Tuesday, 22 July 2014

Resepi Tart Nenas Gulung

Assalamualikum,

Nak dekat raya ni. Mesti sekrang sibuk nak buat kuih raya atau beli je dari kedai. Hari ni nak share resepi tart nenas gulung

Bahan Doh Tart

1 kg tepung gandum
630 gm butter (500gm butter + 130gm planta)
3 biji kuning telur
1 biji telur
2 sudu esen vanilla
Sedikit garam

Hiasan : kuning telur dan pewarna kuning di kacau hingga rate.

Cara-cara


  1. Satukan tepung dengan butter dan ratakan. Ratakan guna tgn je.
  2. Masukan kuning telur, telur, esen vanilla dan secubit garam. Uli hingga jadi doh.
  3. Masukan doh dalam acuan dan tekan acuan hingga jd mcm ala2 biskut semperit
  4. Letak inti jem dan gulung.
  5. Buat semua hingga abis
  6. Letak hiasan kuning telur atas tart tadi
  7. Bakar 30-40 minit 160C  atau hingga masak.
  8. Suhu oven ikut oven masing2.


*Loyang hendaklah di sapu dengan majerin
*Letak jem nenas byk untuk nampak gebu

Jem Nenas

Bahan

4 biji nenas muda diparut dan di toskan airnya
500gm gula (ikut suka, klu nak manis tambah lagi gula)
pewarna kuning

Cara-cara

nenas, gula dan pewarna kuning di satukan dalam kuali bersih.
Masak guna api perlahan hingga jem nenas kering.



No comments:

Post a Comment