Wednesday, 10 September 2014

Penapis Air

Sekarang ni kalau tak ada penapis air kat rumah macam tak lau je nak minum air yang direct dari paip walaupun dah masak. Hmmm bila dah pakai penapis air ni kita boleh lah nampak setiap hari warna pada penapis bertukar dari putih hingga coklat kehitaman. Memang tak lalu..

So, kat sini Dee nak kenalkan dua jenis penapis air yang Dee jual iaitu Beyond Water (Zhulian) dan Nano Nature Water Filtration System (Tupperware). Zhulian dan Tupperware antara dua jenama yang telah lama berada di pasaran.


Beyond Water - Produk keluaran Zhulian. RM 3453.00
(Tidak termasuk kos penghantaran, Kawasan penghantaran di area Kuala Lumpur/Putrajaya/Shah Alam dan ikut masa Dee free)



Nano Nature Water Filtration System - Tupperware RM 2750.00 
(Tidak termasuk kos penghantaran, Kawasan penghantaran di area Kuala Lumpur/Putrajaya/Shah Alam dan ikut masa Dee free)

Kedua-dua produk ni perlu ada maintenance service di mana pada satu tahap tank dan filter cartridge perlu di tukar. Yelah macam kereta gak kan. Perlu maintanance service, kalau tak buat maka tak perform la kereta tu tersebut.

Bagi Dee ia investment untuk kesihatan bagi jangka panjang malah ia bukan untuk kita sahaja tapi untuk satu keluarga kita. Perlu atau tak penapis air ni tepuk dada tanya selera la kan.

Untuk pertanyaan boleh hubungi Dee sms/whatsaap sahaja: 019-326 3570



 Mengapa Dee pilih Beyond Water Zhulian

Rupa bentuk Beyond Water. Agak besar jugaklah. Sebelum buat kitchen cabinet, kitorg dah plan nak letak bawah sinki. So, xada la semak kat ada table top kan.

Zhulian

Antara yang terkandung dalam Beyond water

Tested by SIRIM QAS International

Kad Waranti

Sebelum buat table top kitorg cakap dengan contractor nak buat satu lubang khas untuk penapis air. So, nampak proper sikit kan. Rumah kecik, jadi dapur pun kecik so kena plan baik2 supaya boleh guna ruang sebaiknya.


Macam ni lah keadaan-nya. Penapis air sebelah sinki. Lebih practical kalau buat macam ni kan.

Mengapa Dee pilih Beyond water dari Zhulian ni? Pertama-nya sebabnya Dee ahli Zhulian. Awal2 dulu jadi ahli Zhulian sebab nak beli kerongsang (brooch). Cantik2 design dia dan yang penting tahan lama. Sekarang dah pakai hampir 1 tahun lebih brooch zhulian, masih lagi cantik. Suka sangat. Dee bagi 5 bintang untuk brooch Zhulian ni.

Lepas tu dee jadi ahli tupperware. Sebelum ni mmg pnh jadi ahli tupperware tapi orang atas Dee kurang beri info berguna kat Dee. So Dee tak tahu kelebihan jadi ahli tupperware. Sekarang Dee daftar dengan org lain. Alhamdulilah dia beri tunjuk ajar. Dee masuk tupperware sebab nak beli bekas makanan. Selain cantik, ianya sangat berkualiti. 5 Star untuk tupperware. 

Dah beli beyond water dari Zhulian, tak ada lah nak beli penapis air dari tupperware. Maybe kalau ada rumah satu lagi (mood berangan) boleh di fikir2 kan la utk beli. 

Tapi Dee xada la nak polon gila2 bisness Zhulian dan tupperware ni. Dee biasa2 je. Kalau benda tu bagus, Dee akan share.

Sebelum ni Dee pernah guna penapis air Dr. Sukida. Yang Chef Wan punya tu. Lepas setahun pakai Dee nak tukar filter cartridge. Tapi orang yang promote kat Dee tu senyap je dan lost contact jadi Dee xtahu nak tukar kat mana. Lepas tu husband Dee beli Dr. Al-Jabbar.Masa tu tengah offer RM500. Murah giler, apa lagi terus rembat. Isu yang sama pun belaku bila nak tukar filter cartridge. Bila husband Dee google nak cari info pasal Dr. Al-JAbbar husband Dee terjumpa info yang menyatakan Dr.Al- Jabbar dah di tutup.

Mana2 penapis air yang ada di pasaran semua OK. Terpulang nak pilih brand yang mana. Yang penting kat mana kita nak cari filter cartridge bila dah tiba masanya. Macam Zhulian dan tupperware, ia ada di semua negeri. So. tak susah sangat bila nak cari. Siapa yang berminat boleh sms/whatsap Dee ye 019-3263570

1 comment: