Wednesday 13 April 2016

Resepi Red Pearl Cookies

Assalamualikum.

Nama resepi ini Red Pearl Cookies. Macam gah je bunyinya.
Tapi aku lebih suka panggil biskut cornflakes je. Sebab bahan utamanya cornflakes.

Terjumpa resepi ni di FB yang orang selalu share, Dan kebetulan ada sedikit cornflakes yang tak laku2 di rumah.
Masa mabuk hari tu macam2 En. Abg belikan dengan harapkan isteri tersayangnya dapat makan.
2-3 kali makan dah xlalu. Cornflakes itu pun terbengkalai.

Mula2 nak buat cornflakes madu, tapi terjumpa resepi ni lagi mudah dari resepi cornflakes madu.
Pada hal cornflakes madu ni pun dah mudah kan.

Rasanya tak tahu la sedap ke tak. Biasalah tekak mak buyung. Tapi En. Abang dan Si kecik suka sangat makan. Rangup kan.

Jom layan resepi

Bahan-bahan
150gm butter
75gm gula castor
150gm tepung gandum
60gm cornflakes
25gm almond strips : Dee tambah 2 sudu besar kismis dan 2 sudu besar cherry merah
sedikit esen vanilla

Cara-cara
Butter dan gula di satukan dan di kacau guna senduk. Kacau sebati je
Masukan tepung gandum. Kacau sebati
Masukan cornflakes. Kacau sebati
Masukan almond strip, kismis dan cherry merah. kacau sebati
Masukan esen vanila. kacau sebati
Dulang di gilis dengan butter
Buat bulat2 guna sudu. Jangan besar sangat nati dia akan mengembang lagi
Susun dalam dulang dan bakar pada suhu 170C 30minit yang telah dipanaskan dahulu selama 10 minit. (kepanasan oven ikut masing2 ye. Pandai2 lah korang adjust ye)
Siap di makan.

Dee share sedikit gambar ye. Xlarat nak ambik gambar step by step. :-)

 Adunan yang dah siap. Semuanya Dee gaul guna sudu je

 Ni kira terbesar bila dah masak. Sila kecilkan saiz untuk dapatkan biskut yang comel2

 Tarra..dah siap di makan. iskut cornflakes je...

Tertiba anda gambar sesat. Menu breakfast setiap pagi. Nasi lemak. Beli kat gerai Seksyen 17 Shah Alam. Berdekatan dengan 7eleven. Nasi lemak biasa RM1. Murah je.. Suka pulak makan kerang..Dee tambah lah kerang. Sekali kena RM3.50. Ambik ko....Dah macam harga Lunch. Tapi orang kata kerang memang mahal ye. So, layangkan je tekak mak buyung ni. Kan kalau xdapat teringat2 la pulak. Sangat berpuas hati bagi tekak mak buyung ini. Sila la cuba..

Monday 11 April 2016

DEKO : Susun atur barang/bahan kek

Assalamualikum,

Aku memang ambik tempahan buat kek dan kuih (hmmm...apa beza kek dan kuih???)
Kebanyakan customer dari Shah Alam, Bandar Kinrara dan Puchong. Owh pernah sekali dapat tempahan dari Cheras..Jenuh gak nak menghantar..

Selalunya jarang ambik yang kena deliver sebab aku pun kerja. Tak ada masa nak terlari sana sini.
Sekarang ni dah hampir 5 bulan aku tolak tawaran buat kek dek penangan moning sickness yang teruk.

Masa bulan 2 hari tu pun ada seorang akak ni dah ready untuk tempah kek buah kukus untuk raya. Maaflah kak, saya rasa sepanjang mengandung kali ni dapur saya jengah untuk kemas2 je.
Dah lama tak berasap. Kami sekeluarga makan kat luar je.
Kalau makan kat rumah macam nak terkeluar balik rasanya.
Tak tahu la kenapa sampai tahap macam ni,

Di sebabkan dah hampir 5 bulan tak buat kek atau kuih, so semalam pi la tengok stok bahan2 kek dalam kitchen cabinet.
Mak ai banyaknya yang dah expire date, Sayang nak buang tapi apa kan daya aku pasrah.
Kan kalau guna barang dah expire date jadi benda lain la pulak lagi haru.


 Baru keluarkan dari kitchen carbinet

Lap bersih dengan pencuci Zhulian. Suka sangat guna pencuci ini. Bersih berkilat tile di samping semut pun susah nak datang. InsyaAllah.


Tarra...kemas je kan. Siap buat label dan tarikh expired ..senang nak monitor. 5s okey..Rak putih tu beli di IKEA dengan harga RM19.90 tak silap. Yang ni saiznya lebih besar sikit dengan rak IKEA yang aku share sebelum ni.

Guna bekas tupperware dan tipuware je. Guna yang dah sedia ada di rumah. Tak adalah nak guna bekas seragam. Aku kan kedekut...yang penting kemas dan mudah nak ambik


Saja try tambah rak sebelah depan. Boleh pulak muat. Yang ni beli kat Jepun. Kat kedai 100yen. Macam kedai RM5. Rak putih tu aku macam pernah nampak kat DIY. Harga tak pasti. 
Yang aku beli kat Jepun tu rasanya lagi murah compare dengan RM Malaysia. Bila aku convert 100yen to RM still murah lagi. Kurang RM4 termasuk GST. Sekarang maybe lagi murah sbb RM kita dah bawah RM4 compare 1USD. 

 cetak2 kuih simpan dalam bekas ni. pastu simpan dalam laci. Aku asingkan dari tempat letak bahan kuih.

Ambik ko...ni semua dah expire date. Banyak kan..huhu

yang ini pulak bahan2 kek yang nak bagi kat emak. dalam 2 bulan lagi nak expired. Mak aku lagi la business women di Felda Redong 1 Segamat Johor. Selalu orang panggil Cik Eton kuih. Better bagi kat orang yang confirm buat kuih. Dari ko simpan sebab sayang. :-)

Selamat medeko dan mengemas!!!

Friday 8 April 2016

Pregnancy : Ketagihan AIr Sejuk!!!

Asslamualikum.

Dah 18 minggu pregnant. Lagi 2 minggu genap 20 minggu pregnant bermasksud dah masuk 5 bulan...yeah,,,sekejap je kan..

Pregnant kali ke-3 ni memang ketagih dengan air sejuk. Pregnant pertama dan kedua gilakan air suam. Tapi masih tak nak mengharapkan ianya berlainan jantina :-).

Semalam pi scan pun kaki baby dok kepit. Semua anak mau surprise kat ibu ayah ye.
Anak pertama seminggu sebelum bersalin baru dapat tahu anak lelaki
Anak kedua sehari sebelum bersalin pun baru dapat tahu anak lelaki.
Anak ketiga ni tak tahu nak main cak2 sampai bila...hahaha
Itu semua rezeki...tapi klu tgk perut nampak gaya macam boy gak... :-)

Berbalik dengan ketagihan air sejuk, aku try mix match dengan susu.
Susu tepung memang tak lalu. Tapi demi anak ku extra spend RM untuk beli susu kotak atau susu segar. Memang tak boleh nak layan sangat sebab aku bukan pengemar susu. Tapi bila tengok balik gigi anak no.2 yang mula mereput seawal umur 1 tahun aku rasa sangat bersalah sangat. Aku akui masa pregnant no.2 aku jarang minum susu. Dalam 9 bulan boleh aku kira berapa Liter aku minum air susu.Padahnya waktu sekarang....

So, aku share resepi susu sejuk aku ni. Mana lah tahu korang pun boleh try.

Bahan-Bahan

3 sudu besar milo -lagi kaw
2 sudu besar air panas
1 cawan susu segar yang sejuk
Air batu secukupnya
1/2 sudu kecil gula *Optional (aku letak sbb nak buang rasa kuat susu segar. Deria org pregnant kan kuat sikit)

Cara-cara

Satukan milo,air panas dan gula. Kacau rata. Sejukan sebentar
Masukan air batu dalam bancuhan air milo
Masukan susu segar
Siap di minum

Dee masuk dalam bekas. So boleh goncang ala2 shake. Sedap di minum time sejuk..wallla..


Milo dan gula

Masukan air panas, kacau rata dan biarkan ia sejuk sebentar

Masukan ais dan tuang 1 cawan susu segar dalam bekas. Goncang2..

Nampak x buih2 kesegaran...

Selamat mencuba!!!


Thursday 7 April 2016

DECO : Kabinet dapur

Assalamualikum...

Last week pi IKEA Cheras. Konon2 nak belikan si bujang katil. Kali tengok dah sold out la pulak.

Tapi banyak gak barang lain yang kitorng beli. Antara yang di cari ialah drawer bawah katil yang di idam-idam kan sejak 2010 lagi. Lama kan...Kumpul budget sikit-sikit. Sedepok nak beli boleh pengsan. Nati aku share gambar ye.

Hari ni nak share susun atur cabinet dapur yang letak cawan.

Ni sebelum. Semua ada..haha..

Beli benda alah ni..Lupa pulak namanya. Sebelum beli wajib ukur dulu ye cabinet dapur kita tu. RM12.90 kalau xsilap. Kecik je benda alah ni. Tapi bukan plastic tau. Ala2 besi

Tarrraaaa....dah kemas kan.

Terapi jiwa. Aku suka benda yang kemas. Balik kerja rasa aman damai sahaja. Plan nak deco rumah ala2 hotel. Buat slow2.. Buat ikut budget. Bila rumah cantik dan kemas nak keluar rumah pun malas. Baik lepak kat rumah dengan anak2 dan En. Abg..lagi best..Duit pun xbanyak keluar macam air.. :-)

Selamat Mendeko!!!