Sunday, 13 January 2013

Resepi Chocolate Bread Cake


Assalamulaikum w.b.t


Kali nak share resepi chocolate bread cake. Resepi ni Dee ambik dari blog Kak Ita masam manis. Tergerak hati nak buka blog Kak Ita ni bila member cakap presentation gambar semua dalam blog ini sangat cantik. Memang tak sah lagi bila Dee buka je blog Kak Ita, Dee terus jatuh cinta bukan sahaja pada gambar yang di ambik oleh Kak Ita tapi juga cara-cara membuat sesuatu masakan/kek juga di ajar step by step oleh Kak Ita.


Dalam banyak2 resepi Kak Ita, Dee tertarik dengan resepi ni. So, mari kita sama-sama cuba resepi ini. Resepi ini sangat sedap rugi sapa tak cuba...


Bread Cake

By : Chef Khoo See Yew of DIY Home Bread
sumber: Naz Rinn Chan

Bahan A
300 gm tepung high protein
5 gm susu tepung
3 gm bread improver
10 gm serbuk koko

Bahan B
50 gm gula castor/halus
1/2 tsp garam halus
1/2 biji telur
180 gm air sejuk
7.5 gm yis kering
1/2 tsp choc emulco

Bahan C
15 gm butter
15 gm shortening
kismis - ikut suka, tak ada xapa

Cara Uli

Kak Ita guna braed maker. Dee xada bread maker jadi Dee guna tangan. Cara uli Dee guna teknik yang Kak Ita ajar dengan memasukan semua bahan yang telah siap di uli ke dalam plastik. Ramas doh tadi dalam 5 minit.

Cara-cara
  1. Dalam mangkuk masukan Bahan A - gaul sekata guna tangan
  2. Dalam mangkuk lain masukan Bahan B - gaul / kacau sekata guna sudu
  3. Masukan Bahan B yang dah di kacau ke dalam mangkuk Bahan A - gaul / uli hingga jadi doh (doh akan melekit sikit dan jangan tambah tepung)
  4. MasukanBahan C ke dalamdoh tadi - uli lagi hingga semua bahan sekata (adunan tidak melekit pada tangan)
  5. Untuk mendapatkan doh yang elastic, sila rujuk di Cara Uli (di atas)
  6. Keluarkan doh dari plastik dan rehatkan doh dalam mangguk yang di tutup dengan plastik selama 20 minit.
  7. Doh akan naik 2 kali ganda dar saiz asal. Tumbuk doh untuk buang angin 
  8. Letakan kismis jika suka
  9. Doh di buat bulat - bulat sebesar guli dan susun dalam loyang 10 x 10 inch yang telah di lengserkan dengan margarine / butter
  10. Buat sampai habis
  11. Rehatkan doh dalam 10 - 20 minit. Doh akan naik 2 kali ganda dari saiz asal guli.

Note: Sila guna loyang yang tinggi bagi mengelakan adunan kek tertumpah ketika proses membakar. Ini kerana adunan roti tadi boleh mengembang semasa membakar




 Doh yang telah di bulat2kan sebesar guli


French Sponge Cake

By : Chef Alex Goh
Sumber: Buku masakan fruity Cake
Sumber: Azlita masam manis

Bahan A
4 biji telur kuning
20 gm gula castor/halus
1/4 sudu teh esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula castor / halus

Bahan C
110 gm tepung gandum / tepung kek
70 gm minyak masak mazola / masak

Cara-cara
  1. Pukul Bahan A hingga kembang
  2. Dalam bekas lain pukul Bahan B - step dia pukul putih telur dulu hingga berbuih kemudian baru masukan gula. Pukul hingga adunan tadi gebu, jika di terbalikan mangkuk adunan tidak jatuh (di kenali meringue)
  3. Masukan Bahan B yang telah gebu ke dalam Bahan A. Kacau guna kaedah kaup balik hingga adunan rata
  4. Masukan tepung berselang seli dengan minyak mazola / masak mengunakankaedah kaup balik hingga adunan rata.
  5. Bahagikan adunan beberapa bahagian dan warna kan ikut suka (contoh: hijau, biru,pink, cokolat)
  6. Tuang adunan ini ke dalam adunan roti.
  7. Bakar pada suhu 160 C selama 45 minit-1 jam atau masak - Dee guna api atas bawah
Note: Panaskan oven 10 minit awal sebelum di bakar adunan roti + kek


adunan kek dan roti...tuang adunan kek ke dalam adunan roti



Buat corak yang anda suka pada atas adunan kek


 inilah hasilnya...di bawah roti dan di atas kek...sedap sangat...


Selamat Mencuba !!!!!!






Friday, 4 January 2013

Resepi Karemel kek

Assalamualikum...
Hari ni nak share resepi karemel kek...Dee dapat rsepi ni dari Azlita masam manis...mintak halal ye kak azlita...
sumber resepi : Azlita masam manis

Bahan Gula Hangus
2 sudu besar gula hangus
loyang 8 inch

Cara-cara
  1. Tabur dan ratakan gula dlm loyang. Bakar loyang atas api gas secara pelahan
  2. biar gula hancur dan warna gula bertukar perang
  3. sejukan gula - semasa proses ini akan terdengar bunyi mcm kaca pecah
  4. ketepikan
Pengalaman Dee
Pastikan gula tidak terlalu hagus, klu tidak ia kan jd pahit...Dee buat kali ke-3 baru jd...haha..pening kepala di buatnya..

Bahan Karemal

200ml susu cair
70 gm gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Cara-cara
  1. kacau susu cair dan gula hingga gula larut
  2. dalam bekas lain kacau telur dan esen secara pelahan
  3. satukan bhn 1 dan 2 dan kacau lg secara pelahan
  4. kemudian tapis dan masuk ke dlm loyang gula hangus
  5. ketepikan
Bahan Kek

70 gm gula castor
3 biji telur kuning
135 ml air
45 ml minyak masak -dee guna mazola
140 gm tepung gandum
 1 sudu teh baking powder
pewarna pink
pewarna biru
pewarna coklat
Cara-cara
  1. pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu (guna mixer) dan hingga b'tukar ke warna putih
  2. masukan gula dan pukul lagi sampai naik sekali ganda
  3. masukan tepung dan baking powder yang tlh di ayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Guna sepatula secara kaup balik hingga adunan sebati. Kacau pelahan je tau...
  4. ketepikan
Bahan Meringue

6 biji telur putih
70gm gula castor
1 sudu teh krim of tartar

Cara-cara
  1. pukul putih telur hingga berbuih dgn menggunakan mixer
  2. masukan gula dan krim of tatar dan pukul lg dgn m'gunkan speed yang tinggi hingga adunan putih gebu. Jika terbalikan, adunan td x jatuh
Cara campur bahan kek dan meringue : Bahan A
  1. Masukan meringue ke dalam adunan kek sedikit demi sedikit dgn menggunakan kaedah kaup balik dgn menggunkan sepatula.
  2. bahagian kan adunan kepada 3 bhg dan warnakan stp bhg dgn warna yang anda suka. Cth: biru,pink dan coklat. Dee guna pewarna jenis secair.
Cara tuang bahan A ke atas lapisan karemel
  1. Tuang 3 sudu besar coklat ke atas lapisan karemel
  2. Tuang 3 sudu besar biru ke atas lapisan coklat
  3. Tuang 3 sudu besar pink ke atas lapisan biru
  4. ulang step 1,2 dan 3 hingga adunan tinggal 3/4
__________________________________________________

  1. Tuang 2 sudu besar coklat ke atas lapisan pink
  2. Tuang 2 sudu besar biru ke atas lapisan coklat
  3. Tuang 2 sudu besar pink ke atas lapisan biru
____________________________________________________
  1. Tuang 1 sudu besar coklat ke atas lapisan pink
  2. Tuang 1 sudu besar biru ke atas lapisan coklat
  3. Tuang 1 sudu besar pink ke atas lapisan biru
  4. buat hingga adaunan habis
  5. lorekkan atas adunan dgn lidi


rupa kek yang telah di lorek dgn menggunakan lidi. Dee guna loyang 4 segi


kita zoom out  dan tgk rupa kek yang telah di lorek dgn menggunakan lidi

Cara- cara Bakar Kek Karemel
  1. Panaskan oven terlebih dahulu dlm 10 minit. Kak Ita panaskan oven pada suhu 170C. Bila nak masuk kek, Kak Ita turunkan suhu pada 160C dan bakar selama 1 jam menggunakan kaedah Steam Bath dan guna api bawah sahaja. Oven Dee lain pulak seceritanya, xpasti sama ada oven tu baru lg atau mmg di design lebih panas dari oven lain...Dee bakar pada suhu 140C selama 1 jam 15 minit menggunakan kaedah steam bath gak tapi oven Dee xada bakar untuk api bawah je...Terpaksa cara semula manual oven dan cari cara p'bakaran yg sesuai...sbb dah xada pilihan Dee pilih function 'baking'...dlm hati rasa menyesal sbb xtgk function oven dulu sebelum beli..kira nekad ni sbb Kak Ita kata klu guna function api atas dan bwh kek akan jd mampat...
  2. Kaedah Steam Bath
  • tuang air panas dlm loyang saiz lbh 9 inch sbb kita akan masuk loyang kek yang bersaiz 8 inch ke dlm loyang yg berisi air panas ni
  • ltk loyang ni di rak paling bawah dan bakar pada suhu 160C selama 1 jam.
  • jgn buka oven 30minit pertama
  • lepas kek masak biarkan kek ni dlm oven dgn buka sedikit pintu oven shingga kek renggan pd bhg tepi loyang
  • pastu terbalikan kek atas pinggang dan biarkan seketika. ni kerana kek akan turun snd dari loyang...dlm masa yang sama ltk tisu sekeliling pinggan-ngam2 sekeliling kek, jgn bwh kek ye.. supaya masa kita angkat loyang td, gula yg tlh cair akan di serap oleh tisu tadi dan bukan di serap oleh kek...harap maklum ya...
  • bila sejuk simpan dlm sejuk untuk ketahananya dan ia juga sedap dimkn ketika sejuk...
  • maksure tutup kek tu dgn bekas yg sesuai supya rasa kek tidak di ganggu oleh segala macam bau yg ada dlm peti sejuk tu ye...^_^
Pesanan dari Kak Ita
  1. jika guna loyang berpatri, jgn lupa balut dasar loyang dgn kertas aluminium utk elak air msk atau
  2. ltk tapak pd loyang air panas



rupa kek karemel yang telah diterbalikan


ini hasil kek karemel Dee. tak secantik kek karemel yang di hasilkan olah Kak Ita..potong kek pun dah gagal...nampak sangat bukan org seni....yes i'm not...hahaha...



inilah hasil kek karemel dari Kak Ita...sgt cantik..

perbezaan yang ketara antara yang pro dan ada nilai seni berbeza dgn Dee yang kurang nilai seni...hahaha..but Dee dah try but kek karemal dari respi Kak Ita mmg sedap...

Selamat Mencuba!!!!