Rupa kek minyak
Bahan-Bahan
5 biji telur
1 cawan minyak
1 sb ovalette
1/2 cawan gula kastor/halus
1 cawan susu pekat
1 st esen vanilla
2 cawan tepung gandum*
1 st baking powder*
3 jenis pewarna cth: Biru, oren, purple
Tanda * diayak bersama
Cara-cara
1. Panaskan oven 10 minit pada suhu 170C
2. Gris Loyang bersaiz 9x9 inch dengan mentega dan alas dengan kertas minyak
3. Pukul tekur, ovalette dan gula hingga kembang dan gebu. Dengan kelajuan tinggi.
4. Masukan susu pekat manis dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.
5. Masukan minyak dan pukul hingga sebati.
6. Masukan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit. Pukul perlahan hingga adunan sebati.
7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak. Colorkan dengan warna biru, oren dan
purple.
8. Masukan adunan warna biru sebanyak 4 sudu besar di tengah-tengah Loyang diikuti color oren dan
purple.
9. Bakar dalam oven selama 45 minit - 1 jam pada suhu 170C.
10.Lepas kek masak, terbalikan kek ke atas rak kek untuk memastikan kek tak kempis.
Rupa kek yang telah di masuk dalam Loyang
Lepas bakar rupa kek ni sangat cantik. Tapi sebab Dee terlupa nak terbalikan atas rak kek, kek jadi kempis.
sedap...
Potong bentuk 4 segi la pulak. Senang bagi budak2 makan
Untuk order
sms : 012-766 2296
e-mail: d_eza@yahoo.com
No comments:
Post a Comment