Wednesday, 13 April 2016

Resepi Red Pearl Cookies

Assalamualikum.

Nama resepi ini Red Pearl Cookies. Macam gah je bunyinya.
Tapi aku lebih suka panggil biskut cornflakes je. Sebab bahan utamanya cornflakes.

Terjumpa resepi ni di FB yang orang selalu share, Dan kebetulan ada sedikit cornflakes yang tak laku2 di rumah.
Masa mabuk hari tu macam2 En. Abg belikan dengan harapkan isteri tersayangnya dapat makan.
2-3 kali makan dah xlalu. Cornflakes itu pun terbengkalai.

Mula2 nak buat cornflakes madu, tapi terjumpa resepi ni lagi mudah dari resepi cornflakes madu.
Pada hal cornflakes madu ni pun dah mudah kan.

Rasanya tak tahu la sedap ke tak. Biasalah tekak mak buyung. Tapi En. Abang dan Si kecik suka sangat makan. Rangup kan.

Jom layan resepi

Bahan-bahan
150gm butter
75gm gula castor
150gm tepung gandum
60gm cornflakes
25gm almond strips : Dee tambah 2 sudu besar kismis dan 2 sudu besar cherry merah
sedikit esen vanilla

Cara-cara
Butter dan gula di satukan dan di kacau guna senduk. Kacau sebati je
Masukan tepung gandum. Kacau sebati
Masukan cornflakes. Kacau sebati
Masukan almond strip, kismis dan cherry merah. kacau sebati
Masukan esen vanila. kacau sebati
Dulang di gilis dengan butter
Buat bulat2 guna sudu. Jangan besar sangat nati dia akan mengembang lagi
Susun dalam dulang dan bakar pada suhu 170C 30minit yang telah dipanaskan dahulu selama 10 minit. (kepanasan oven ikut masing2 ye. Pandai2 lah korang adjust ye)
Siap di makan.

Dee share sedikit gambar ye. Xlarat nak ambik gambar step by step. :-)

 Adunan yang dah siap. Semuanya Dee gaul guna sudu je

 Ni kira terbesar bila dah masak. Sila kecilkan saiz untuk dapatkan biskut yang comel2

 Tarra..dah siap di makan. iskut cornflakes je...

Tertiba anda gambar sesat. Menu breakfast setiap pagi. Nasi lemak. Beli kat gerai Seksyen 17 Shah Alam. Berdekatan dengan 7eleven. Nasi lemak biasa RM1. Murah je.. Suka pulak makan kerang..Dee tambah lah kerang. Sekali kena RM3.50. Ambik ko....Dah macam harga Lunch. Tapi orang kata kerang memang mahal ye. So, layangkan je tekak mak buyung ni. Kan kalau xdapat teringat2 la pulak. Sangat berpuas hati bagi tekak mak buyung ini. Sila la cuba..

No comments:

Post a Comment