosak baik bagi kat orang kan..

so untuk new pregnant, Dee cadangkan beli sikit masa kandungan dah masuk 7 bulan.. nati xada la terkejut nak bayar.
ni belum masuk cost set lepas berpantang dan cost mak bidan lagi..
kalau dulu Dee amalkan set berpantang salindah, tapi maybe kali ni Dee ambik Set Shaklee je..
Nasib baik berpantang di Felda Redong 1...so cost mak bidan xadalah mahal sangat macam di bandar kan..
estimate sekali urut dan mandikan baby dalam RM20-25 je sehari. murahkan kalau di bandar mana nak dapatkan...

 Pandangan depan Klinik Duniamedik di Seksyen 23, Shah Alam

 Bahagian kuanter pendaftaran

 Ada small palyground yang agak safety

Ruang menunggu di Klinik Duniamedik

Yang penting Dr. Saimah sangat frendly dan baik sangat. Dia layan je apa yang Dee tanya.
Sangat recommended la siapa yang nak mencari Klinik yang offer minum air gula.
Tapi kena datang awal ye.
Kalau boleh datang sebelum kul 9 pagi.
Klinik buka kul 8.30pagi. Doktor kul 8.30 pagi pun dah ada.
Kalau datang lambat dah tak valid untuk buat minum air gula.
sebabnya kita dah puasa terlalu lama dan result akan jadi tak valid. 
Kita start puasa kul 10-11 malam kan.

Wednesday 20 July 2016

Akan Datang !!! Baju Kurung Eva II

Cantik kan...

Sekarang jarang2 update di blog. Kadang2 update di page: Dzurliza
Selalunya update di facebook Dzurliza Ahmad TAPI kan Dee jarang nk approve orang yang tak berapa nak kenal. Sorry ye.. Sebab facebook Dzurliza Ahmad more to personal account.

So, silalah LIKE di page: Dzurliza walaupun Dee jarang2 nak update tapi yang penting Dee adalah trusted seller.

atau 

boleh terus whatsap ke 012-7662296 untuk pertanyaan

Tuesday 19 July 2016

2nd time minum air gula

Assalamualikum..

Minggu ni dah masuk 33 week pregnant.
Last week check up di KK Batu 14 Puchong, nurse kat situ suruh repeat minum air gula.
Result 1st time minum air gula masa  24 week adalah bebas dari kencing manis semasa mengandung.
Happy gila tak terkata.

Tup2 masa check up 32 week diorg kata kena minum air gula lagi sebab keturunan memang dah ada kencing manis.
Terus terang cakap kat nurse saya tak boleh nak minum air gula sekali lagi sebab dah xada cuti untuk di ambil.

Nasib baik dapat nurse yang memahami. Nurse terus bagi cadangan boleh minum di Klinik Swasta tetapi kos minum air gula di tanggung sendiri.
Lega dengar sebab company boleh tanggung kos rawatan semasa mengandung.

So hari ni pergila minum air gula di Klinik Dduniamedik seksyen 23 Shah Alam.
So dapatlah rasa minum air gula perisa oren.
Manis jugak la..cuma ada perisa oren.

Minum kul 9.04 pagi,
2 jam kena berpuasa.
Kul 11.04 dah kena sampai ke Klinik Duniamedik untuk ambik darah sekali lagi.

Doktor sangat friendly. Ambik darah pun tak terasa sakit.
Sebenarnya Doktor suruh rest 2 jam di Klinik. Tapi Dee ni bukan boleh duduk diam pun.
Minta kebenaran untuk balik ke Office.
Doktor cakap dengan syarat jangan buat sebarang aktiviti nati result tak accurate.
Huhuhu..1st time dengar tak boleh lakukan aktiviti yang berat lepas minum air gula selain makan atau muntah.
Ingatkan sebab takut akan muntah.

So kita natikan hari esok ye. Result keluar hari esok...berdebar2 rasa hati..huhuhu..
Sebabnya anak pertama dan kedua ada kencing manis masa pregnant. Jenuh gak la nak buat BSP

Sumber google

Address:
Klinik Duniamedik,
Jalan Pelabur A 23/A
Shah Alam, Selangor.
Tel: 03-55416816


Tuesday 12 July 2016

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Assalamualikum Semua..

Sambutan Raya tahun ni biasa2 je.
Baju semua beli last minute.
Sambutan sederhana sahaja sebab dah sarat mengandung.
Energy mengandung kali ni amat drop compare masa mengandung anak pertama dan ke dua.
Hampir 24 jam perut mengeras. Tiada ruang untuk ia kendur.
Akhirnya kerap baring mengiring untuk rehatkan diri.

Awal bulan dua 2016 dapat tempahan kek kukus buah untuk raya.
Tapi Dee tolak mentah2 sbb tgh mabuk teruk. Tak berani nak berjanji.
Memang nekad tolak sebarang tempahan.

Beberapa minggu dapat tempahan kek kukus buah gak. Regular customer dari tahun lepas.
Pun Dee tolak mentah2.
Tapi akak ni sanggup tunggu jawapan sampai bulan ramadan. Dia kata bila dah sampai bulan ramadan klu xboleh buat baru beritahu dia.

Bila dah sampai bulan ramadan Dee cakap boleh buat tapi xboleh ambik banyak tempahan.
Akhirnya inilah hasilnya, Harap akak tu puas hati ye.

Harga :-
RM70 untuk berat 1.4kg +/-, saiz 8x8 inci.
RM24 500gm +/-, (min order 3 bekas ye)



 Tahun depan nak try ambik tempahan biskut tart gulung dan semperit. Biskut bangkit cheese mak dee yang buat.


My label. Saja nak ada jenama sendiri walaupun buat secara kecil-kecilan.

Kalau ada yang berminat nak order bolehla order lepas Dee bersalin dan berpantang ye. 
Di jangka bersalin pada bulan 8/2016.
Harap2 semuanya dapat berjalan dengan lancar dan di permudahkan segala urusan.
Dee xada services penghantaran ye, Kalau nak boleh ambik sendiri di Bandar Bukit Puchong atau di Shah Alam.