Tuesday, 31 December 2013

Baju Kurung Pesak Gantung Part 2

Assalamualikum
Description:
 
Gorgeous Baju Kurung Pahang / Pesak Gantung
Material - Cotton berkualiti dari Vietnam
PERCUMA Penghantaran via Pos Laju
 
OFFER RM 69.00 RM89.00 (Price back to normal)
 
Dee dah beli satu baju PL420. Cantik kainnya. Lagi pun bukan senang nak dapat harga MURAH ni kan. Kalau duduk kat KL kos upah je dah cecah RM40. Belum masuk kos kain + kos minyak nak pergi tempah dan beli kain kan. Bagi Dee sangat berbaloi2 dengan harganya terutama tengah SALE ni kan.
 
Berminat ???
 
Dee ~ 012-7662296
 
Sila e-mail butiran berikut:-
Nama
Alamat pos
Kod baju
Saiz baju
No. telephone
 
 
RM 69
Available Saiz: SS / S / M / L / XL
 
 
RM 69
Available Saiz: SS / S / M / L / XL / XXL
 
 
 
RM 69
Available Saiz: S / M / L

 
RM 69
Available Saiz: S / M / L / XL
 
 
 
RM 69
Available Saiz: M / L

 
RM 69
Available Saiz: SS / S / M / L / XL

 
RM 69
Available Saiz: S / M / L
 
 
 
RM 69
Available Saiz: M / L
 
 
RM 69
Available Saiz: L
 
 RM 69
Available Saiz: M / L

 
RM 69
Available Saiz: SS / S / M / L

 
RM 69
Available Saiz: L

 
RM 69
Available Saiz: M / L

 
RM 69
Available Saiz: SS / S / M / L
 
 
Dee ~ 012-7662296
 
Sila e-mail butiran berikut:-
Nama
Alamat pos
Kod baju
Saiz baju
No. telephone
 

Baju Kurung Pesak Gantung Part 1

Assalamualikum

Description:
 
Gorgeous Baju Kurung Pahang / Pesak Gantung
Material - Cotton berkualiti dari Vietnam
PERCUMA Penghantaran via Pos Laju
 
OFFER RM 59.00 (asal RM89.00) RM 79.00
 
Dee dah beli satu baju PL420. Cantik kainnya. Lagi pun bukan senang nak dapat harga RM59 ni kan. Kalau duduk kat KL kos upah je dah cecah RM40. Belum masuk kos kain + kos minyak nak pergi tempah dan beli kain kan. Bagi Dee sangat berbaloi2 dengan harganya dia terutama tengah SALE ni kan.
 
Berminat ???
 
Dee ~ 012-7662296
d_eza@yahoo.com

Nama
Alamat pos
Kod baju
Saiz baju
No. telephone
 
RM 59
Available saiz : S
 
RM 59
Available saiz : S, M
 
RM 59
Available saiz : SS, M
 

Dee ~ 012-7662296
 
Sila e-mail butiran berikut:-
Nama
Alamat pos
Kod baju
Saiz baju
No. telephone

Monday, 30 December 2013

Tempahan Kek Keju Meleleh

Assalamualikum..
 
Terima kasih kepada kawan lama Dee masa belajar di UiTM yang sudi order kek keju meleleh ni..
 
 Keju yang meleleh-leleh..
 
Perisa cokolat.. feedback dari tuan punya badan kata sedap..Tq Lailatul Niza Mohammad yang sudi order

Nak posing sangat si kecik ni..xmandi lagi

Buat untuk makan2

Senarai Harga Produk Shaklee


LESS 15-20% untuk harga ahli Shaklee. Berminat boleh e-mail ke d_eza@yahoo.com
 

Wednesday, 25 December 2013

Resepi Kek Keju Meleleh

Assalamualikum..

Sekarang tgh hot kek keju meleleh kan...Dee pun try buat ambik resepi dari group masakan.  Alhamdulilah tidak mengecewakan. Sedap sangat..

Rupa kek cheese meleleh...yummmmiiii.......
 
Resepi kek

Bahan-bahan

4 biji telur (A)
1 1/2 cawan gula castor- klu xnak manis letak 1 1/3 cawan
1 sb ovallete
3 sb susu pekat manis
2 cawan tepung hong kong*
2 sb tepung jagung*
1 sb baking powder
1/2 cawan air
1 cawan minyak jagung
2 sk emulco coklat/strawberi/dll
1 penutup pewarna

* diayak

Cara-cara
  1. Panaskan oven 160C selama 20 minit
  2. Gris Loyang 8*8 dengan kertas minyak
  3. Pukul telur + ovallete + gula + dan susu hingga kembang
  4. Masukan tepung hong kong + tepung jagung dan baking powder. Putar hingga sebati
  5. Masukkan air kacau sebati.
  6. Masukan perwarna dan emulco coklat/strawberi/ dll - kacau sebati
  7. Masukkan minyak kacau sebati.
  8. Masukkan adunan dalam Loyang tadi. Bakar selama 40-1 jam pada suhu 160C
  9. Cucuk tengah kek dengan lidi. Kalau lidi tadi basah, bakar lagi 5-10 minit atau hingga kek masak.
  10. Sejukkan kek.

Perhatian.
  1. Jangan buka 35 minit pertama semasa bakar kek. Ia akan membantutkan kenaikan kek.
  2. Jangang kerap buka pintu oven walupan selepas 35 minit pertama sudah berlalu
  3. Rujukan suhu oven 160C adalah untuk oven Rubine.

Resepi Cream Cheese

Bahan-bahan

250 gm cream cheese (tatura/philadelphia)
1/2 cawan susu pekat manis -klu xnk manis letak 1/3 cawan
1 cawan susu fullcream
1 sk esen vanilla

Cara-cara
  1. Putar semua bahan sampai tak berketul. Adunan memang cair. Kalau xnk cair boleh kurangkan susu fullcream-agak2 ye nak cair macam mana ye.
Hiasan
  1. Parutan cheese chedaar

Cara Hias
  1. Potong kek kepada 2 bahagian.
  2. Letak bahagian pertama kek di atas papan kek
  3. curah cream cheese atas lapisan pertama kek-agak2 ye
  4. Letak lapisan ke dua kek di atas cream cheese tadi
  5. Curah balance cream cheese pada keseluryhan kek

Selamat mencuba
 
Dee juga mengambil tempahan untuk kek keju meleleh ni. Sebarangan pertanyaan boleh sms 012-766 2296 atau email d_eza@yahoo.com
 
Harga sama untuk perisa vanilla / strawberi / coklat
 
Harga:
 
8*8 inci RM 80
 
RM20

RM 10
 
COD at Bandar Bukit Puchong 1
 
Dee ~ 012-766 2296
 

Gejala kekurangan nutrisi Zat Omega-3

Antara gejala kekurangan zat Omega-3
  1. Mudah lupa...lemah daya ingatan
  2. masalah jantung, kadar kolestrol jahat tinggi
  3. masalah kesuburan
  4. kulit kering, pudar, tak berseri, eczema.
  5. mudah letih..
  6. tahap imuniti rendah, mudah demam, batuk, asna >> tekanan perasaan tak terkawal :-(
  7. peredaran darah tak lancer Ohhh..banyaknya..xsanggup teman..(ikan salmon kaya dengan omega 3)



Untuk Order 
Dee ~ 012-766 2296
d_eza@yahoo.com
 
Untuk Beli Sendiri
ID Shaklee ~ 1080536 (Dzurliza ahmad)
A-3A-02, Empire Tower, Empire Subang, Jalan SS16/1, 47500 subang Jaya, Selangor.
03-5622 3188
sila email nama, e-mail untuk jadual permakanan yang betul ke d_eza@yahoo.com

 

Tuesday, 24 December 2013

8 Makanan Anda Perlu Elak Dalam Diet Anda

Info ringkas 8 makanan yang perlu anda elak:
 
Soft Drinks / Air bergas
  1. kafein yang tinggi - menyebabkan kebergantungan dan addiction terhadap air bergas
 
Minuman di kedai kopi
  1. mengandungi creamer, gula dan penambah perisa yang lain
 
Produk kaya tepung
  1. elak roti putih dan produk mengandungi tepung yang diperkaya (tepung yang di 'bleached'-hilang khasiat).
  2. Amalkan roti penuh gandum dan pasta
 
Roti / kek / dll
  1. Mengandungi tepung yang diperkaya gula dan lemak tepu tinggi
  2. Sila check lebel makan samada mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjerin atau tidak
  3. Jika ada tertulis 'tanpa lemak tepu' pada lebel makanan, periksa kandungan makanan tersebut.

 
Makanan / minuman segera (instant)
  1. Makanan segera mempunyai kandungan gula dan cremer yang tinggi
  2. Minuman segera mengandungi gula dan cremer yang tinggi
  3. Pengambilan makanan dan minuman ini, anda tidak boleh mengawal kandungan gula, garam dan krimmer dalam tubuh badan dalam jangka masa panjang.
  4. Jarang mempunyai vitamin dan mineral yang di perlukan oleh tubuh cth: buger dan French fries - hadkan pengambilan 1-2 kali sebulan
 
 
 
Makanan dalam tin
  1. Mengandungi perisa tambahan yang sangat tinggi seperti gula dan garam
 
Makanan bergoreng
  1. Mengandungi kalori tersembunyi
  2. Sesetengah restoran menggunakan lemak tepu, atau di goreng dengan mentega atau telur yang banyak.
 
Snek buah
  1. Walaupun sesetengah jenama snek menambah vitamin dan mineral yang di perlukan dalam tubuh badan, snek sepert ini juga mengandungi gula dan perisa tambahan
  2. Pilihlah makanan semulajadi dan segar daripada makanan yang diproses.
 
sumber:kevinzahri

Tip yang berguna kan. Jom amalkan permakanan yang sihat dan diet yang seimbang.

Tuesday, 17 December 2013

Resepi Kek Black and white russian

Assalamualikum..
Tanggal 12.12.2013 merupakan harijadi En. Suami. Dee teringin sangat nak buat kek black and white Russian. Nampak macam mudah tapi susah rupanaya. Patutlah orang jual kek mahal, dengan cost bahan + masa + emosi
Untuk resepi kek coklat, dee guna resepi yang dee selalu buat. Banyak kek coklat yang versi kukus, tp dee x confident nak kukus..sbb dee fail bila mengukus..resepi ni dee ambik dari kwn dee.
Resepi Kek Coklat Moist
 
Bahan-bahan
 
170 buttercup / mentega planta / mentega daisy
340 gm gula halus (dee guna 320gm je - kalau xada gula halus sila blender bagi halus ye)
3 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla
225 gm tepung gandum (di jemur / di sangan *
60 gm serbuk koko (van houten / dee selalu guna serbuk koko dari Bagus)*
1 1/2 sudu teh serbuk pernaik*
1 sudu teh soda bikarbonat*
170 ml air
 
* - diayak
 
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 160C selama 20 minit. Suhu ni rendah tau, jadi untuk pastikan oven panas sekata jadi dee panaskan selama 20 minit. Kalau dee buat 10 minit, selalunya kek dee xjadi. Dee pakai oven brand Rubine-take nota bagi pengguna oven rubine.
  2. sediakan loyang 7 inci dan gris dengan mentega + tepung atau mentega + kertas minyak
  3. Pukul buttercup/mentega & gula hingga kembang - anggaran dalam 20minit jika guna pemutar yang biasa tu. Gula tidak berapa hancur pada masa ini. Rasa berketul2.
  4. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati - anggaran 5-10minit bagi 3 biji telur tu ye. Pastikan rasa adunan tadi dengan memastikan gula telah cair/larut dalam adunan. Kalau tidak kek tak jadi ye dear.
  5. Masukkan esen vanilla. Kacau rata.
  6. Masukkan serbuk koko dulu ye. Kacau sebati guna spatula je.
  7. Masukan tepung + soda bikarbonat + serbuk penaik secara sedikit demi sedikit. Guna spatula je. Kacau sebati. Pada masa ini adunan agak likat sedikit.
  8. Masukkan air dan kacau sebati.
  9. Masukan dalam loyang
  10. Masukkan dalam oven
  11. Masak selama 45-1 jam.
  12. Cucuk dengan lidi untuk pastikan kek dah masak atau tak. Bila keluarkan lidi, lidi kering maksudnya kek dah masak atau sebaliknya.
  13. Kalau nak letak coklat ganche pastikan kek dah sejuk ye.
 
Kek Cokat
 
Kirim Keju Moca
 
sumber: masam manis
 
Bahan A
 
12 gm halal gelatin
60 gm air
 
Bahan B
 
400 gm krim keju
2 sudu the nescafe 3 in 1
60 gm gula icing
 
Bahan C
 
300 gm krim putar bukan tenusu
 
Cara-cara
  1. Taburkan gelatin perlahan-lahan di atas air tadi. Biarkan semua gelatin kembang anggaran dalam 10 minit. Guna kaedah double boiler sperti gambar di bawah. Biarkan sejuk sebentar.  
  2. Satukan bahan B dalam satu bekas. Pukul hingga lembut dan sebati. Masukan gelatin yang telah cair.  
  3. Dalam bekas lain pukul bahan C hingga kental. Anggaran dalam 5 minit 
  4. Masukan kirim putar ke dalam bekas krim keju. Kuap balik hingga bergaul sempurna.
  5. Masukan dalam piping bag dan masukan dalam peti sejuk

Resepi coklat ganache.

Sumber: masam manis

Bahan A

250 ml krim tenusu
40 gm sirap glukos


Bahan B
400 gm coklat masakan gelap (dark cokjlat) ~ di cincang halus
30 gm mentega
1 sdb pes hazelnut ~ Dee xletak

Cara-cara

  1. Satukan kirim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk.
  2. Tuang kirim panas dalm bekas yang berisi coklat gelap dan biarkan cokalat mencair sambil gaul rata.
  3. Masukan mentega dan kacau sebati.
  4. Boleh tambahkan pes hazelnut jika suka.
  5. Sejukkan.
  6. Masukkan dalm piping bag dan sejukan dalam peti sejuk.

 
Coklat ganache dan krim keju yang telah tersedia di dalam piping bag. Simpan dalam peti sejuk sekejap. Kalu masa nak guna telah beku, biarkan sekejap pada suhu bilik.
 
 
Sirap Nescafe
 
Bahan-Bahan
1sdb Nescafe 3in1
1/4 cawan air suam
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan dan kacau rata.
Note:- Dee tertinggal part ni masa buat kek hari tu. Tujuan sirap nescafe adalah untuk melembabkan kek. Di sapu atas kek sebelum letak Coklat ganache dan krim keju.
 
Cara hias kek ~
  1. Sediakan kek pada lapisan pertama
  2. Letak kirim keju dan coklat ganache secara serong dan berselang seli. Nampak tak krim keju tu terputus2 di tengah jalan..huhu..Ia beku sgt sampai susuh nak kuar dari piping beg. Kalau rasa coklat ganache meleleh masa ni, masukan dalam peti sejuk sebentar. Anggaran 5-10 minit. 
  3. Ulang proses untuk lapisan ke dua. Kali ni lapisan kirim keju dan coklat ganache opposite dengan di bawah.
  4. Nampak x perbezaan kirm keju di atas dan coklat ganache di bawah
  5. letak lapisan ke-3
 
Kek tadi di salut dengan kirim keju seperti di atas. Sejukan dalm peti sejuk. Anggaran 15-30minit.
 
Akhir sekali curah coklat ganache atas kek yang telah di salut krim keju. Biarkan beku dan hias.

Tuan punya kek sedang potong kek
 
 
Rupa Kek Black and white Russian . Cantikan.... 
 

Lebih adunan kek dee ltk dlm cup cake
 
 
 
 
Kalau xletak coklat ganache, kek coklat ini dah cukup moist jugak..
SELAMAT mencuba..