Minggu ni dah masuk 33 week pregnant.
Last week check up di KK Batu 14 Puchong, nurse kat situ suruh repeat minum air gula.
Result 1st time minum air gula masa 24 week adalah bebas dari kencing manis semasa mengandung.
Happy gila tak terkata.
Tup2 masa check up 32 week diorg kata kena minum air gula lagi sebab keturunan memang dah ada kencing manis.
Terus terang cakap kat nurse saya tak boleh nak minum air gula sekali lagi sebab dah xada cuti untuk di ambil.
Nasib baik dapat nurse yang memahami. Nurse terus bagi cadangan boleh minum di Klinik Swasta tetapi kos minum air gula di tanggung sendiri.
Lega dengar sebab company boleh tanggung kos rawatan semasa mengandung.
So hari ni pergila minum air gula di Klinik Dduniamedik seksyen 23 Shah Alam.
So dapatlah rasa minum air gula perisa oren.
Manis jugak la..cuma ada perisa oren.
Minum kul 9.04 pagi,
2 jam kena berpuasa.
Kul 11.04 dah kena sampai ke Klinik Duniamedik untuk ambik darah sekali lagi.
Doktor sangat friendly. Ambik darah pun tak terasa sakit.
Sebenarnya Doktor suruh rest 2 jam di Klinik. Tapi Dee ni bukan boleh duduk diam pun.
Minta kebenaran untuk balik ke Office.
Doktor cakap dengan syarat jangan buat sebarang aktiviti nati result tak accurate.
Huhuhu..1st time dengar tak boleh lakukan aktiviti yang berat lepas minum air gula selain makan atau muntah.
Ingatkan sebab takut akan muntah.
So kita natikan hari esok ye. Result keluar hari esok...berdebar2 rasa hati..huhuhu..
Sebabnya anak pertama dan kedua ada kencing manis masa pregnant. Jenuh gak la nak buat BSP
Sumber google
Address:
Klinik Duniamedik,
Jalan Pelabur A 23/A
Shah Alam, Selangor.
Tel: 03-55416816
No comments:
Post a Comment