Assalamualikum,
Nak share resepi kari ayam yang mudah.
Bahan2
1/2 ayam
4-5 biji bawang merah - ditumbuk
2 biji bawang putih- ditumbuk
1 inci halia-di tumbuk
1 batang batang
1 bunga cengkeh
1 bunga lawang
1 batang serai - di ketuk
2 tbsp rempah kari - bancuh dengan sedikit air untuk jadikan pes
2 tbsp lada kering yang sudah di belender - di campur dengan pes rempah kari (pilihan)
Air ikut paras ayam
Minyak untuk menumis
1/2 cawan low fat susu atau santan
1 biji kentang di potong 4
1 tsb pes asam jawa di campur dengan sedikit air
Cara-cara
1. Panaskan minyak, masukan bahan tumbuk hingga naik bau. Tidak perlu garing
2. Masukan rempah ratus dan serai. Tumis sebentar
3. Masukan pes kari + lada. Tumis hingga pecah minyak. Tak perlu lama2 takut hangus.
4. Masukan ayam dan air. Air ikut paras ayam.
5. Masukan kentang. Masak hingga kentang empuk
6. Masukan air asam jawa
7. Masukan susu low fat atau santan
8. Masukan garam secukup rasa
9. Sedia di hidang
SELAMAT MENCUBA!!!
No comments:
Post a Comment