Tuesday, 30 September 2014

Baju Kurung Pahang / Pesak Gantung Batch 3

Baju Kurung Pahang / Pesak Gantung 
Harga: RM 89.00
Material - Cotton berkualiti dari Vietnam
PERCUMA penghantaran - Pos Laju

Untuk pembelian: SMS / Whatsap : 019-326 3570

Boleh lawat serta Like kami di Dzara.com

























Wednesday, 17 September 2014

Resepi Donut Gebu dan Lembut Bila Sejuk

Masih tercari2 resepi donut yang gebu dan lembut walaupun dah sejuk. Banyak kali jugakah Dee cuba resepi donut ni. Orang lain buat kata sedap, tapi bila Dee buat tak seperti yang Dee harapkan. Tak tahu mana silapnya. Kalau tak cukup uli pun boleh jadi tak gebu. Kalau api terlalu perlahan donut boleh jadi berminyak. Macam2 lagi kalau kita buat tak betul donut tak akan jadi,



Percubaan demi percubaan di lakukan, akhirnya inlah resepi yang terbaik dan Dee rasa patut share resepi ni kat blog Dee ini. Resepi ini Dee ambik dalam group masakan di facebook tapi tak ingat siapa yang share. Kalau diri empunya resepi ternampak resepi ni, Dee nak ucapkan banyak2 terima kasih sebab sudi share resepi yang terbaik ni.

Jom kita buat sendiri!!!


Resepi Donut Gebu dan Lembut (30-40pcs bergantung pada saiz)

Bahan-bahan

4 cawan tepung gandum + Dee (extra)tambah lagi 2-3 cawan tepung gandum, masa uli baru tahu berapa perlu tambah
1 pek yis kering
2 sb susu pekat manis
1 senduk majerin - Dee guna 1/2 senduk - Dee guna planta
4 sb gula pasir
1 cawan air suam
1/2 cawan air masak
1 biji telur A

Cara-cara

  1. Masukan yis + gula dalam air suam. Larutkan gula dan biar sehingga yis berbuih
  2. Dalam bekas lain masukan tepung + majerin + susu pekat manis. Gaul sekata hingga adunan berketul2.
  3. Masukan telur. Gaul sekata.
  4. Masukan yis yang telah berbuih dalam adunan tepung. Gaul rata. 
  5. Tuang 1/2 cawan air dalam adunan. Gaul rata, adunan memang sangat lembik. 
  6. Masuk tepung extra hingga adunan tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras. Agak2 ia tidak melekat sangat kat tangan, tapi ia melekat sikit2 kat tangan (huhu,,susah nya nak mebayangkanya)
  7. Uli selama 1 jam. Memang jenuh la, Dee uli 15-20 minit je sebab Dee ni kurang sabar sikit orangnya.
  8. Rehat kan hingga adunan naik 2x ganda. Agak2 30-1 jam
  9. Tumbuk doh untuk buang angin dan uli lagi 30 minit. Dee uli 5 minit je. Nampak sangat Dee ni malas kan.
  10. Terap adunan untuk bentukan donut. Kalau doh melekat tambah tepung kat tangan bukan tambah dalam adunan ye. Buat sampai habis. Pastikan alas doh dengan tepung supaya kita senang nak angkat masa goreng dan donut kembang dengan cantik
  11. Bila doh dah naik 1 kali ganda boleh di goreng dengan minyak yang banyak dan panas dan jugak denga api sederhana. Bukan api kecik dan bukan api besar. Api sedarhana ye cik puan.
  12. Siap. Boleh di hidang dengan gula atau dengan coklat masakan. 


Topping Coklat
200 gm coklat masakan
1 sudu kecik majerin - dee guna planta

Cairkan coklat masakan secara double boiler. Kacau hingga cair. Tutup api dan masukan majerin. Kacau rata. Siap di gunakan sebagai topping donut. Ala2 big apple gituu..



 Jangan jelous. Donut Dee gebussss

 Nampak tak ronggo di dalamya.Texture yang Dee cari selama ini. Di salut dengan gula halus.

 Di salut dengan cokalat dan di hias ikut apa yang ada kat dapur


Tea Time !!!!

Tuesday, 16 September 2014

Jubah Ayraa Mesra Nursing and Wudhu'

Material Lycra Berkualiti
RM 99
PERCUMA pos seluruh Malaysaia
Nursing friendly dengan exclusive 4 zip
2 zip di tangan untuk mudah wudhu'
2 zip untuk nursing
Butang di tangan menambag seri
Warna sedikit berbeza di sebabkan pencahayaan
~ Serious Buyer Only~
Booking 24 jam sahaja
Pertanya saiz sila sms/whatsaap ==>> 019-3263570
FB ==>> Dzara.com















Saturday, 13 September 2014

Resepi Cream Puff Yang Lembut Lepas Sejuk




Ingat lagi tak, Dulu Dee pernah share resepi cream puff. Kesedapannya masih teringat2 kan. Terasa nikmat bila makan masa sejuk.

Baru2 ni Dee di jemput datang ke rumah rakan Sekolah Menengah untuk sarapan pagi. Jarang orang buat makan2 pada awal pagi. Tapi Dee rasa ok gak. Lama sikit boleh borak2 tanya khabar. Cuma leceh nak siapkan bdk2 je lah.

Masa tgh ambik makanan yang terhidang, Dee terus nampak cream puff dan rembat. Orang lain makan nasi, Dee makan dessert dulu. Dee memang pantang nampak dessert memang wajib cuba dulu. Wah,,,walaupun dah sejuk tapi ia still lembut. Wajib mintak resepi dan cuba.

So, kawan Dee cakap dia ambik resepi cream puff di SINI

Resepi Cream Puff (20-25 biji bergantung pada saiz)

Bahan-bahan

125gm butter
1 cawan (250ml) air - Dee buat 1/2 cwn air + 1/2 cwn susu segar
150 gm tepung gandum
1sk garam
4 biji telur A - dipecahkan dan di pukul dengan garfu
1 sk esen vanilla

Cara-cara
  1. Satukan air dan butter dalam periuk. Panaskan guna apa sederhana hingga mendidih
  2. Masuk tepung dan garam dalam periuk. Kacau laju2 hingga sebati. Tutup api. Jangan lama sangat kat melekat kat dasar dan tepi periuk.
  3. Masuk dalam mixing bowl dan putar pada kelajuan sedaerhana hingga adunan jadi suam
  4. Masukan telur ke dalam mixing bowl sebanyak 4 peringkat. Putar sebati
  5. Masukan esen vanilla. Putar sebati hingga adunan nampak pekat dan berkilat
  6. Panaskan oven 200C. Dee guna 180C api atas dan bawah
  7. Alas dulang dengan butter/alum.foil. Tapi klu guna alum.foil Dee rasa still kena letak butter. Dee xletak butter dan adunan melekat kat alum,foil.
  8. Masukan adunan dalam piping beg dengan guna corak bintang /klu xada corak bintang just potong depan piping bag/sudukan sahaja atas loyang.
  9. Renjis/Spray air ke atas puff, supaya puff naik cantik
  10. Bakar selama 20-25 minit hingga masak kekuningan
  11. Puff berongga untuk letak inti kastard


* Dee punya puff memang naik cantik dalam oven tapi lepas keluarkan oven terus kempis tapi still ada rongga. Tapi ada juga puff yang still maintain kecantikan bila dah sejuk. Pada pendapat Dee cara bentukan puff sebelum bakar amat penting untuk dapatakan bentuk puff yang cantik. Kalau masih tak berjaya cuba lagi dan cuba lagi hingga berjaya. Macam Dee pun kena cuba lagi. huhu..

Resepi Kastard

Bahan-bahan

2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar
2 sudu besar mentega
2 sudu kecik esen vanilla

Cara-cara
  1. Satukan tepung kastard, gula dan susu dalam periuk. Guna api perlahan. Kacau hingga likat
  2. Padamkan api
  3. masukan mentega dan esen vanilla. Kacau sebati
  4. Tunngu sejuk dan masukan dalam piping beg untuk mudah di masukan dalam rongga puff


Penyediaan Cream Puff

  1. Buang lubang kecil puff guna sudu
  2. Paipkan kastard ke dalam rongga puff
  3. Buat sampai habis
  4. Hias dengan gula aising
  5. Siap


Di sebabkan puff Dee kempis, Dee telah cantumkan dua Puff dan letak inti Kastard di tengah2 nya. Creative bukan.


Friday, 12 September 2014

Jubah Cempaka II On Sale

SALE...SALE!!!
Sekarang RM 59.00
Retail RM 89.00

Jubah Cempaka
Material Cotton Berkualiti
Ada zip di belakang
PERCUMA Pos seluruh Malaysia
Warna berbeza di sebabkan pencahyaan
~ Serious Buyer Only ~
Booking 24 jam sahaja
Whatsaap -> 019-326 3570