Wednesday, 13 November 2013

Betul ke dari bank Maybank???

Assalamualikum,

Pernah tak korang dapat call dari seseorang yang tahu nama penuh kita???? Mesti pernah kan.. Selalunya Dee dapat panggilan dari Hospital swasta dan berkaitan dengan semua jenis insurance. Dee xpernah lagi dapat call dari bank. Takut gak kalau dapat manalah tahu kena tipu. Banyak kes kat luar sana yang dapat call dari bank untuk minta no acct..Pastu check duit dalam acct terus RM 0.

Hari ni Dee dapat call dari Cina guys. Jom kita tgk dialog antara Dee dengan cina gus ini..

Cina guys: Hello boleh cakap dengan Cikgu DZURLIZA?
Dee: Ya, saya. (sambil terfikir, bila masa aku jg cikgu ni???? ni mesti penipu ni)
Cina guys: Nama saya Wing dari bank Maybank. Leh kita cakap sebentar.
Dee: Berkiatan apa ye? Saya tengah Meeting ni.
Cina guys: Hmmm... tengah meeting ye. Kalau macam tu saya call semula la. Petang sikit.
Dee: OK (dlm hati xingin aku nak angkat)

Dari keadaan di atas memang jelas dan nyatalah, mamat ni penipu kan.

Dia panggil Dee dengan gelaran CIKGU.. sah2 Dee bukan cikgu. Sah2 jugak jawatan tu dah 10 tahun lepas aku letak jawatan (cikgu sandaran)... cara dee letak jawatan dari cikgu sandaran ialah dengan melarikan diri  :-) terus dari sekolah selepas 2 minggu memikul tangungjawab itu. Mungkin xminat dan penat. Sapa cakap jadi cikgu senang. leh balik halfday. xada maknanya..balik rumah nak kena tanda buku diorang lagi. Pastu nak fikir lagi macam mana nak handle budak yang nakal dalam kelas/xsiap keja sekolah/xreti baca..huhuhuhu..fikir2 balik baik cabut jadi technician lagi bagus..repair board je..

Berbalik dari cerita atas...please lah dan tolong lah jangan terperdaya bila ada org call atau e-mail yang menyatakan diorang dari bank sekian2.. Lagi-lagi yg minta password korang punya bank atau minta no acct. bank. Kadang2 bank yang xpnh aku simpan duit dalam bank tu pun leh minta kemaskini data melalui e-mail..

Jangan Cari Masalah.....

No comments:

Post a Comment