Tuesday, 12 July 2016

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Assalamualikum Semua..

Sambutan Raya tahun ni biasa2 je.
Baju semua beli last minute.
Sambutan sederhana sahaja sebab dah sarat mengandung.
Energy mengandung kali ni amat drop compare masa mengandung anak pertama dan ke dua.
Hampir 24 jam perut mengeras. Tiada ruang untuk ia kendur.
Akhirnya kerap baring mengiring untuk rehatkan diri.

Awal bulan dua 2016 dapat tempahan kek kukus buah untuk raya.
Tapi Dee tolak mentah2 sbb tgh mabuk teruk. Tak berani nak berjanji.
Memang nekad tolak sebarang tempahan.

Beberapa minggu dapat tempahan kek kukus buah gak. Regular customer dari tahun lepas.
Pun Dee tolak mentah2.
Tapi akak ni sanggup tunggu jawapan sampai bulan ramadan. Dia kata bila dah sampai bulan ramadan klu xboleh buat baru beritahu dia.

Bila dah sampai bulan ramadan Dee cakap boleh buat tapi xboleh ambik banyak tempahan.
Akhirnya inilah hasilnya, Harap akak tu puas hati ye.

Harga :-
RM70 untuk berat 1.4kg +/-, saiz 8x8 inci.
RM24 500gm +/-, (min order 3 bekas ye)



 Tahun depan nak try ambik tempahan biskut tart gulung dan semperit. Biskut bangkit cheese mak dee yang buat.


My label. Saja nak ada jenama sendiri walaupun buat secara kecil-kecilan.

Kalau ada yang berminat nak order bolehla order lepas Dee bersalin dan berpantang ye. 
Di jangka bersalin pada bulan 8/2016.
Harap2 semuanya dapat berjalan dengan lancar dan di permudahkan segala urusan.
Dee xada services penghantaran ye, Kalau nak boleh ambik sendiri di Bandar Bukit Puchong atau di Shah Alam.







No comments:

Post a Comment