Saturday 1 March 2014

Resepi Roti Boy yang Sedap

Assalamualikum semua

Hari ni nak share resepi roti boy atau Mexican bun. Roti ni terkenal dengan bau yang sangat harum, lembut dan sedap..

Roti Boy (Mexican Bun) by Dzurliza 

Dalam roti boy. Inti dia warna perang..Sedap, lembut dan gebusss.. :-) yumi..

Dee rujuk resepi dari cute oven small kitchen. Memang terbaikla resepi ni

Bahan Inti

100 gm mentega- dee guna daisy
1/4 esen vanilla
35 gm gula perang

Cara-cara

  1. Pukul mentega dgn mixer lebih kurang 3 minit.
  2. Masukan esen vanilla dan gula. Pukul lagi hingga semua bahan sebati.
  3. Masukan dalam bekas dan di simpan dalam pembeku.
  4. Sebaik2nya bahagikan kepada 17 bahagian setelah inti agak2 hampir beku. Pastu masukan semula dalam pembeku ~ tapi dee skip yg ni.

Bahan Topping

100 gm mentega ~ dee guna daisy
70 gm gula aising ~ di ayak
2 biji telur ~ dipukul guna garfu
1 pekat 3 in 1 nescaffe (merah) dicampur dgn 2 sudu besar air panas ~ kacau sebati
100 gm tepung gandum ~ di ayak

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula aising dalam 5 minit
  2. Masukan telur sedikit demi sedikit dan pukul perlahan hingga sebati
  3. Masukan campuran nescaffe dan pukul lagi hingga sebati
  4. Masukan tepung, kacau hingga sebati. Pastu dee mixer sekejap hingga semua adunan sebati.
  5. Masukan dalam piping beg dan simpan dalam peti sejuk

NOTA: Pandangkan Dee utk tooping ni buat 3/4 dari adunan di atas. Sebab Dee buat aduanan asal ada lebih topping tu. Macam membazir je kan sbb xtahu nak buat apa dgn balance tu.

Bahan Roti

500gm high protein flour / tepung roti ~ dee guna unbleach high protein flour
20gm tepung susu  ~ dee guna susu dugro madu (susu anak)
75gm gula kaster
1 sudu the garam
1 1/2 sudu the yis
1 biji telur ~ dipukul guna garfu
270ml air
60 gm mentega di lembutkan ~ dee guna daisy

Cara-cara

  1. Satukan tepung, tepung susu, gula kaster dan garam. Sebatikan-update 29/4/2015
  2. Masukan yis, telur,  dan air. Uli hingga agak2 sebati dalam 5 minit
  3. Masukan mentega. Uli doh dalam 30 minit. Hingga doh menjadi lembut dan licin. Kalau uli pakai tangan kena kerja keras sikit ye. Kalau tak roti yg di idamkan xjadi, Pastu salahkan resepi sbb xjadi..hahaha..
  4. Kalau pakai mixer heavy duty boleh putar dalam 8-10 minit. Agak2 roti tadi lembut dan licin ye,
  5. Tutup doh dengan kain lembab dalam 10 minit. Doh akan naik sekali ganda.

Cara buat roti boy

  1. Doh yang dah naik sekali ganda di tumbuk utk buangkan angin. Bahagikan doh kepada 17 bahagia dengan setiap 1 bahagian beratnya 55gm. Jangan buat lbh dari 55 gm ye sbb ia boleh mengembang lagi hampir 2 kali ganda.
  2. Leperkan bahagian doh dan letak inti roti dan kemaskan. Buat bulat2 dan letak atas dulang yang telah dilenser dengan mentega.
  3. Buat hingga abis
  4. Biarkan 45 minit hingga roti kembang lagi.
  5. Panaskan oven 170C selama 15 minit.
  6. Sebelum bakar keluarkan topping roti dari peti sejuk dan pipe atas roti dalam bentuk spiral (bulat) bermula tengah roti.
  7. Bakar selama 15-20 minit hingga roti kekuningan masak. Bagi kes dee, Dee bakar pada suhu 160C selama 35 minit.
  8. Siap di hidang.

 Macam inilah bentuk spiral.

 Penangan si kecik yang xsabar nak makan. Nasib ko lah Labu..huhu..

 Siap di bakar. Tarrraaaaa...sedap..bagi pengemar Mexican Bun rugi xcuba. Sebijik rasa dia dengan yg kat kedai...

10 comments:

  1. besnyaa... saya nk share resepi... tq

    ReplyDelete
  2. sila share..mmg sedap roti ni..

    ReplyDelete
  3. Thanks share resepi ni..boleh cube wat kat bakery nt..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2..wah ada kedai bakery ke? Bestnya...

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Mmg sdap.. sy dh try td.. ank2 skali mkn 8biji sorg.. tp sy wt mini bun la..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Yusaimi sebab mencuba. Kalau ada gambar roti boy yang sis buat dan nak share dengan pembaca @cantik boleh la email ke adzurliza@yahoo.com.

    ReplyDelete
  7. As salam kak saya tgok kt akk pnye resepi cara buat roti ad tlis ltak 75gm gula castor. Tpi bila tgok kt cra buat roti tu akk x mention. So nk ltak kew idak kak? Hehe mntak pncerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...letak gula Suzuka Hae Won..Dee dah update..

      Delete