Assalamualikum..
Hari ni Dee nak share kek coklat yang selalu di buat. Di jamin sedap, moist dan gebu. Confirm jadi kalau ikut langkah-langkah yang Dee buat. Jangan malas ye. Buat kek ni bukan kerja remeh temeh, sebab tu bukan semua orang mampu buat. Orang yang suka buat kek, biskut,dll perlu ada sikap kesabaran yang tinggi tau.
Ini anak Dee no.2. Berusia 1 tahun 10 bulan. Hobi dia kacau ibu buat kek. Biasalah budak-budak memang kerjanya ada sikap ingin tahu yang tinggi. Kalau boleh dia pun nak buat sama. Kalau tak bagi dia guna kuasa 'mengamuk'. Tulah ibunya sebut 'pissttt' tapi dia tunjuk 3 la pulak..
Ini kek coklat yang Dee buat sempena jamuan di opis
Tergoda tak tengok kek coklat yang bersinar-sinar ni ???
Zoom dekat sikit lagi. Kalau tengok betul-betul, structure kek macam ni di kira jadi (moist + gebu)
zoommmmm lagi...
Haaaa.. yang ni di kira bantat. Senang cakap xjd. Boleh nampak tak perbezaan kek ni dengan kek di atas. Selalunya kek yang tak jadi, bila di angkat ia sangat berat berbeza dengan kek yang jadi tau. Cuba teka siapa yang buat kek bantat ni. Siapa lagi kalu bukan Dee sendiri hahaha... Sebenarnya bukan pekara luar biasa jika kita buat kek x jadi. Tu tandanya belum cukup ilmu di dada. Lainla kalau hari-hari buat kan..
ini coklat ganache
Resepi Kek Coklat Moist
Bahan-bahan
170 buttercup / mentega planta / mentega daisy
340 gm gula halus (dee guna 320gm je - kalau xada gula halus sila blender bagi halus ye)
3 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla
225 gm tepung gandum (di jemur / di sangan *
60 gm serbuk koko (van houten / dee selalu guna serbuk koko dari Bagus)*
1 1/2 sudu teh serbuk pernaik*
1 sudu teh soda bikarbonat*
170 ml air
* - diayak
Cara-cara
- Panaskan oven pada suhu 160C selama 20 minit. Suhu ni rendah tau, jadi untuk pastikan oven panas sekata jadi dee panaskan selama 20 minit. Kalau dee buat 10 minit, selalunya kek dee xjadi. Dee pakai oven brand Rubine-take nota bagi pengguna oven rubine.
- sediakan loyang 7 inci dan gris dengan mentega + tepung atau mentega + kertas minyak
- Pukul buttercup/mentega & gula hingga kembang - anggaran dalam 20minit jika guna pemutar yang biasa tu. Gula tidak berapa hancur pada masa ini. Rasa berketul2.
- Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati - anggaran 5-10minit bagi 3 biji telur tu ye. Pastikan rasa adunan tadi dengan memastikan gula telah cair/larut dalam adunan. Kalau tidak kek tak jadi ye dear.
- Masukkan esen vanilla. Kacau rata.
- Masukkan serbuk koko dulu ye. Kacau sebati guna spatula je.
- Masukan tepung + soda bikarbonat + serbuk penaik secara sedikit demi sedikit. Guna spatula je. Kacau sebati. Pada masa ini adunan agak likat sedikit.
- Masukkan air dan kacau sebati.
- Masukan dalam loyang
- Masukkan dalam oven
- Masak selama 45-1 jam.
- Cucuk dengan lidi untuk pastikan kek dah masak atau tak. Bila keluarkan lidi, lidi kering maksudnya kek dah masak atau sebaliknya.
- Kalau nak letak coklat ganche pastikan kek dah sejuk ye.
Resepi coklat ganache
Bahan-bahan
125 gm dark coklat
30gm butter
1 cawan gula icing
1/3 cawan susu coklat
1 sudu teh nescafe 3in1
Cara-cara
- Cairkan coklat + butter dengan menggunakan kaedah double boiler
- Masukkan icing sugar - sebatikan
- Masukkan nescafe 3in1 + susu coklat - kacau sebati
- Biar suam baru curah atas kek.
* Kalau coklat ganache agar cair tambah dark coklat. Agak2 xcair sgt dan xlikat sgt ye..
Kek coklat yang sudah di letak coklat ganache. Kek ini dah xberkilat sbb dah masuk dlm peti sejuk..
kek coklat yang sedap. moist dan gebu
cuba tengok betul2, xperlu letak coklat ganche pun kek coklat ni dh cukup moist. xcaya cubalah sendiri
Selamat mecuba. Resepi kek Dee ambil dari kawan.
No comments:
Post a Comment