Monday 17 February 2014

Resepi Kek Coklat Tanpa Telur

Assalamualikum semua,

Hari ni Dee nak share satu resepi kek coklat tanpa telur. Resepi ni ada banyak di blog2 tapi Dee takut nak cuba. Bayangkan TANPA telur. Jadi ke tak kek aku nati..pekara itu yg terbayang2 di kepala..Karang membazir pulak kalu tak jadi kan..
 
So, Dee try resepi ni dan alhamdulilah jadi.. Dee ambik dari dayangjack. Cuma ia xsemanis kek coklat yang lain. Maybe ia guna perang dan untuk rasa seimbang Dee letak coklat ganache. Di sebabkan ia xmanis so sgt sesuai la di mkn oleh penghidap kencing manis tapi awas walaupun  xmanis ia tidak boleh di makan dengan kuantiti yang banyak kerana tepung mengandungi kabohidrat yang tinggi sama seperti nasi..
 
Super Moist Eggless Chocolate Cake
 
Bahan-bahan2 (Loyang 7inci - tapi Dee guna cupcake saiz sederhana dapat dlm 13 pcs)
 
1 cwn tepung gandum*
1 sudu kecik baking powder*
1/2 sudu kecik soda bikarbonat*
1/2 cwn serbuk koko (DJ guna cap kajang, Dee guna cap bagus)*
2 sudu besar susu tepung*
1 1/4 cwn air sejuk (dari peti ais)
1 cwn gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu coffee emulco atau chocolate emulco - dee guna chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak jagung
1 sudu kecil cuka atau jus lemon-dee guna cuka
 
* di ayak
 
Cara-cara
 
  1. Panaskan oven pada suhu 160C-15-20minit. Sediakan Loyang kek, griskan dengan mentega. Dee guna paper cup.
  2. Masukan bahan diayak dan gula perang dalam satu bekas. Kemudian kacau rata2.
  3. Masukkan air sejuk, minyak jagung, esen vanilla dan emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk sehingga tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukan cuka dan jus lemon. Kacau sebati.
  5. Tuang dalam Loyang. Dee masukan dalam paper cup agak 3/4 adunan.
  6. Bakar 30-45 minit atau hingga masak.
  7. Sejukan kek.
 
Coklat Ganache
 
175 gm coklat compound - Dee guna Bery's
2 sb susu pekat
1/2 cwn air/susu segar/susu cair-dee guna air
1/2 sudu besar mentega
 
Cara-cara
 
  1. Masukan air/susu segar/susu cair dan susu pekat dalam bekas. Buat secara double boiler
  2. Agak2 dah mendidih masukan coklat compound yg tlh di potong kecik2. Kacau hingga coklat cair.
  3. Tutup api dan masukan mentega. Kacau rata
  4. Sediakan di gunakan.

 
Selamat Mencuba!!!!

No comments:

Post a Comment