Thursday 8 September 2016

Akhirnya Bersalin

Assalamualikum.

Tanggal 26/8/2016 hari Jumaat jam 3.41pm lahirlah putra kami yang ke-3 di Hospital Serdang.
Alhamdulilah di atas rezeki yang di beri oleh NYA.

Malam sebelum bersalin teringin nak makan ikan siakap. Sehari sebelum tu dah makan dengan orang Jepun, tapi macam tak puas pulak. Makan ala2 sopan kan. Padahal dalam hati dah geram je kan tengok ikan siakap tu kan. Sedap betul restoran kat Putarajaya ni masak (lupa nama kedai).

Tapi niat nak makan lagi sekali tidak kesampaian sebab tertiba2 Dee cakap kat En. Husband Dee penat dan nak tidur awal. Jangan baby nengecas sudahla ye.

Kat sini Dee nak share sikit detik2 tanda hendak bersalin. Semoga menjadi rujukan kepada anda yang bakal menjadi ibu.

26/8/16, 1pagi
terjaga dari tidur, sakit lain macam, pergi tandas buang air kecil. pastu check kat underware kot2 ada darah. mmg tgk ada darah tapi jenis cair mcm air kencing. dalam hati bukan kot. sambung tido

26/8/16, 3pagi
terjaga dari tidur sebab sakit. mcm biasa pi tandas. check underware. xada darah pun. cuba baring tapi mcm xselesa. bangun check underware. eh ada darah. confirm dah nak bersalin. masa ni sakit stp 10minit tau. consistant. so bukan constraction palsu.

mula la mengemas baju dalam almari, basuh pinggan, kemas2 rumah, mandi... sbb malas nak layan sakit.

26/8/16 5.30pagi
otw pi hospital serdang sbb dah sakit 5minit sekali.

26/8/2016 6pagi
check jantung baby, jln dh buka 3cm

26/8/2016 10.30pagi
jln baru buka 4cm

26/8/2016 12.30pm
minta husband belikan makanan sbb lapar giler. padahal pihak hospital dah bagi breakfast dan lunch..huhu..husband minta izin pi sembahyang Jumaat. Dia pulak yang minta izin??? Bukan apa time2 macam ni mmg amat perlukan husband di sisi kan. Tapi Dee xsuka pentingkan diri sendiri. Sembahyang itu WAJIB. Dee sebenrnya agak independent... tiba2 puji diri snd..

26/8/2016 1pm
ckp kat doktor, sakit sangat. Doktor suruh baring dulu nati dia check jln. hmmm..tiba2 ada nurse yg tlg check. "kak, masih 4cm". eh..tp kenapa dah sakit sgt..huhuu..mulala berselawat sampai tangan pegang katil. makin lama makin kuat sebut 'ALLAH'...'ALLAH'..ALLAH'..

Doktor dtg check ..tiba2 nurse yg tlg check sebelum tu ckp 4cm lagi la doktor, saya baru check. Pastu Doktor pun cakap dah 5cm.

Ada 3 doktor perempuan yang datang dan doktor tu beri penerangan untuk pecahkan air ketuban supaya process bersalin akan cepat. Dee angguk je la..dah sakit kan.

Doktor tu sempat lagi ckp 'tak kan nak biar sampai malam kalu dah sakit mcm ni'.

Yang nurse tu Dee xtahu yang dia dah pernah bersalin atau tak. yang penting bestkan dapat Doktor yang memahami kita,

26/8/16 1.45pm
Tolak ke lobour room,
Bidan kat sini pun ok gak. Tolong Dee setiap 10 minit. Masih ni mmg dah sakit giler. Rasa panas yang teramat sgt.huhu..Bidan tolong bukan kipas walaupun aircond dah sedia sejuk.
Bidan cakap mmg awak akan rasa panas sbb tgh sakit.

26/8/16 2.30pm
Husband masuk labour room sbb baru sampai dari masjid. Dia yang banyak tolong Dee. Beri kata2 semangat. Tolong angkat bahu Dee. Terharu sangat masa ni.

26/8/16 3.41pm
Lahirlah putra kami yang ke-3.

26/8/2016, 6pm
Masuk wad. Lepas husband hantar beg. Dee suruh husband balik sebab nak ambik azim dan azib. Mak nak datang dari Kampung. Dee xbagi. See i'm independent women.

tiba2 ada makcik depan katil melawat. tanya xada org jaga ke? dee ckp xada.
untuk makluman wad 1st class boleh waris perempuan jaga...dee tahu tp malas nak susahkan orang lain. kalau dapat bilik seorg, husband boleh jaga, tapi anak 2org tu nak sapa jaga. berbalik malas nak susahkan org lain.

Dee mula la ckp, susahnya nak bersalin kali ni. Sebab saya dah tua kot. Nak meneran xada tenaga. Makcik tu tanya lagi, bila datang hospital? Dee ckp dalam 5.30 pagi..Makcik tu pun ckp 'xada la lama sangat, anak makcik tu sakit 2 malam berturut2. bawah dah bukan 9cm, tiba2 baby lemas terpaksa operate. atas bawah jahit.

Dee terkedu sekejap. rupanya orang lain lagi teruk dari dee. sepatutnya dee kena bersyukur sebab di permudahkan segala urusan...

KITA mudah LUPA....

1st day , 3.3kg

13 day, 3.5 kg

No comments:

Post a Comment