Tuesday, 21 June 2016

Resepi Tart Nenas Gulung

Assalamulaikum...

Salam Ramadan yang ke 16.
Saja nak inform Dee dah pregnent masuk minggu ke 30. Harap2 semua berjalan lancar.
Alhamdulilah..gagah lagi berpuasa. Tak tahu dapat kekuatan dari mana..
Alhamdulilah... sudah mula memasak..ini pun tak tahu dapat kekuatan dari mana..
Maybe sebab tak lalu dengan lauk-pauk/makanan di bazzar ramadan kot..kira paksa diri untuk memasak.

Bukan nk kondem siapa-siapa..memang dari dulu dee lebih suka masak sendiri dari beli di bazzar ramadan.
Terbalik dengan my husband yang shopping sakan di bazzar ramadan sampai selalu pesan jangan beli kuih muih terlalu banyak..nati xada siapa nak makan..

Kita bila dah buka makan sikit je dah kenyang..masa di bazzar ramadan memang rambang mata di buatnya ..macam semua benda nak beli..
Sebab tu Dee jarang jejakan kaki di bazzar ramadan..

Okey berbalik pada resepi tart nenas gulung...
Dee ambik resepi dari Azlina Ina Fan..
Alhamdulah menjadi dan sedap.
Yang penting tangan tak sakit masa menekan doh pada acuan.

Tart Nenas Gulung

Jom kita check resepi

Resepi Tart Nenas Gulung

Bahan-bahan

3 1/4 cawan tepung gandum (UPDATE !!! 422.50 gm (1cup of flour = 130 gm))
2 sb tepung jagung
2 sb tepung kastard
1 cawan butter (250 gm)
3sb susu pekat
2 sb minyak sapi
1 biji kuning telur
sedikit esen vanila
sedikit pewarna kuning

Cara-cara
  1. Satukan butter + susu pekat + minyak sapi + kuning telur + esen vanila dan perwarna kuning - kacau sebati guna senduk
  2. Masukan 1 cawan tepung gandum + 2 sb tepung kastard + 2 sb tepung jagung - kacau sebati guna senduk
  3. Masukan baki tepung gandum dalam aduan - kacau sebati hingga jadi doh. uli dalam 3 minit
  4. Ambil sedikit doh dan terap dalam acuan tart.
  5. Letakan jem nenas dan gulung.
  6. Letak atas loyang yang telah dilenser dengan mentega. Buat sampai penuh satu dulang baru sapu kuning telur+perwarna kuning dan susu pekat manis atas tart nenas (resepi di bawah).
  7. Oven di panaskan terlebih dahulu 160C selama 5-10 minit
  8. Bakar pada suhu 160C selama 25 minit. Kemudian tukar posisi loyang dan bakar selama 10 minit lagi. Ini ikut oven dee ye. Jadi total membakar 35 minit. Fahami oven masing2. Kalau ikut resepi Azlina Ina hanya guna suhu 160C dan di bakar selama 25 minit sahaja.
Note: Kalau guna penggelek tart gulung kena tambah 1/4 cawan lagi tepung gandum

Hiasan atas Tart Nenas Gulung

Bahan-bahan

1 biji telur kuning
Sedikit pewarna kuning
1sk susu pekat manis

Cara-cara

Satukan semua bahan dan kacau sebati -sedia di oles atas kuih tart guna berus.

Resepi Jem Nenas
(Dee ambil resepi ni dari goggle. Lupa la nama blog apa. Kalau tuan badannya ternampak minta halal ye)

Bahan-bahan

1kg nenas (anggaran 2 biji nenas yang paling besar)
300 gm gula pasir (Dee tambah 1 sb gula)
sedikit esen vanila
sedikit pewarna kuning
air secukupnya semasa belender

Cara-cara
  1. Nenas yang siap di kupas di belender dengan air. Pastikan yang bahagian tengah di buang (xtahu nak panggil apa)
  2. Tuang dalam kuali. Guna api pelahan untuk keringkan air- selalu kacau
  3. Bila dah kering masukan gula + esen vanila dan pewarna kuning - gaul sebati
  4. Masak sampai jem kering
Selamat mencuba!!!

 Gebusss je kan....


Konon2 ambik gambar selfie sebab nak join contest Azlina Ina Fans 


 Contest di FB Azlina Ina Fans. Like la saya :-)

 Inilah lah gambar selepas di edit.. Jgn gelak tau..mmg fail bab edit ni..gambar pun selfie shj..

2 comments:

  1. Nampak menarik..boleh cuba resepi ni.. jmput singgah blog saya ea. Dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete