Post ini di buat bagi memberi panduan kepada bakal2 ibu yang ada plan memberi susu secara exclusive selama 6 bulan atau hingga 2 tahun.
Di sebabkan kurangnya ilmu pengetahuan mengenai penyusuan secara exclusive ini, Dee hanya dapat memberi susu badan selama 6 bulan bagi anak pertama. Penyusuan ini di teruskan hingga anak Dee berusia setahun tp tlh di campur dgn susu tepung..
inilah breastpump yang byk berjasa utk anak pertama. Brand anakku..sekarang dh kuar patent lain. sumber gambar
Bagi anak kedua pula Dee telah berjaya bagi fully breastfeed selama 1thn 1bulan (sampai sekarang)...masih berjaya memberi bekalan susu secukupnya ke Taska wpun ada kalanya hampir putus asa terutama time period..susu mula bkurangan time period dan kembali normal selepas period... .susu juga boleh berkurangan jika:
- Stress di tempat kerja
- Kurang minum air masak
- Jadual pump berubah2
Jika kita stress semasa pump, susu pun susah nak keluar. Atasi masalah stress dengan sebaik2nya dengan tenangkan fikiran, ingatkan muka anak kita etc..minum air masak secukunya (8 gelas sehari). Pastikan jadual pump tidak berubah. Kalau sebelum ini dah set perah pukul 11 pagi, pastikan hari akan datang pun perah pada pukul 11 pagi..
Untuk bagi fully breastfeed pada anak kita, kita perlukan semangat serta disiplin yang sangat tinggi dan jangan cepat putus asa.
Banyak kelebihan bagi susu ibu ini. Antaranya:-
- Susu ibu adalah susu nombor 1 di dunia dan juga susu yang paling mahal di dunia
- Walaupun tubuh bayi kita kecil tapi badanya sangat kuat terutama melawan jangkitan penyakit
- Menjadikan rahang bayi kita kuat
- Anak akan rapat dengan kita hingga dewasa
- Bila buat dengan hati yang ikhlas, pahala menanti kita.
Antara koleksi breastpumps untuk anak ke-2 Dee..
Brand Mamivac, breastpump double pumping..Dee guna di tempat kerja sbb cepat..Jadual pump di tempat kerja pada pukul 11 pagi dan 2.30 petang..Ambik masa 15-20minit sekali pump..
Brand medela, manual. Dee gunakan waktu pagi sebelum pergi kerja dan petang selepas balik kerja. Untuk proses pump yang maximum tepat jam 12 pagi Dee hanya bagi sebelah bahagian untuk anak menyusu. Sebelah bahagian lagi Dee akan simpan hingga esok pagi. Sebelum pergi kerja Dee akan pump bahagian yang Dee simpan sementara sebelah lagi Dee bagi anak menyusu. Ia agak susah pada mula2 tp akan mudah lama kelamaan. Konsepnya macam double pumping. Ia akan mengambil masa 10 minit jika anak kita memberi kerjasama yang baik.
Di sebelah petang Dee akan buat mcm sebelah pagi. Di sebabkan kita dah relaks (tidak terkejar2 nak p kerja takut jem) maka proses pump dan penyusuan berjalan lebih lancar. Proses pump mengambil masa 10-30 minit.
Brand Avent Philips, manual. Konsep penggunaan sama dengan medela manual
Tip yang Dee berikan adalah berdasarkan pengalaman Dee, sapa2 yang ingin bertanya boleh tinggalkan komen di bawah atau e-mail d_eza@yahoo.com
Gambar di ambik dari google
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment