Nak share pasal Ephyra Skin Bar,
Selalu tengok iklan Memey.. Betul ke leh cantik macam Memey? Sebab dia kan mmg dah cantik..Hihi..
Akhirnya beli gak Ephyra Skin Bar dengan my cousin. Sebab dia ada kedai Jamu..
Senang sikit nak dapat stock kan.
Pada Jumaat lepas (22/7/2016) dapat je Ephyra Skin Bar ni, terus guna kat opis.
Tak sabar2 nak tahu hasilnya.
Lepas pakai terus kulit rasa kering...Alamak xsesuai ke? habislah RM macam ni kalau tak sesuai.
Esoknya pakai lagi hingga lah sampai hari ini (25/7/2016)
Kulit dah xrasa kering. Maybe perubahan pertukaran pencuci lama terus ke pencuci baru kot. Tu yang kering semacam.
Dah 3 hari pakai macam best je. Tapi dee ada gak guna barang baru dalam rutin harian penjagaan muka.
Xtahu la kesan yang mana satu..huhu
Rosken Bio Serum ni beli untuk anak sebenarnya. Sebab dia ada parut di dahi gara2 terjatuh. Walaupan boy harap2 parut itu akan hilang. Tak nak dia jadi low confident bila dah besar nanti.
Rosken bio serum juga sesuai untuk ageing skin so try jugalah sapu di muka pada waktu malam sebelum tidur selepas cuci muka dengan Ephyra Skin Bar.
Rasa macam balance kot.. Ephyra skin bar buat kulit dee kering sedikit (but now rasa macam dah xkering pun, 1st time pakai je rasa kering) dan Rosken serum bio berminyak..
Rosken ni jgn ltk byk2 kan takut jerawat yang tumbuh pula.
Ephyra Skin Bar
Boleh baca content dan cara nak guna Ephyra Skin Bar
Edaran Oceanlife
Kecik je sabunya
Dee potong lagi kecik untuk masuk dalam bekas lain. Anggaran 1 cm. Yang balance simpan dulu. Tapi boleh tahan lama rasanya. Bila sabun ni kena air, ia xmencair pun..kan sesetengan produk kalau kena air akan ada air sabun akan timbul..xtahu nak panggil apa benda tu..macam sabun mandi..kan akan ada air sabun bila kena air.
Tapi Ephyra Skin Bar ni xada air sabun pun. Kering je.
Dah tua2 baru sedar untuk jaga muka. Ada 2 tompk2 hitam di muka Dee. Sesetangah orang panggil jeragat (bulat merah). Yang besar tu (old) dah kena masa umur 20-an lagi.. Memang xperasan pun bila ia hadir..tiba2 adik tegur "ni tanda lahir ko ke?"
hahaha..bila pulak ada tanda lahir di muka.
yang new tu masa tgh pregnent ke 3 ni baru ada. Baru 2 bulan lepas perasan tapi ia dah jelas kelihatan. sob..sob...
Perubahan hormon pun memainkan peranan tau..
Sebenarnya ada satu lagi di bawah mata..tap xnpak dlm gambar. Progress kenampakan tompok hitamnya agak lambat berbanding di pipi.
Tu yang kena juga cari jalan penyelesan untuk mengurangkan tanda "lahir"tu.
Sebenarnya nak tunjuk gambar yang dee dah 3 hari guna Ephyra Skin Bar dan Rosken Bio Serum.
Kulit rasa macam best je. Harap2 "tanda lahir"itu dapat di pudarkan lah ye.
Teringin nk kulit cantik macam cikepal06 (berangan lebih..hahaha)
Tak apa berangan xperlu bayar pum :-) :-) :-)
Nantikan Kurung Eva batch 2. Bermula jual pada 28/7/2016 dengan harga mampu milik iaitu RM119 termasuk cost pos.
Raya Haji kan nak dekat. Jom grab satu..
No comments:
Post a Comment