Orang lain nak buat, Dee pun sibuk nak buat...wallaaaa sedap giler mkn time sejuk2...kejap je dah licin...Mula2 xdapt nak bayangkan apa rasa kek pisang dengan sos caramel dan swiss buttercream.
Harga leh tengok kat sini ye. Siapa2 yang berkenan nak order. Penghantaran memang saya kenakan charge ye. Kerana ia melibatkan masa saya dengan anak2, minyak kereta, kereta saya yang nak kena services...bla..bla..hihih..
.Resepi leh tgk kat sini ye.
Resepi: Kek Pisang Walnut
Bahan:-
250gm butter anchor
180gm gula kastor -resepi asal 250gm
2 tsp esen vanilla
4 biji telur A
4 pisang emas di lecek - dee guna 4 biji pisang berangan
6 sudu besar yogurt atau buttermilk
segenggam penuh kacang walnut dicincang kasar atau halus -ikut suka
350gm tepung gandum*
4 tsp baking powder*
1 tsp soda bicarbonate* - mybe next time guna 3/4 tsp sahaja
* di ayak 2x
Cara-cara
- Panaskan oven pada suhu 170C selama 15 minit sebelum masak kek ye..
- Pukul gula dan mentega dengan mixer sampai kembang
- Masukan telur satu persatu dan pukul dengan mixer hingga sebati
- Masukan pisang dan esen vamilla. Pukul sebati
- Masukan yogurt atau buttermilk. Pukul sebati
- Masukan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata guna senduk
- Masukan walnut dan kacay rata guna senduk
- Akhir sekali Dee putar sekejap guna mixer bagi adunan rata. Jangan lama sangat ye.
- Masuk dalam loyang 9 inci yang telah di alas dengan kertas minyak atau mentega.
- Bakar pada suhu 170C selama 30 minit.
- Untuk oven Dee, 160C 1jam 30 minit. Lain jenama lain cara masak ye. Ketahui la oven anda ye.:-)
Resepi: Sos Caramel
1/2 cawan gula perang
1 cawan dairy whipping cream
Cara-cara
- Cairkan gula perang dalam kuali.
- Bila dah cair masukan whipping cream. Kacau sebati
Resepi: Caramel Swiss Buttercream
70gm telur putih
100gm gula kastor
227gm unsalted butter anchor - potong dadu dan biar ia sejuk
1/2 adunan sos caramel
1 tsp esen vanilla
Cara-cara
- Satukan putih telur dan gula dalam periuk. Panaskan secara double boiler. kacau sampai gula dan telur sebati
- Alihkan dari api dan putar guna mixer sampai kembang dan pucat serta telur sejuk.
- Masukan mentega sejuk. Putar sebati
- Masukan esen vanilla dan sos caramel. Kacau sebati.
Cara Hias
- Potong kek kepada 3 bahagian. Pastikan kek dah sejuk baru potong ye.
- Letak lapisan pertama kek pada board kek
- Letak Caramel Swiss buttercream. Ratakan pada permukaan kek
- Letak sos caramal
- Letak lapisan kek ke-2
- Dan ulang langkah seterusnya hingga habis
- Hias ikut suka hati.
Sedap di makan ketika sejuk...wallla...teringgat sos caramelnya..
No comments:
Post a Comment