Assalamualikum..
Alhamdulilah dengan izinya aku di beri peluang untuk mengandung kali ke-3.
Walaupun plan asal tahun lepas dah dapat baby ke-3.
Semua ini rezeki darinya.
Untuk sapa2 yang plan nak mengandung sila la amalkan folic asid sebelum mengandung ye.
Bagus untuk persediaan sebelum mengandung.
Bagus juga perkembangan untuk otak bayi.
Sebelum mengandung aku amalkan Vita-Lea dari Shaklee.
Ia merupakan Multivitamin dan Multimineral. Folic Asid pun dah siap ada dalam Vita-Lea ni. Senang kan..
Inilah Vita-Lea kalau sapa2 xpnh tgk
Dah ada folic acid
Aku buat ujian kehamilan sebab tiba2 seluar jean yang di pakai tak boleh nak zip.
Rasa macam pelik pulak, perut xbuncit pun dan tiada pernambahan saiz pun..hahaha siap ukur dengan tali tape.
Bila nak zip seluar tu rasa macam ada benda kat perut dan sesak nafas. Terus la tukar kain.
Kebetulan masa tu plan nak jalan kat JJ equine park. Sampai JJ je terus cari test kit yang paling murah.
Aku kan kedekut kan tiba2 xmengandung membazir je beli yang mahal...hahaha
Aku guna yang ini je. Tak sampai RM 7 kot. Tapi dulu lagi murah. ANak no.1 dan no. 2 pun aku guna brand yang sama.
Nak dapat result yang gitu sila test guna air kencing pertama selepas bangun dari tidur ye.
So bila test ...i'm positive pregnant. wah rasa happy gila..
Macam dunia ni ana yang punya..hahaha..
Di sebabkan aku lupa last uzur, so aku xleh nak agak usia kandungan aku tu.
Masa tu baru balik dari Jepun xsilap. Ingat2 lupa sbb teruja sangat dapat pi Jepun... :-)
Trimester Pertama Bermula !!!
Lepas tahu yang aku pregnant benda peertama yang aku buat ialah pergi ke klinik dan ambik acid folic.Benda ni amat penting untuk perkembangan baby.. So tolong jangan abaikan..
Sangat lapar pada setiap hari..hampir setiap malam pergi keluar makan..teringin sangat nak makan asam pedas..
Selapas 2 minggu berlalu aku balik ke Kampung untuk ambik Abah. Abah kena follow up di IJN. Bila sampai di Kampung aku terus pergi berurut untuk buang angin. Pekara yang sama yang aku lakukan semasa mengandung kan anak kedua.
Badan aku memang banyak angin tapi maksure beritahu kat kat tukang urut yang anda sedan mengandung..kan tak pasal2 jadi benda lain...
Tapi kali ni selepas beurut kepala aku jadi berat sangat...tidak bermaya..badan aku ok..tapi kepala aku ni...ahhh..muntah2 yang sangat dahsyat...pantang makan pasti keluar balik..pedih ulu hati terus menyerang tanpa belas kasihan..huhu
Pergi ke Klinik terus Doktor masuk air sebab kepala dah tak boleh nak angkat. Dapat MC 2 hari. Tak silap hari MC hari Isnin dan Selasa..Balik ke Puchong dengan Mak Abah aku sekali.
Berehat 2 hari masih tidak membantu untuk aku pulih..Petang Selasa pergi ke Klinik. Doktor sarankan untuk pergi ke Hospital untuk masuk air.
Pergi ke Hospital Putrajaya. Naik wheel chair lagi sebab dah xlarat nak jalan dengan kepala berat macam batu.
Mula2 masuk air 2 botol (klu xsilap), di sebabkan aku tak ingat 1st day period scan di jalankan untuk melihat usia kandungan.Doktor kata usia kandungan aku 6 minggu..Mak...aiii..baru 6 minggu aku dah teruk macam ni. Jenuh kot nak tunggu trimester kedua..Bagi aku dugaan aku mengandung kali ni amat dahsyat.. Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu..
Aku di masudkan wad Hospital Putrajaya selama 4 hari. Itupun aku kata gatal nak balik sebab kesihan kat anak2 yang dah 1 minggu tak sekolah. Mak pulak dah penat jaga cucu2. Adalah dekat 20 botol air masuk.
Lepas keluar wad Doktor bagi 2 extra MC untuk rest. Tapi still tak ok..aku pi lagi ke Hospital Serdang. Masuk lagi air. Doktor bagi lagi MC. Still xok. Akhirnya aku pi berurut lagi tapi dengan bidan lain yang kebetulan bidan Kampung tu datang ke KL jenguk anak2 dia.
Last sekali aku decide ambik cuti 1 week untuk berehat di Kampung. Cukupkan urut sebanyak 3 kali..ambik ubat dengan ustaz..huhu..Keadaan tidak seteruk masa masuk wad.
Balik Puchong semula. Mula kerja dengan on off cuti dan MC.
Minggu ke 10 pregnant: 16/2/16 : Masa bangun pagi tiba2 rasa nak pitam. Kepala rasa berpusing2..try tido semua untuk rest bila bangun lagi masih rasa nak pitam dan kepala berpusing2.
Nasib baik En. Abg off masa ni. Terus ajak pi Klinik..Doktor kata tekanan darah sangat rendah..70/50 kalau tidak silap.
Terus refer Hospital Putrajaya memandangkan dah ada rekod di sana. Doktor check tekanan darah normal tapi still kena masuk air sebab still ada muntah2. Lepas masuk air 1 botol check tekanan darah lagi..tiba...tiba... tekanan darah rendah lagi..nurse tu check sampai 3 kali..lepas 3 kali masih rendah terus Doktor pakar turun..
Mula2 Doktor suspek denggi..tapi aku tidak cirit birit..sembelit adalah..huhu..terus check jantung..
Pertama kali dalam seumur hidup aku kena check jantung. 3 kali check untuk double confirm..muka mmg cuak gila..macam mana kalau tiba2 ada sakit jantung????
Kali ni adalah masuk air dalam 5 botol ..penat weh..dah lah xleh nak baring..bila baring rasa macam nak pitam..Aku duduk kat katil adalah dekat 6 jam. Nampak je Doktor yang rawat aku terus aku panggil. Terus terang cakap kat Doktor tu aku nak balik sebab penat duduk lama sangat. Doktor pun sengih je dia cakap tidak boleh sebab dia pun ikut arahan Doktor pakar.
Pada pukul 10 malam Dokor cakap aku dah boleh balik. Dia bagi MC 3 hari untuk aku rest lagi. Mula2 masa jumpa dia tanya aku stress ke kat tempat kerja sampai tekanan darah boleh drop. Aku cakap aku stress sebab traffice jam bukan sebab kerja..hahaha..Puchong ke Shah Alam 25KM sahaja. Kalau ikutan dalam 30 minit dah sampai. Tapi di sebabkan kereta banyak dan traffic light berlambak2 dari 30 minit boleh jadi 50 minit ..Silap haribulan boleh cecah 1 jam lebih..Nasib badan la ye..huhu
Alhamdulilah sekarang dah masuk Trimester Kedua kesihatan bertambah baik..dah boleh makan2..tapi kena makan di luar. Kalau makan di rumah memang tak lalu.
Cuma aku nak cakap muntah2 dan tak lalu makan bukan sebab buat2 okey. Doktor sendiri cakap ia sejenis gangguan hormon dan setiap gangguan hormon pada setiap orang adalah berbeza.
Aku pun tak larat nak belakon muntah2 bagai..Sakit perut tau..Silalah hargai pasangan anda okey. Bantu apa2 yang patut kalau pasangan anda mengalami moning sickness yang teruk.
Sila la minum susu untuk janin/bayi dan diri anda sendiri..