Assalamualaikum,
Hari ni Dee nak share resepi kek buah kukus. Resepi ni Dee ambik dari
Azie Kitchen. Kek ni kegemaran Abah dan Dee sendiri. Memandangkan petang ini (10/10/14) ingin pulang ke Kampung di Felda Redong 1, Segamat Johor jadi Dee siapkan kek ni malam tadi. Jenuh gak nak tunggu 4 jam untuk kukus. Kek buah sangat sedap di makan selepas 2 hari. Jom kita intai2
resepi ini.
Kek buah kukus
Resepi: Kek Buah Kukus
Resepi asal: Azie Kitchen
Loyang: K. Azie guna 12 inci, Dee guna 8 inci dan 7 inci.
Bahan-bahan
Gula Hangus : elok di buat awal sebab ia ambik masa 30 minit untuk siap dan hampir 30 minit untuk sejukan gula hangus. Sementara nak tunggu siap boleh sediakan bahan lain
800 gm (4 cawan) gula pasir - (Dee guna 600gm, rasa buah je. Kalau nak rasa manis sedikit boleh letak 700 gm. Kalau 800gm rasa manis sangat)
1/2 cawan air sejuk - dari peti sejuk
500gm butter
500 gm mix fruit
6 biji telur gred A
2 sk vanilla
2 sk esen ros - Dee xletak
Bahan Ayak
600gm tepung gandum
2 sk soda bikarbonat
1/2 sk cream of tatar
1 sk serbul buah pala - Dee xletak
Cara-cara
- Masak gula dalam kuali/periuk hingga cair dengan api perlahan. Hingga semua cair ye puan2 tapi bukan sampai hangus ye. Dee rasa ambik dalam 20-30 mnit.
- Lepas dah cair masukan air sejuk. Kacau sebati.
- Masukkan butter dalam adunan. Kacau hingga butter cair dan sebati.
- Masukan Mix fruit dalam adunan gula hangus. Biar mendidih sebentar dan kacau sebati.Tutup api dan biarkan gula hangus suam.
- Panaskan pengkukus. Dee guna kukus terus 2 loyang. Sepatunya guna loyang 10inci, tapi sebab pengkukus Dee comel sangat, jadi Dee guna loyang 8 inci dan 7 inci. Alas loyang dengan paper dan gris dengan mentega.
- Lepas gula hangus sudah suam, Masukan tepung, kacau perlahan2 sampai sebati.
- Dalam bekas lain pukul telur guna sudu. Macam nak buat telur dadar. Masukan telur dalam adunan tepung dan gula hangus. Kacau perlahan2 sampai sebati. Kurangkan kacau secara berlebihan atau lama.
- Masukan esen vanilla dan esen ros. Kacau sebati.
- Bila semua bahan dah sebati masukkan adunan dalam loyang
- Loyang 7 inci dee masukan adunan sebanyak 1kg manakala loyang 8 inci Dee masukan adunan sebanyak 1.5 kg. Anggaran kasar.
- Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus adunan kek. Dee kukus serentak 2 loyang. Pastikan air dalam kukusan sudah mendidih sebelum adunan di kukus. Kukus selama 4 jam, 3 jam pertama dengan api sederhana dan 1 jam terakhir dengan api perlahan. Dee hanya kukus 2 1/2 jam pertama dengan api sederhana dan 30 minit lagi dengan api perlahan. Tak larat nak tunggu sampai 4 jam. Tapi kek sudah masak walaupun tak cukup 4 jam.
- Lepas kek masak biar loyang dalam pengkukus dengan penutup dibuka. Buka sikit aluminuman foil supaya udara panas dapat keluar.
- Lepas kek sejuk, cucuk kek dengan lidi sate dan masukan jus limau sunquick atau jes epal dalam lubang tersebut untuk lembabkan kek.
Note: Kek buah kukus sedap di makan selepas 3 hari. Memang moist sangat2.
Selamat Mencuba!!!
Selepas 3 hari kek buah ni sangat moist dan rasa buah2 je. Tak ada la manis.
Kek buah kukus saiz 500gm
Kek buah kukus saiz saiz 1.3 kg
Pagi hingga tengahari Jumaat ada jual buah-buahan di Masjid Sek 16, Shah Alam. Sangat murah. 10biji RM5.00. Besar dan manis. Nak guna untul letak pada kek buah kukus.