Pernah tak dengar Hair Analyser? Ia bukan untuk rawatan rambut tau!
Malam tadi pergi ke Klinik sebab si kecik dah tunjukan tanda2 semput.
Malah enzima si kecik juga bertambah teruk di bahagian leher, dada dan pelipat siku.
Malah di bahagian kepala si kecik sebelum ni telah muncul beberapa benjolan yang agak banyak.
Kami pi berjumpa dengan doktor pakar kanak2 di KPJ Shah Alam.
Doktor kata ada infection/jangkitan kuman
Doktor bagi antibotic dan kena monitor dalam 2 week untuk monitor sama ada benjolan2 itu mengencil atau sebaliknya.
Alhamdulilah setelah hampir tiga minggu benjolan tu bertambah mengecil tapi sampai sekarang En. Abg tak bawak follow up di KPJ..hmmmmm..faham2 je lah..penat dah ckp..hahaha
Berkaitan dengan benjolan ni mungkin berkait rapat dengan antibody yang sedang melawan jangkitan penyakit atau keadaan rumah yang tidak berapa bersih.
Aku akui sepanjang trimester pertama mengandung, aku telah mengabai semua tanggungjawab aku sebagai isteri, ibu dan wakil 5s di rumah (pembersih sgt kah aku ini.. :-D).
Sebab masa ni nak bawak diri sendiri pun tak larat, lagilah nak uruskan benda lain..
Rasanya masa bulan January 2016 aku cuma bekerja selama 5 hari sahaja dalam tempoh sebulan.
Hari2 lain aku masuk ward di Hospital Putrajaya, MC dan ambik cuti tahunan..
Nampak tak kelebihan anak no. 3 ni..
Kebersihan amat penting ye kawan2.. lagi2 kalau kulit anak kita jenis yang sangat sensitive dengan habuk2, udara kotor dll.
Berbalik pada malam tadi, lepas ambik gas doktor kata still si kecik tak ok. Pagi ni kena pergi lagi untuk follow up. Nasib baik En. Abg off day. Bolehlah pi bawak si kecik pergi klinik.
Sebenarnya nak cerita pasal Hair Analyser. Ni dah melalut ke cerita lain pulak..Sila fokus Dee...
Doktor ada terangkan pasal Hair Analyser ni. Ia merupakan teknologi German di mana dengan menggunakan rambut sahaja alat ni dapat memberitahu apa masalah yang anak kita sedang hadapi.
Seperti masalah lembab ke, masalah autism ke, kurang vitamin ke, ada banyak toxins dalam badan ke, manalah tahu boleh tahu punca rambut gugur ke dan macam2 lagi la.
Ia juga bagi solution untuk mengelakan makanan yang kita allergic atau badan kita kekurangan vitamin apa..so boleh lah makan vitamin yang sesuai untuk diri kita kan..
"Yes in 30 minutes from a Patented Hair Analyser screening medical equipment you get a 14 page report 100 deficiencies...telling you on your personal nutritional status"
Ayat yang di petik dalam brochure yang di bagi oleh Doktor Azlini..
Tak tahu alat ni bagus atau tak? Berkesan atau tak..Kena cuba baru tahu kan..
Aku bukan pakar dalam hal ini. Siapa yang pernah buat boleh la share. Aku try google kat internet xada orang share benda ini di Malaysia. Maybe teramat baru untuk Malaysia.
Tapi di Negara seberang ada share. Tak tahu la guna alat yang sama atau tidak.
Bagi yang berminat!!!
Bayaran untuk buat ujian ini sebenarnya RM1390.00 tapi sekarang promosi sedang di lanjutkan hingga 31 December 2016 dengan harga RM390.00. Banyak tu lessnya RM1000 tu..
Mula2 aku dengar doktor mcm ckp RM90. Dalam hati boleh la nak test untuk anak2. Kali silap dengar la.. RM390 rupanya. terus aku diam..hahaha..dalam hati terus berkira2..hahaha..kedekut punya perangai sudah sampai..akan di fikirkan nanti...
Untuk info lanjut boleh pergi terus ke klinik atau call dulu ye..
KLINIK AZLINI,
NO. 3, JALAN PUCHONG PERMAI 3,
TAMAN PUCHONG PERMAI,
47100 PUCHONG,
SELANGOR.
TEL/FAX: 03-58821695
Brochure yang aku dapat pasal Hair Analyser
Nutritional status yang kurang dalam body lepas ujian di lakukan
Cara ujian di lakukan dengan menggunkan rambut sebagai sample. So xada ambik darah2 ye..Manalah tahu kot2 ada yg kecut perut bila nak ambik darah
Sila la baca kalau nampak.. :-). Nampak tak tarikh di lanjutkan hingga 31 December 2016 dengan harga promosi RM 390.00
Your personal profile..apa yang kurang dalam badan kita..
Nutritional status yang kurang dalam body lepas ujian di lakukan
Alat yang digunakan. Teknologi German.
Cara ujian di lakukan dengan menggunkan rambut sebagai sample. So xada ambik darah2 ye..Manalah tahu kot2 ada yg kecut perut bila nak ambik darah
No comments:
Post a Comment