Nak dekat raya ni. Mesti sekrang sibuk nak buat kuih raya atau beli je dari kedai. Hari ni nak share resepi tart nenas gulung
Bahan Doh Tart
1 kg tepung gandum
630 gm butter (500gm butter + 130gm planta)
3 biji kuning telur
1 biji telur
2 sudu esen vanilla
Sedikit garam
Hiasan : kuning telur dan pewarna kuning di kacau hingga rate.
Cara-cara
- Satukan tepung dengan butter dan ratakan. Ratakan guna tgn je.
- Masukan kuning telur, telur, esen vanilla dan secubit garam. Uli hingga jadi doh.
- Masukan doh dalam acuan dan tekan acuan hingga jd mcm ala2 biskut semperit
- Letak inti jem dan gulung.
- Buat semua hingga abis
- Letak hiasan kuning telur atas tart tadi
- Bakar 30-40 minit 160C atau hingga masak.
- Suhu oven ikut oven masing2.
*Loyang hendaklah di sapu dengan majerin
*Letak jem nenas byk untuk nampak gebu
Jem Nenas
Bahan
4 biji nenas muda diparut dan di toskan airnya
500gm gula (ikut suka, klu nak manis tambah lagi gula)
pewarna kuning
Cara-cara
nenas, gula dan pewarna kuning di satukan dalam kuali bersih.
Masak guna api perlahan hingga jem nenas kering.