Friday 21 June 2013

Resepi Ked Red Velvet Yang Sedap dan Mudah

Assalamuailaikum,

Hari ni nak share resepi kek red velvet yang sedap. Sapa2 yang tercari-cari resepi kek red velvet yang sedap cuba la yang ini. Pasti tidak menyesal. Dee hanya post/share resepi2 yang SEDAP pada tekak Dee ni dan jugak yang JADI sahaja. Kebanyakan resepi Dee ambik dari alam maya.

Resepi Kek Red Velvet

Bahan A - Satukan dlm satu bekas dan ketepikan
240 ml susu cair/susu sejat
2 sudu teh cuka
4 sudu teh pewarna merah

Bahan B - Ayak semua bahan dan di ayak
250gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh baking powder

Bahan C
150 gm mentega
280 gm gula castor
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur gred C

Bahan D
2 sudu teh cuka
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara

  1. Panaskan oven lebih kurang 15 minit pada suhu 160C
  2. Pukul mentega, gula castor dan esen vanilla hingga kembang
  3. masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang
  4. masukan Bahan A dan Bahan B secara berselang seli. Pukul hingga sebati semua bahan.
  5. Dalam bekas lain masukkan Bahan D dan tunggu bunyi berdesing hilang ( dalam 1 saat) dan masukan Bahan D ni ke dalam adunan tadi dan pukul hingga sebati.
  6. Masukan adunan tadi dalam loyang yang telah dileser dengan mentega. Dee guna loyang 4segi 7inci. 
  7. Bakar dalam suhu 160C. Guna api atas bawah dalam 3o minit atau sehingga kek masak.

Resepi topping Kek Red Velvet

Bahan-bahan
300 ml non diary whipping cream
250 gm cream chesee (Dee guna tatura)
80 gm mentega
1/2 - 1 cawan gula icing yang telah di ayak- ikut tekak masing2 la.

Cara-cara

  1. Pukul non diary whipping cream hingga kental. Agak2 bila nak terbalikan dia xtumpah. Jgn over pukul nanti dia jadi cair.
  2. Dalam bekas lain pukul cream chesee hingga kembang. Masukan mentega, pukul lagi hingga kembang. Masukan gula icing, pukul lagi hingga adunan jadi putih (tapi tak adalah putih sgt dan xada lah kuning sangat
  3. Satukan non diary whipping cream dan adunan cream chesee.Pukul dengan kelajuan pelahan hingga sebati dan boleh di sapu atas kek.

Note: Kalau topping kek cair boleh masukan dlm peti sejuk sekejap baru hias atas kek

Resepi asal di SINI

Gambar kek red velvet yang pernah Dee buat di SINI. Bab men-deko mmg GAGAL. Ada sapa2 yang boleh membantu....