Sunday, 13 January 2013

Resepi Chocolate Bread Cake


Assalamulaikum w.b.t


Kali nak share resepi chocolate bread cake. Resepi ni Dee ambik dari blog Kak Ita masam manis. Tergerak hati nak buka blog Kak Ita ni bila member cakap presentation gambar semua dalam blog ini sangat cantik. Memang tak sah lagi bila Dee buka je blog Kak Ita, Dee terus jatuh cinta bukan sahaja pada gambar yang di ambik oleh Kak Ita tapi juga cara-cara membuat sesuatu masakan/kek juga di ajar step by step oleh Kak Ita.


Dalam banyak2 resepi Kak Ita, Dee tertarik dengan resepi ni. So, mari kita sama-sama cuba resepi ini. Resepi ini sangat sedap rugi sapa tak cuba...


Bread Cake

By : Chef Khoo See Yew of DIY Home Bread
sumber: Naz Rinn Chan

Bahan A
300 gm tepung high protein
5 gm susu tepung
3 gm bread improver
10 gm serbuk koko

Bahan B
50 gm gula castor/halus
1/2 tsp garam halus
1/2 biji telur
180 gm air sejuk
7.5 gm yis kering
1/2 tsp choc emulco

Bahan C
15 gm butter
15 gm shortening
kismis - ikut suka, tak ada xapa

Cara Uli

Kak Ita guna braed maker. Dee xada bread maker jadi Dee guna tangan. Cara uli Dee guna teknik yang Kak Ita ajar dengan memasukan semua bahan yang telah siap di uli ke dalam plastik. Ramas doh tadi dalam 5 minit.

Cara-cara
  1. Dalam mangkuk masukan Bahan A - gaul sekata guna tangan
  2. Dalam mangkuk lain masukan Bahan B - gaul / kacau sekata guna sudu
  3. Masukan Bahan B yang dah di kacau ke dalam mangkuk Bahan A - gaul / uli hingga jadi doh (doh akan melekit sikit dan jangan tambah tepung)
  4. MasukanBahan C ke dalamdoh tadi - uli lagi hingga semua bahan sekata (adunan tidak melekit pada tangan)
  5. Untuk mendapatkan doh yang elastic, sila rujuk di Cara Uli (di atas)
  6. Keluarkan doh dari plastik dan rehatkan doh dalam mangguk yang di tutup dengan plastik selama 20 minit.
  7. Doh akan naik 2 kali ganda dar saiz asal. Tumbuk doh untuk buang angin 
  8. Letakan kismis jika suka
  9. Doh di buat bulat - bulat sebesar guli dan susun dalam loyang 10 x 10 inch yang telah di lengserkan dengan margarine / butter
  10. Buat sampai habis
  11. Rehatkan doh dalam 10 - 20 minit. Doh akan naik 2 kali ganda dari saiz asal guli.

Note: Sila guna loyang yang tinggi bagi mengelakan adunan kek tertumpah ketika proses membakar. Ini kerana adunan roti tadi boleh mengembang semasa membakar




 Doh yang telah di bulat2kan sebesar guli


French Sponge Cake

By : Chef Alex Goh
Sumber: Buku masakan fruity Cake
Sumber: Azlita masam manis

Bahan A
4 biji telur kuning
20 gm gula castor/halus
1/4 sudu teh esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula castor / halus

Bahan C
110 gm tepung gandum / tepung kek
70 gm minyak masak mazola / masak

Cara-cara
  1. Pukul Bahan A hingga kembang
  2. Dalam bekas lain pukul Bahan B - step dia pukul putih telur dulu hingga berbuih kemudian baru masukan gula. Pukul hingga adunan tadi gebu, jika di terbalikan mangkuk adunan tidak jatuh (di kenali meringue)
  3. Masukan Bahan B yang telah gebu ke dalam Bahan A. Kacau guna kaedah kaup balik hingga adunan rata
  4. Masukan tepung berselang seli dengan minyak mazola / masak mengunakankaedah kaup balik hingga adunan rata.
  5. Bahagikan adunan beberapa bahagian dan warna kan ikut suka (contoh: hijau, biru,pink, cokolat)
  6. Tuang adunan ini ke dalam adunan roti.
  7. Bakar pada suhu 160 C selama 45 minit-1 jam atau masak - Dee guna api atas bawah
Note: Panaskan oven 10 minit awal sebelum di bakar adunan roti + kek


adunan kek dan roti...tuang adunan kek ke dalam adunan roti



Buat corak yang anda suka pada atas adunan kek


 inilah hasilnya...di bawah roti dan di atas kek...sedap sangat...


Selamat Mencuba !!!!!!






No comments:

Post a Comment