Saturday, 28 November 2015

Tok Guru Ke Malaysia

Assalamualikum you all,

19-30/10/15 Dee telah pergi Jepun demi menuntut ilmu..:-) Jauh kan...Dulu mmg teringin nak pi Jepun dan akhirnya angan2 itu tercapai tanpa di sangka2..Dee telah berhijrah dari SIRIM Bukit Jalil ke SIRIM Shah Alam tanpa kerelaan diri memandangkan rumah di Puchong. Jauh nak ulang alik..minyak dan tol double RM lagi..Dari tanpa kerelaan kepada bersyukur dan akhirnya orang lain nampak akan kelebihan kita dan memberi kepercayaan kepada Dee untuk pergi ke Jepun..Alhamdulilah..Bertapa besarnya nikmat bersyukur ini..Sila lah amalkan..:-)

Berbalik pada Tok Guru kita ni..beliau and team dari Jepun telah datang ke Malaysia kerana ingin melihat anak2 murid beliau cara melaksanakan testing...:-) Tak nak cerita pajang sgt..korang kan tak faham sgt kan kalau sebut psl standard and technical kan (mcm la aku pandai sgt :-).

So kita layan gambar sahaja la ye..

See,,nampak tak my Tok Guru..diorg suka sangat dengan kek marble dan brownise kedut yang dee buat khas utk diorg..budi baik di balas baik okey!!!!

hmmm...komen...komen...no komen...hahaha...

gigih tak aku baca standard yang kalau 10 kali ulang, maka 10 kali la permahaman aku pun bertukar ..huhuuh..

Brownise kedut aku ni hanya RM 40 ye..dengan almond sekali..nak rojer2 la ye..area Bukit Puchong dan Shah Alam okey!!!

Kek Marble Dee ni antara hot sale okey..Hanya RM10 per box..Tapi selalu dee kumpulkan satu tarikh sbb min order 4 box ye..

Berminat dengan my cake boleh la whatsap ke 012-7662296..whatsapp sahaja atau SMS ye..Jangan call..Dee mmg xangkat..sorry ye..Maksure order 1-3 hari sebelum ambik..

Thank for reading!!!


Monday, 23 November 2015

Dress Nauraa III



☑ RM129
☑ material fursan
☑ cutting princess
☑ Nursing & wudhu friendly
☑ dihiasi chuncky beads
☑ butang sampul di tangan

WhatsApp code dan saiz ke 012-7662296 
WhatsApp code dan saiz ke 012-7662296 
WhatsApp code dan saiz ke 012-7662296

visit dan like pages Dzurliza







Wednesday, 4 November 2015

Traning in Japan Part II

Assalamualikum ...

Alhamdulilah selamat sampai di Malaysia pada 31/10/2015 jam 12.30 pagi, Ist time naik kapal terbang, memang rasa sangat teruja dan takut. Pada hari sama sampai di Malaysia di khabarkan kapal terbang Rusia terhempas di pusat bandar Sinai, Kaherah Mesir. Allah hu akbar..

Berada di Jepun hampir 12 hari semata2 untuk menutut ilmu. Dulu berangan nak sambung study di Jepun tapi tak kesampain. Dapat sambung study Master di Australia tapi xpi sbb xdapat dan xapply biasiswa selain JPA. Akhirnya sambung di UiTM Shah Alam :-).

Sepanjang di Jepun, keluar jerawat banyak dan kulit jadi kusam sangat. Nasib baik bawak Vitamin C Shaklee. Muka kembali beseri seperti biasa...cehwa...puji diri sendirinya nampaknya. Kalau tidak pecaya boleh cuba ye Vitamin C shaklee. Sangat berkesan.

Balik dari Jepun, susu segar Jepun antara yang teringin nak cari di Malaysia tapi malangnya tiada di jual di Malaysia. Gagah tanya ex-student Jepun susu segar Malaysia yg seakan2 sama dengan susu segar Jepun adalah farm.freash. Nati boleh cuba beli..

Kat sini Dee akan kongsikan serba sikit pandangan di Jepun untuk tatapan pembaca dzurlizahmad.blogspot.com

Sesi pembelanjaran. Ada orang Malaysia, Indonesia dan tok guru nya orang Jepun, Pastikan selepas ini beli peti sejuk yang ada star rating ye (2 hingga 5 star). Yang paling jimat 5 star. Penat test tapi orang kat luar sana tak pecaya atau tak faham dengan star rating ni. huhuhu

Toilet di Jepun. Sangat bersih ok..xada bau pun

Canggih!!!!! ..xada pili paip..just tekan butang kat tepi tu. maka air akan keluar dalam tandas. Tekanan air sangat stabil ok..tak macam kat Malaysia. Kejap air kuat kejap air pelahan. stress je dalam tandas..Kena fikiran apa jalan yang terbaik untuk mengatasi tekanan air di Malaysia. 

Banyak bunga macam ni di tanam di Jepun,,Suka warna wani bunga..

Antara menu yang di makan..
Set tempura..udang besar dan tidak berminyak..siapa ada resepi macam ni sila share ok..
set ni dalam RM35-37 selepas GST ok..Kalau kat Malaysia boleh 3-8 kali makan. Bergantung pada jenis kedai okey.

Set tempura..Udang sebesar2nya..lebih dari saiz pinggan

set tempura dan mee soba..kalau set tempura tu xada mybe dee boleh makan mee soba tu. Kenyang sangat..Set ni dalam RM52.50 ye,,boleh 3 orang makan ..

Set ayam..sedap sangat. Kalah ayamas atau lain2 jenama di Malaysia. xada tulang dang sangt juice. Macam biasa mesti ada kubis yang di sagat halus2. Kat mana ye nak beli sagat yang boleh buat macam ni..please share siapa yang tahu.

Menu Nepal..yang ni xsure berapa RM..set ni sangat sedap gila..kari ayam dan kambing macam mamak punya rasa. roti dia pun gebu gabas..kalau nak habiskan kena duduk 4 jam kot..yoghat dia pun sangat sedap..macam rasa ais krim..ada di jual di Kedai Nepal berhadapann Universiti Chiba

Inilah University Chiba

Dekat dengan station Chiba

Dalam kedai Jepun

Dengan orang Jepun.

Okey sampai Malaysia, Dee pi timbang. Naik 2 Kg..Sekarang tgh gagah nak turunkan berat badan ke 50kg..