Wednesday, 10 September 2014

Penjimatan Tenaga Dengan ESD??? Berkesan ke???

Kalau kita pergi pasaraya, kita mesti pernah ternampak orang jual ESD yang katanya boleh menjimatkan tenaga elektrik. Kalau kita kurang cerdik kita mesti nak beli kan. Dengar perkatan JIMAT je dah buat kita CAIR untuk membelinya. 

Tahukah anda apa itu ESD??? ESD (Electrotatic Discharge)adalah arus elektrik yang bersifat sementara dan tiba-tiba yang mengalir di antara dua objek pada potensial yang bebeda. Tiba ku cakap dalam bahasia Indonesia yaa...Sorry lah dee jumpa ESD in English tapi malah nak translate jadi Dee terus ambik je dari TanyaPedia.

Nak senang Dee share keratan/risalah dari Suruhanjaya Tenaga apa itu ESD. Dalam risalah ini di terangkan lantar belakang, prinsip elektrik dan keberkesanan ESD, Perlukan pengguna domestik memasang ESD dan Cara meningkatkan kecekapkan dan penjimatan tenaga. Baca jangan tak baca info2 yang berguna macam ni.




Kalau kita baca artikel di atas, ramai pengguna yang mendawa tidak puas hati sbb ia tidak mendatangkan sebarang penjimatan. Hmmm.. Silalah tanya dengan orang yang lebih arif dulu ye. Sebab cost nak beli ESD pun dah mahal.



Sistem ini telah di kaji oleh Suruhanjaya Tenaga bersama SIRIM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, TNB, FOMCA.

Komponen utama ESD ini adalah kapasitor yang bersifat boleh meningkatkan faktor kuasa (power factor) iaitu nisbah kuasa sebenar (kW) berbanding dengan kuasa ketara (kVA) yang diukur pada punca bekalan utiliti di premis pengguna.

Hasil kajian tidak menunjukan perbezaan bacaan meter pengguna.

Semasa membuat demonstrasi ESD kepada pengguna, jurujual hanya menunjuk perbandingan kadar arus elektrik (current) yang menjadi lebih rendah apabila ESD dipasang berbanding kadar sebelum dipasang dengan ESD pada beban yang sama.

Suruhanjaya Tenaga (ST) ingin mengingatkan bahawa perbandingan ini adalah tidak wajar bagi membuktikan penjimatan tenaga. Ini kerana penggunaan elektrik diukur oleh pihak utiliti berdasarkan KILOWATT-JAM (kWj) penggunaan.

ESD boleh mengurangkan kadar arus (current) dan meningkatkan faktor kuasa (power factor) tetapi tidak mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.

Jika dapat kurang dengan penggunaan ESD ini, nilainya teramat KECIL.



Ingatan dari ST

Perlukah ESD di rumah kita?



Apa yang ST buat untuk membantu pengguna menjimatkan tenaga elektrik?

Pernah tengok logo ni di bahagian elektrik tak? Ke tak perasan. Kalau perasan pun tak tahu apa fungsinya kan. Ini lah logo penggunaan tenaga.

Bermula pertengahan tahun ini ST telah menetapkan 5 barang elektrik yang perlu di uji penggunaan tenaganya.

1. Peti Sejuk
2. Air Con
3. Kipas
4. TV
5. Lampu

Mesti korang tak tahu kan. Kalau Dee tanya makcik Dee pun apa maksud logo ni pun dia xtahu apa fungsi-nya. klu Dee tanya mengapa pilih 2 star, dia cuma cakap sebab ia murah. Itulah rakyat Malaysia. Nak murah je. Pastu nak jimat..sob..sob..sob..

Rating pengunaan tenaga ni dari 1 star hingga 5 star. Yang paling bagus 5 star sebab ia paling jimat. So, kalau 4 star kurang sikit jimatnya. Tapi kalau dapat 1 star semasa ujian, model/produk itu tidak boleh di jual di Malaysia. Harap maklum ye. Yang paling rendah 2 star. Sila ambik tahu ye, ia hak anda sebagai pengguna yang bijak.

Apa yang boleh anda lakukan untuk jimatkan tenaga elektrik?



1. Tutup atau matikan suis lampu yang tidak di gunakan
2. Beli kelengkapan elektrik yang telah di uji kecekapan tenaga-nya
3. Guna sumber tenaga semulajadi.



Info penuh dari ST

Badan mana yang menguji kecekapan tenaga ni?

SIRIM QAS International yang di pertanggungjawab untuk melaksankan pengujian ini. Beralamat Seksyen 2 dan Seksyen 16 di Shah Alam.

No comments:

Post a Comment