Saturday 13 September 2014

Resepi Cream Puff Yang Lembut Lepas Sejuk




Ingat lagi tak, Dulu Dee pernah share resepi cream puff. Kesedapannya masih teringat2 kan. Terasa nikmat bila makan masa sejuk.

Baru2 ni Dee di jemput datang ke rumah rakan Sekolah Menengah untuk sarapan pagi. Jarang orang buat makan2 pada awal pagi. Tapi Dee rasa ok gak. Lama sikit boleh borak2 tanya khabar. Cuma leceh nak siapkan bdk2 je lah.

Masa tgh ambik makanan yang terhidang, Dee terus nampak cream puff dan rembat. Orang lain makan nasi, Dee makan dessert dulu. Dee memang pantang nampak dessert memang wajib cuba dulu. Wah,,,walaupun dah sejuk tapi ia still lembut. Wajib mintak resepi dan cuba.

So, kawan Dee cakap dia ambik resepi cream puff di SINI

Resepi Cream Puff (20-25 biji bergantung pada saiz)

Bahan-bahan

125gm butter
1 cawan (250ml) air - Dee buat 1/2 cwn air + 1/2 cwn susu segar
150 gm tepung gandum
1sk garam
4 biji telur A - dipecahkan dan di pukul dengan garfu
1 sk esen vanilla

Cara-cara
  1. Satukan air dan butter dalam periuk. Panaskan guna apa sederhana hingga mendidih
  2. Masuk tepung dan garam dalam periuk. Kacau laju2 hingga sebati. Tutup api. Jangan lama sangat kat melekat kat dasar dan tepi periuk.
  3. Masuk dalam mixing bowl dan putar pada kelajuan sedaerhana hingga adunan jadi suam
  4. Masukan telur ke dalam mixing bowl sebanyak 4 peringkat. Putar sebati
  5. Masukan esen vanilla. Putar sebati hingga adunan nampak pekat dan berkilat
  6. Panaskan oven 200C. Dee guna 180C api atas dan bawah
  7. Alas dulang dengan butter/alum.foil. Tapi klu guna alum.foil Dee rasa still kena letak butter. Dee xletak butter dan adunan melekat kat alum,foil.
  8. Masukan adunan dalam piping beg dengan guna corak bintang /klu xada corak bintang just potong depan piping bag/sudukan sahaja atas loyang.
  9. Renjis/Spray air ke atas puff, supaya puff naik cantik
  10. Bakar selama 20-25 minit hingga masak kekuningan
  11. Puff berongga untuk letak inti kastard


* Dee punya puff memang naik cantik dalam oven tapi lepas keluarkan oven terus kempis tapi still ada rongga. Tapi ada juga puff yang still maintain kecantikan bila dah sejuk. Pada pendapat Dee cara bentukan puff sebelum bakar amat penting untuk dapatakan bentuk puff yang cantik. Kalau masih tak berjaya cuba lagi dan cuba lagi hingga berjaya. Macam Dee pun kena cuba lagi. huhu..

Resepi Kastard

Bahan-bahan

2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar
2 sudu besar mentega
2 sudu kecik esen vanilla

Cara-cara
  1. Satukan tepung kastard, gula dan susu dalam periuk. Guna api perlahan. Kacau hingga likat
  2. Padamkan api
  3. masukan mentega dan esen vanilla. Kacau sebati
  4. Tunngu sejuk dan masukan dalam piping beg untuk mudah di masukan dalam rongga puff


Penyediaan Cream Puff

  1. Buang lubang kecil puff guna sudu
  2. Paipkan kastard ke dalam rongga puff
  3. Buat sampai habis
  4. Hias dengan gula aising
  5. Siap


Di sebabkan puff Dee kempis, Dee telah cantumkan dua Puff dan letak inti Kastard di tengah2 nya. Creative bukan.


No comments:

Post a Comment