Thursday 9 February 2017

7 Restaurants Halal Di Hanoi Vietnam

Assalamulaikum.

Kali kedua datang ke Hanoi Vietnam atas urusan kerja. Di sini Dee nak share restaurants halal di Hanoi Vietnam.

1. Halal food (Zaynab Restaurant) betul-betul bersebelahan Masjid (open:11am-8pm)


Halal food (Zaynab Restaurant 

Menu cendawan+udang+nasi. Rasa ala rasa Malaysia food tau. Set Dee ni 70 ribu dong sahaja. Dalam RM14 sahaja per set. Air dalam 20-25 ribu dong

Zaynab Restaurant siap ada sijil halal lagi. Restaurant yang paling murah.

2. Little India


2nd choice selapas Zaynab Restaurant. More to Indian food seperti biryani/kari/roti nan

3. Khazaana 1992 Indian Restaurant 



 Khazaana 1992 Indian Restaurant 

mostly kat restaurant Indian kitaorg makan biryani dan roti nan. 1 bekas biryani atau nasi boleh makan 2 orang. Kalau perut betul2 kecik boleh makan 3orang. Lepas tu ambik side dish macam udang/daging/kambing/ayam. Lauk pun boleh share 2-3 orang bergantung perut masing2 la.

4. Nan n Kabab



Cantik suasana Nan n Kabab ni tau

 Kabab kambing

Nasi + ayam

5. Tandoor Indian Cuisino

Menu dia lebih kurang sama dengan Little India

6. Juni's Kitchen

Indonesia punya food. Sedap gak. Tapi susah sikit nak cari. Kalau malam suasana kawasan kedai sangat gelap. Betul2 berhadapan dengan kolam air. Hari tu cari menjajau jugak la.

7. Baghdad Restaurant



Antara kedai yang sangat mahal. Satu set dekat 300 ribu dong (RM60) tapi potion sikit. Sesuai untuk makan seorg sahaja.

Lepas makan kitorang selalunya jalan kaki ke hotel. Dalam 3km +/- jarak dari tempat makan ke hotel. So half way jalan tu kitorg minum air tebu. Air tebu diorang rasa macam minum air gula di Klinik Kesihatan. Tapi diorang tak bubuh gula tau. Memang tebu diorang manis tapi kurang rasa tebu seperti di Malaysia.

Sampai sekarang air tebu ni tak habis minum..Dah 4 hari kot dalam mini bar.

No comments:

Post a Comment