Tuesday 23 August 2016

Menghitung Hari Bersalin

Assalamualikum...

Sekarang menghitung hari untuk bersalin. Sudah masuk 38 minggu pregnant.
Due date 3/9/2016. Tapi2 tanda2 bersalin masih tidak kelihatan.

Dah hampir 4 minggu dee mengalami kontraksi Braxton Hicks
Pada minggu 35-37 minggu pregnant ianya hanya belaku pada selepas maghrib hingga malam. Tapi bila dee berehat dan tidur ianya akan hilang.
Perut kerap mengeras tu dah jadi mainan.
Jadi tak perlulah tergesa2 nak pi Hospital.
Selagi jalan tak buka Doktor tak dapat buat apa2.
Melainkan baby kurang bergerak, memang patut pi Hospital dengan kadar SEGERA.

Sejak masuk 38 minggu pregnant, kontraksi Braxton Hicks sangat kerap belaku.
Kali ini bukan sahaja belaku pada lepas waktu maghrib malah belaku pada waktu pagi semasa drive on the way pi kerja dan juga semasa balik dari kerja juga semasa drive.

Member yang sama batch pregnant pun dah bersalin.. :-)..Dee masih ternanti2 bila la akan bersalin..

Sejak akhir2 ini jugak Dee kerap teringin nak makan dessert. Tapi makan sikit je..lepas tu dah xlalu. Tekak ini terasa semua benda manis..huhuhu..

Jom lihat apa yang Dee buat dan makan di saat akhir sebelum bersalin:-

Brownies kedut. Resepi boleh klik link ini masam manis 

Makan sikit je sbb rasa macam manis sgt. Tapi orang lain kata sedap and just nice je rasanya.

Bahulu cemai..homemade. Mak dee yang buat. Siapa yang teringin nk order boleh contact 
012-755 5628 (Cik Eton)/ 017-717 9905 (Hazeri). Boleh dapatkan di Felda Redong 1, Segamat Johor. Ambik juga tempahan untuk wedding seperti bahulu pecah 8. Kalau banyak boleh lah deliver area Labis dan Bandar Segamat. Kalau sikit2 ambik sendiri la ye. Call dulu sebelum datang. Jangan SMS/Whatsapp mak Dee xreti nak guna application tu.

 Goreng Chempedak

 Mee siput made in Muar

 Askrim Baskin Robbins

Lupa la pulak ambik perisa apa

 Jamuan makan di SACC mall. Ada kek yang sedap tapi lupa nak ambik gambar 

Makan KFC..tapi xlalu gak..Anak tukang teman makan

 Barang keperluan untuk bersalin dah ready dalam bonet sejak 32 minggu pregnant lagi

Menghitung hari

Nak beli Vita-Lea untuk set lepas bersalin. Boleh la pulak sold out. Sedih betul..

Kuih bulan made in Taiwan. Kebetulan ada orang dari Jepun datang untuk ajar traning
Dee penguna dan jual ephyra. Berminat untuk dapatkanya boleh whatsap dee ye 012-7662296

Beza sikit dengan Malaysia punya

Hari ni bangun kul 5.30pagi semata-mata nak buat cream puff. Xpasal2 letih pi kerja pagi ni. Xcukup rest



No comments:

Post a Comment